Wednesday, February 24, 2010

Makan Mee Jawa

Salam semua...

Dah lama dengar daripada kawan-kawan kalau nak makan mee jawa yang best sekali kat Sungai Lembing.  Jadi ada satu hujung minggu tu aku ajaklah Khairol pergi.  Lagipun dah lama tak berjalan ke Sungai Lembing.

Inilah mee jawa yang boleh aku sifatkan memang sedap.  Tak rugilah mencuba.


Ok inilah kedai mee jawa tu simple jer.   Untuk makluman kedai ni kalau kita datang dari arah Kuantan terletak di sebelah kanan.  Anda akan jumpa kedai sebelum sampai ke bandar Sungai Lembing.


Belakang kedai tu ada jambatan gantung


Di bawahnya pula ada 2 cabang sungai yang bertemu menjadi 1


Lepas makan semua aku ajak Khairol jalan-jalan ke bandar Sungai Lembing.  Cuma pusing-pusing je tak singgah pun.  Kalau pergi awal pagi boleh singgah kat pasar pagi di tengah-tengah bandar tapi masa lalu tu orang dah kemas.

Masa pusing-pusing kat bandar Sungai Lembing tu ternampak rumah ni.  Tingkat atas rumah dia nampak klasik sebab tuan rumah ni kumpul barang-barang lama dan antik.  Langsung Khairol snap sebab dia memang minat.  Lepas dah pusing-pusing semua terus balik.


Lina

4 comments:

relevan said...

Mee Jawa ada jugak kat Sg Lembing yer..kalau mee Chalong tu sedap ke Lina..?

Kerap juge pergi Kuantan ni..tapi taknye kawan pernah lantas ke Sg Lembing ni..

Ena Qalinsya said...

slalu ngt dulu makan kat situ masa ayen kena keje kat skolah sg lembing dulu hehehehe

Lina said...

relevan

tu lar pasal kawan pun pelik gak camner mee jawa ada kat sg lembing tp mmg satu2nya kat situ lar

mee calong sedap... tempat paling sedap mee calong kat beserah tp x ingat nama kedainya

Lina said...

ena

sweet memory lar kat kedai tu ye ena hehehe