Friday, January 1, 2010

Kenduri Kahwin Zalina



Masa minggu yang cuti Krismas tu aku sekeluarga pergi jalan-jalan ke Terengganu ke rumah Kak Esah.  Kami bersama mertua bertolak pada malam Krismas ke sana.  Kebetulan hari cuti Krismas tu ada kenduri sambut menantu officemate aku Zalina di Pasir Putih, Kelantan.  Aku pun ajaklah Khairol pergi sebab masa kenduri belah Zalina minggu sebelumnya kami tak dapat pergi sebab pergi Port Dickson tu.  Dah alang-alang pergi Terengganu kan dah dekat dah.

Jadi, dalam pukul 11.30 pagi kami bersama Kak Esah dan mertua aku pun bertolaklah ke Pasir Putih.  Dalam 2 jam jugalah perjalanan.  Dah nak dekat sampai ke rumah pengantin tu pula boleh sesat hehehe.  Nasib baik tak sesat jauh hahaha.  Kalau tidak memang patah balik dah.  Sedap lauk-pauk kat rumah pengantin terutama gulai dagingnya.  Memang superb.

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT ZALINA DAN AZIRAN,
MOGA KEKAL BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT.

Lina

No comments: