Tuesday, May 18, 2010

Family Day KESUKEP - Part 1

Salam semua...

Bulan April lepas Kelab Kebajikan dan Sukan ofis aku ada buat Family Day di Bukit Gambang Resort City selama 2 hari 1 malam.  Sekarang ni tempat nilah yang paling happening kat Pantai Timur.  Aku pun excited juga nak pergi sebab tak pernah pergi lagi padahal orang dari luar Pahang pun dah sampai hehe. 



Oleh sebab Khairul salah seorang AJK jadi kami terpaksa pergi awal.  Pergi awal untuk regsitration tapi tak dapat bilik pun lagi sebab check in pukul 1 juga sebab hari sebelumnya ada group Perodua pun buat Family Day.  So, tunggu group tu check-out dulu.



Lepas check-in semua petang tu aktiviti bebas.  Masa registration dah bagi kupon untuk masuk Theme Park. Jadi sesiapa nak pergi Theme Park pun boleh ataupun nak pergi keesokannya salah satular.  Oleh kerana Khairol sibuk dengan tugasnya jadi akupun terpaksa lar melayan Qistina.  Bawalah juga dia mandi kolam kat hotel tu sebab Theme Park kami nak pergi esoknya.






Malamnya ada majlis makan malam.  Seperti biasa ada acara nyanyi-nyanyi, pertandingan karaoke dan cabutan bertuah.  Nombor aku dan Khairol dekat sama kan cam tau-tau je suami isteri hehe.  Aku kalau majlis makan malam KESUKEP ni selalu tak bertuah.  Nombor Khairol je yang naik.  Oklar tu kan daripada tak dapat apa.





Aku tak tunggu sampai habis majlis sebab Amsyar dah meragam kepanasan dan nak tidur.  Qistina pula asyik berlari ke sana sini sampai aku tak tahu ke mana perginya.  Aku kan dah fobia daripada kejadian dulu tu jadi aku ambil keputusan balik ke bilik.  Tinggal Khairol je la tunggu sampai habis.

Lina

Amsyar Dah 9 Bulan




Salam semua...

Huk! Huk! Fuhhh blog sape lar yg berdebu gilerrr ni...bukan saje berdebu tapi dah nak bersawang dah.  Nasib baik tak ada anai-anai lagi hehehe.  Haha punyalar lama tak berblog tapi berfb ada masa lak yer sibuk sikit lately ni.

Ok...ok...aku nak update lar ni blog aku ni.  Sorry ye kengkawan kalau buka blog aku ni kejap-kejap ada update kejap-kejap kejung lama lak tu hehe.  Dah lama tak cerita perkembangan anak bujang aku tu ye. Amsyar sekarang dah 9 bulan.  Berat dia yang terkini 7.6 kg.  Kecik je dia tapi lasak ya amat.  Itu salah satu yang menyumbang ke atas kekecikan tubuh dia kot.

Anak-anak korang yang seusia dengan Amsyar sekarang ni apa aktiviti dia?  Mesti ada yang sibuk merangkak dan sebagainya.  Amsyar ni sekarang bukan sibuk nak merangkak tapi sibuk nak berdiri dan memanjat.  Sekarang ni kalau dia berdiri paut pada sofa ke, rak tv ke dia memang dah boleh berjalan.  Kiranya kalau dia mula dari hujung sebelah sini boleh sampai ke hujung sana.  Kalau setakat tangga kat rumah Aki dia yang 2 anak tangga tu memang dah lepas sampai ke atas.

Aku ni kadang-kadang risau juga sebab duduk pun tak berapa stabil lagi dah sibuk nak berdiri.  Kalau dia tengah aktif nak berdiri tu nak paut kat sofa ke memang aku ke atau Khairol standby la kat belakang dia takut dia jatuh terlentang.  Ataupun letak bantal je.

Lagi satu anak bujang aku ni cepat sentap la pulak.  Ada hari Sabtu lepas aku tertinggi la suara kat dia.  Terus dia sentap dan tunjuk perasaan.  Sampai time nak tidur pun boleh lagi tak puas hati sampai mengigau-ngigau.  Start dari tu sekarang ni kalau aku nak ambil dia lepas balik kerja kalau aku masuk-masuk je pintu, dia ada kat situ dan aku buat tak tahu je kat dia terus sentap...membebel-bebel la dia selagi aku tak ambil dia.  Adusss macam-macam perangai anak aku seorang ni.

Apa pun walau macam-macam perangai anak-anaklah penawar hati.  Balik kerja penat-penat bila tengok muka anak hilang segala penat.


Lina
Share |