Friday, March 12, 2010

Jumpa Kawan Lama

Salam semua...

Dalam bulan Januari yang lepas, aku berpeluang berjumpa dengan member lama aku masa kat ITM Jengka dulu.  Dia satu-satunya yang amat rapat dengan aku coz dari pre sampai grade kami sebilik tak pernah berpisah pun.  Memang lama sungguh tak jumpa dia, last jumpa masa aku kahwin tahun 2005.  Kebetulan dia dan famili ada family day di Cherating so ambil kesempatanlah berjumpa.  Aku suruh dia singgah Kuantan kalau sempat so masa balik dari Cherating terus dia singgah kat Kuantan sebelum bertolak ke Klang.  Terus aku ajak makan kat Wan Sara Tom Yam.

My best friend Yuslinah Adam aka Yus

Dia dah ada 3 orang anak, 2 lelaki seorang perempuan.  Yang nombor 3 tu sebaya lar dengan Amsyar cuma tua beberapa bulan jer.

Tengok mama bergambar dengan member, Qistina pun sibuk juga nak bergambar.  Motif aku pakai spek hitam?  Masa ni aku kene sakit mata yang aku mc 3 minggu tu tapi sebab nak jumpa member punya pasal gigih juga keluar rumah.


Lebih kurang je kan sebaya, sebenarnya anak Yus tu tua setahun daripada Qistina.  Ni masing-masing tengah kene angin kus-kus tu yang muka pun berkerut je.

Lepas makan-makan, borak-borak, melepaskan rindu teruslah Yus bertolak balik ke Klang.  Tak tahulah bila pula jumpa lepas ni tapi dengar-dengarnya ada member nak buat reunion tapi tak pasti bila tarikhnya. 

Lina

6 comments: