Salam semua...
2 minggu lepas aku berkesempatan join Kelas Coklat yang dianjurkan oleh ex-schoolmate aku, Azarulliza. Selepas Form 5 memang dah lost contact dan baru-baru ni je berhubung semula melalui Facebook. Kemudian dapat tahu yang dia ada buat kelas cupcake dan coklat. So, apa lagi aku pun tak lepaskan peluanglah.
Azarul ni sebenarnya duduk kat Port Dickson. Kalau ada permintaan barulah dia buat kelas di Kuantan. Pelajar pun dia tak ambil ramai sangat. Paling ramai pun 3 orang je sebab kelasnya pun dibuat di rumah ayahnya. Maklumlah buat kat rumah kan space pun tak berapa luas. Sebenarnya sehari sebelum kelas coklat tu ada kelas cupcake tapi aku tak berkesempatan nak join sebab ada hal jadi dapat pergi kelas coklat je lar.
Jom kita tengok step by step nak buat coklat ni.
Ok mula-mula coklat yang digunakan hendaklah dipecahkan kecil-kecil sikit supaya cepat cair bila kita cairkan nanti. Ada dua jenis coklat yang digunakan iaitu jenis compound dan converter. Coklat-coklat yang Azarul guna ni semua coklat imported. Dalam gambar atas ni jenis compound ye.
Yang ini pula jenis converter. Nampak sedap kan. Sebelum cairkan coklat sempat ngap 2, 3 keping hehehe.
Coklat ni pula memang sedia ada warna pink ye...tapi kalau nak guna white choc dan letak pewarna pink pun boleh.
Tengah mencairkan coklat guna teknik double boil iaitu pakai air panas.
Oh ye member sebelah aku tu pun ex-schoolmate juga dan yang baju oren tu adik dia.
Coklat yang telah cair. Sedapkan rasa nak jilat-jilat je.
Mula proses meletakkan coklat ke dalam acuan. Selalunya kalau nak nampak cantik kat permukaan coklat tu, letak coklat compound dulu sebab dia kan cepat keras, lepas tu baru penuhkan dengan coklat converter.
Masing-masing tengah asyik letak coklat dalam acuan.
Ini acuan pertama aku, acuan lollipop...tinggal letak batang lollipop je.
Ini pula dipanggil pattern transfer. Fungsinya macam double salotape. Mula-mula gunting bentuk 4 segi kecil.
Lepas tu letak atas coklat. Biarkan coklat tu keras baru cabut lapisan atasnya dan ia akan tinggalkan corak atas coklat tu. Jangan risau boleh dimakan ye corak tu.
Proses mengeluarkan coklat daripada acuan. Paling penting tunggu coklat tu betul-betul keras barulah boleh dikeluarkan daripada acuan dengan senang.
Para pelajar bersama hasil masing-masing.
Sebelum balik wajib bergambar dulu. Yang di tengah-tengah tu adalah Azarul.
Kalau nak tahu maklumat lanjut tentang coklat dan cupcake...nak belajar ke...ada pertanyaan ke atau nak order ataupun nak tengok gambar-gambar cupcake dan coklat hasil buatan Azarul bolehlah pergi ke blog Azarul ni yer http://combisweetiepies.blogspot.com/
Lina
4 comments:
Salam Lina..
Orang lelaki boleh join ke kelas Choc class ni?..
relevan
salam...rasanya bole...nape berminat ke?
wah... menarik.. nk bkaja gak.. tapi jauh nk attend class... :(
firahadifa
eh fira duk kat ner ye...klu kat kl bole aje
Post a Comment