Salam semua...
Huk! Huk! Fuhhh blog sape lar yg berdebu gilerrr ni...bukan saje berdebu tapi dah nak bersawang dah. Nasib baik tak ada anai-anai lagi hehehe. Haha punyalar lama tak berblog tapi berfb ada masa lak yer sibuk sikit lately ni.
Ok...ok...aku nak update lar ni blog aku ni. Sorry ye kengkawan kalau buka blog aku ni kejap-kejap ada update kejap-kejap kejung lama lak tu hehe. Dah lama tak cerita perkembangan anak bujang aku tu ye. Amsyar sekarang dah 9 bulan. Berat dia yang terkini 7.6 kg. Kecik je dia tapi lasak ya amat. Itu salah satu yang menyumbang ke atas kekecikan tubuh dia kot.
Anak-anak korang yang seusia dengan Amsyar sekarang ni apa aktiviti dia? Mesti ada yang sibuk merangkak dan sebagainya. Amsyar ni sekarang bukan sibuk nak merangkak tapi sibuk nak berdiri dan memanjat. Sekarang ni kalau dia berdiri paut pada sofa ke, rak tv ke dia memang dah boleh berjalan. Kiranya kalau dia mula dari hujung sebelah sini boleh sampai ke hujung sana. Kalau setakat tangga kat rumah Aki dia yang 2 anak tangga tu memang dah lepas sampai ke atas.
Aku ni kadang-kadang risau juga sebab duduk pun tak berapa stabil lagi dah sibuk nak berdiri. Kalau dia tengah aktif nak berdiri tu nak paut kat sofa ke memang aku ke atau Khairol standby la kat belakang dia takut dia jatuh terlentang. Ataupun letak bantal je.
Lagi satu anak bujang aku ni cepat sentap la pulak. Ada hari Sabtu lepas aku tertinggi la suara kat dia. Terus dia sentap dan tunjuk perasaan. Sampai time nak tidur pun boleh lagi tak puas hati sampai mengigau-ngigau. Start dari tu sekarang ni kalau aku nak ambil dia lepas balik kerja kalau aku masuk-masuk je pintu, dia ada kat situ dan aku buat tak tahu je kat dia terus sentap...membebel-bebel la dia selagi aku tak ambil dia. Adusss macam-macam perangai anak aku seorang ni.
Apa pun walau macam-macam perangai anak-anaklah penawar hati. Balik kerja penat-penat bila tengok muka anak hilang segala penat.
Lina
1 comment:
kejap je amsyar dah besar ye..lepas ni laju lah jalan nya nanti ..takecare lina.
Post a Comment