Tuesday, February 23, 2010

Hai Semua!!!

Assalamualaikum w.b.t. kepada kengkawan semua.  Dah lama betul aku tak masuk blog aku ni sampai nak bersawang dah ni.  Ada la dekat sebulan kan tak post apa-apa kat blog aku ni.  Minta maaf banyak-banyak lar pada korang semua kalau masuk blog aku ni asyik baca entry lama je.

Sebenarnya reason utama aku dah lama tak berblog ni disebabkan perkara yang menimpa baby aku.  Korang tengoklah gambar-gambar kat bawah ni.

Amsyar telah mendapat sakit mata.  Tengoklah bengkak sampai mata kiri anak aku ni, sepet jadinya.  Mulanya tak adalah berapa serius sangat tapi bila dah jadi bengkak memang teruk, masa ni Amsyar asyik meragam jer.  Lepas seminggu sakit mata tu, tiba-tiba macam ada selaput putih meliputi anak mata Amsyar.  Aku dah mula cuak sebab dah nak jadi macam katarak.  Terus aku bawa ke hospital dan direfer ke klinik mata Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.


Bila dicek oleh doktor mata, doktor assume kemungkinan ulcer dan doktor kata dah nak jadi kudis.  Masa dengar tu memang rasa nak nangis pun ada, macam-macamlah fikir dalam kepala.  Dahlah masa tu pun aku dah dijangkiti sakit mata.  Yang melegakan aku cuma satu bila doktor tu cakap masih di peringkat awal jadi masih ada harapan untuk pulih tanpa effect penglihatan anak aku.

Jadi, lepas tu aku asyik berulang ke hospital je dalam seminggu lebih sebab doktor nak pastikan tahap ulcer tu.  Masa appointment kali ke-5, alhamdulillah doktor bagi confirmation yang mata anak aku dah sembuh.  Luka pun dah hilang sama sekali.  Doktor pun pelik juga sebab kalau ulcer memang lambat sembuh, makan masa bertahun juga.  Lepas dia belek-belek rekod dan dia fikir-fikir kemungkinan bukan ulcer, mungkin cuma luka kecil.  Agaknya masa anak aku sakit mata tu kan ke gatal, jadi kemungkinan dia gonyoh mata dan kuku dia terkena dalam mata dan itu yang menyebabkan luka.

So, sekarang aku dan Amsyar dah sihat.  Masa aku sakit mata tu lebih kurang 3 minggu aku dapat mc.  Aku dah boleh kerja cuma masih ada appointment kat klinik mata pada 5 Mac ni.  Inilah sebab utama kenapa aku terpaksa meninggalkan blog aku ni sampai nak bersawang ni.  Aku minta beribu-ribu ampun dan maaf ye kat korang semua.

Aduh banyaknya entry yang tertunggak.  Aku akan postkan satu persatu yer.  Janganlah korang taknak buka dah blog aku ni.  Kepada para blogger yang akan menghadiri Blogger's Family Day di Tasik Perdana, KL pada 28 Februari 2010 nanti kita jumpa di sana yer.  Insya-Allah aku akan menghadirkan diri berdua bersama anak dara aku.  Khairol tak dapat pergi sebab dia ada program di Kuantan.  Amsyar terpaksalah ditinggalkan sebab aku seorang kan tak terjaga lak nanti.

Ok, take care semua!!!
 
 Lina

5 comments:

relevan said...

Selamat muncul kembali wehh..semoga Amsyar pulih dan c hat seperti sediakala..

Y@ZeD@ said...

siannye amsyar.. dari mata bolatttttt jd camtuh hah! kakk, sib mata amsyar mmg besar kann, klu dah sepet, kena sakit mata camtuhh lg nampak cam tutup mata kot! hehehe

anyway, semoga amsyar cpt2 sihat ye!

Ena Qalinsya said...

lahaiii siannye amsyar... bolat bebeno matanye ek..

Lina said...

relevan & yazeda

terima kasih

Lina said...

ena

gen dr mama die hehehe