Wednesday, March 31, 2010

Sekitar Sambutan Birthday Qistina (Macamlah grand sangat hehehe)

Salam semua...

Ni nak update bende yang berzaman-zaman dah berlalu.  Ina...ina...ko ingat ada orang ke nak baca benda yang dah basi-basi ni?  Hehehe eh korang bacalah ye bukan sengaja nak update lambat tapi emmm itular masalah dengan line internet yang amat-amat slow kat rumah aku.  Nak update kat ofis pun payah juga.  Itu lar yang kadang-kadang terpaksa peram dulu 2, 3 entry.

Ok, ni just nak cerita pasal birthday Qistina yang dah berminggu-minggu lepas.  Kan mula-mula ada surprise  masa Family Day di Rompin.  Balik dari Rompin tu kami sekeluarga celebrate sekali lagi kat rumah.  Tak adalah besar sangat untuk syarat jer potong kek.  Itu pun buat kat rumah mertua aku.

Cheese cake yang yummy!!!

Sempoi jer...

Tengok birthday girl  pakai baju tidur je.


Amsyar dalam demam-demam celebrate juga.


 Meh sini kakak suapkan ayah

Walau tak sebesar mana majlisnya tapi sambut tetap sambut walaupun hanya sebiji kek.  Ada juga kami bagi goodies untuk anak-anak jiran kat rumah.  Nasib baiklah Qistina ni tak pandai lagi minta bukan-bukan.  Ye lar buatnya minta nak sambut kat KFC ke, A&W ke, McD ke tak ke naya mama dan ayah.  Nak-nak tengah kegawatan ekonomi waktu tu hehehe. 

Lina

No comments: