tahniah kepada team bola Malaysia kerana berjaya memenangi Piala Suzuki AFF. aku yang duduk menonton kat rumah dengan en khairol pun excited tak senang duduk dibuatnya bila team Indonesia asyik menyerang jer. bila safee jaring gol pertama tu fuhhh memang lega rasanya. best betul rasanya sebab dah lama team Malaysia tak menang kejuaraan yang besar-besar ni.
yang lagi best sebab PM isytihar 31 Disember cuti umum. wahhh melompat dengar news tu. bolehlar cuti panjang sebab 3 Januari pun aku mohon cuti sebab nak hantar qistina masuk tadika. hahaha masuk tadika pun mak bapak ambil cuti ko! ehhh harus tu cuti sebab nak tengok juga 1st time qistina masuk sekolah walaupun tadika. anaknya tak kisah pun tapi mak bapaknya pulak yang excited hehe.
oklah korang Selamat Bercuti Umum Esok yer!!!
Lina