Salam semua...
Ok...ok...aku tau banyak entry tentang bowling...tapi aku nak cerita juga hehehe...korang jangan muntah yer. Baru-baru ni aku join main bowling anjuran pejabat aku. Kali ni berpasangan tak kiralah dengan siapa yang penting lelaki perempuan. Aku of courselah couple dengan Khairol la kan dengan siapa lagi. Takkan aku nak bercouple dengan orang lain nanti aku strike kang terlampau teruja terpeluk lak siapa susah...couple aku tu juga yang susah sebab kena sedas dua dengan Khairol hehehehe but i know he's very sporting and takkanlah aku nak peluk orang lain kan. Ok, tak payahlah nak percaya ayat-ayat aku tu propa jer lebih hehehe.
Inilah keputusan bowling tu. Aku dan Khairol dapat tempat keempat. Hadiah berupa wang tunai. Berapa? Tak payahlah tahu cukup aku dan Khairol je tahu yer.
Ini senarai keputusan ye.
Ena cuba tengok aku dengan Kak Non beza 1 mata jer. Pasal 1 game aku tak lepas haji je kalau tak mesti aku no 3 hehehe tapi no 4 tu kira oklar kan.
Lina
p/s : Entry ini adalah auto published