Tuesday, May 18, 2010

Family Day KESUKEP - Part 1

Salam semua...

Bulan April lepas Kelab Kebajikan dan Sukan ofis aku ada buat Family Day di Bukit Gambang Resort City selama 2 hari 1 malam.  Sekarang ni tempat nilah yang paling happening kat Pantai Timur.  Aku pun excited juga nak pergi sebab tak pernah pergi lagi padahal orang dari luar Pahang pun dah sampai hehe. 



Oleh sebab Khairul salah seorang AJK jadi kami terpaksa pergi awal.  Pergi awal untuk regsitration tapi tak dapat bilik pun lagi sebab check in pukul 1 juga sebab hari sebelumnya ada group Perodua pun buat Family Day.  So, tunggu group tu check-out dulu.



Lepas check-in semua petang tu aktiviti bebas.  Masa registration dah bagi kupon untuk masuk Theme Park. Jadi sesiapa nak pergi Theme Park pun boleh ataupun nak pergi keesokannya salah satular.  Oleh kerana Khairol sibuk dengan tugasnya jadi akupun terpaksa lar melayan Qistina.  Bawalah juga dia mandi kolam kat hotel tu sebab Theme Park kami nak pergi esoknya.






Malamnya ada majlis makan malam.  Seperti biasa ada acara nyanyi-nyanyi, pertandingan karaoke dan cabutan bertuah.  Nombor aku dan Khairol dekat sama kan cam tau-tau je suami isteri hehe.  Aku kalau majlis makan malam KESUKEP ni selalu tak bertuah.  Nombor Khairol je yang naik.  Oklar tu kan daripada tak dapat apa.





Aku tak tunggu sampai habis majlis sebab Amsyar dah meragam kepanasan dan nak tidur.  Qistina pula asyik berlari ke sana sini sampai aku tak tahu ke mana perginya.  Aku kan dah fobia daripada kejadian dulu tu jadi aku ambil keputusan balik ke bilik.  Tinggal Khairol je la tunggu sampai habis.

Lina

2 comments:

hans said...

lama xjoin family day
dulu2 ada
best

Fieza79 said...

best ramai2 join family day..mesti meriahh..
tp if ngan ank2 amatla meletihkan..kena men kejar2 tu yg tak tahan tuhh..

Share |