Sehari sebelum kita bercuti sempena Hari Krismas, ofis aku ada mengadakan sebuah majlis bagi meraikan pelajar praktikal di ofis aku. Pelajar tersebut, Cik Nabila Huda yang ambil kursus sama macam aku dulu telah menjalani latihan praktikal bermula pada penghujung bulan Julai. Rasanya banyak yang dia belajar sebab baru seminggu masuk terus ganti aku yang cuti bersalin selama 2 bulan.
Cenderahati yang akan diberi kepada Nabila. Hadiah baby tu pula sebab kebetulan ada seorang officemate aku baru dapat anak. Jadi bagi sekalilar masa majlis tu.
Cik Nabila tengah memberikan ucapannya.
Sesi bagi cenderahati
Officemate aku yang baru dapat anak, En Hanafeah, tahniah.
Sesi makan-makan. Menunya laksa pahang, kuih kaswi.
Selamat berjaya diucapkan kepada Cik Nabila. Kalau ada masa jenguklah Kak Lina kat sini yer.
Lina
2 comments:
Salam tahun baru buat Lina sekeluarga..kirim salam buat pelajar pratikal tu .. :)
relevan
selamat tahun baru juga buat relevan sekeluarga... insya-Allah klu jumpa nanti emmm kenal ke?
Post a Comment