Thursday, December 31, 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010


Masa entry ni ditaip, ada lebih kurang 10 minit lagi kita nak menyambut Tahun 2010.  Terasa macam baru semalam kita menyambut kedatangan Tahun 2009 tapi kita dah nak meninggalkannya.  Banyak juga perkara yang berlaku dalam hidup aku Tahun 2009. 

Kalau ditanya apa perkara yang paling istimewa yang paling menggembirakan berlaku dalam hidup aku pada Tahun 2009?  Sudah tentulah tentang kelahiran anak kedua aku iaitu Amsyar Iqbal.  Kelahiran yang amat bermakna bagi keluarga aku setelah yang pertama dulu anak perempuan.  Kira macam dah lengkap keluatga aku.

Tahun 2009 ni juga berakhir dengan sedikit kedukaan buat keluarga aku.  Apa ye kedukaan tersebut?  Biar keluarga aku saja yang tahu kerana masalah ini sebenarnya terlalu rumit untuk diceritakan dan juga terlalu peribadi untuk didedahkan.  Jadi, biar keluarga aku saja yang tahu dan cuba menyelesaikannya.  Walau bagaimanapun alhamdulillah semuanya dah beransur baik dan keadaan pun dah semakin pulih.

Rupa-rupanya di sebalik kedukaan tersebut ada juga sinar kegembiraan yang muncul.  Insya-Allah pada tahun 2010 ini gred jawatan aku akan meningkat setapak lagi.  Bila gred dah meningkat, gaji juga bertambah, tanggungjawab pun semakin besar.  Walau apapun aku akan sentiasa meningkatkan prestasi diri agar dapat memenuhi standard jawatan aku nanti.  Semoga dengan kenaikan akan menjadi pembakar semangat untuk aku menempuhi perjalanan sepanjang Tahun 2010 nanti.

Kepada semua rakan-rakan blogger di sini aku juga ingin memohon maaf andai kata sepanjang Tahun 2009 ini ada entry aku yang menyinggung perasaan korang.  Aku hanya manusia biasa yang tak pernah lari daripada kesilapan.  Moga persahabatan kita di alam maya ini akan sentiasa berterusan pada Tahun 2010 dan tahun-tahun yang berikutnya.

SELAMAT TINGGAL TAHUN 2009

DAN

SELAMAT DATANG TAHUN 2010

Sama-samalah kita berdoa Tahun 2010 ini akan lebih membawa kebaikan, kegembiraan dan kemajuan kepada kita semua.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010


Lina


STICKY MODE : Nak Bagi Hadiah

Entry ni adalah STICKY MODE SEHINGGA 31 DISEMBER 2009.  Untuk entry baru sila scroll ke bawah yer.

Pejam celik pejam celik kita dah sampai ke penghujung tahun.  Kira-kira lagi sebulan kita akan melangkah ke tahun baru pula iaitu tahun 2010.  Bila dah dekat tinggal sebulan ni rasa cam nak bagi penghargaan lar.  Rasa macam nak bagi hadiah kat kawan-kawan semua.  Tak kiralah kepada yang dah kenal ataupun yang baru aku kenal kat alam blog ni.  Aku nak bagi penghargaan kepada korang yang selalu jenguk kat blog aku ni, yang banyak bagi sokongan.  Tanpa korang semua dah lama blog aku ni dibuang dalam tong sampah jer. 

Ok, camne caranya nak dapat hadiah ni yer?  Aku taknak buat contest apa kiranya aku memang nak bagi saja lar tapi untuk mendapat hadiah-hadiah tu aku nak minta bantuan korang semua lar.  Caranya sangat simple.  Korang cuma perlu sentiasa masuk kat blog aku ni, baca entry entry yang aku postkan di sini.  Kalau bagi komen lagi bagus hehehe.  Lepas tu jadilah follower aku kan bole aku tambah lagi kenalan di kalangan blogger ni.  Oh ye lagi satu ringan-ringankanlah jari tu click kat iklan nuffnang kat atas tu yer.  U click me i click u.  Sama-samalah kita saling bantu membantu kan.

Ha macam mana senang kan.  Berapa orang yang akan dapat hadiah?  Oh itu rahsia lar heheh.  Ok, aku akan cuba postkan sebanyak mana entry kat blog aku ni untuk sebulan ni.  Kiranya takde lar korang boring lak bila buka blog aku ni kan.

Ok, sesi mencari orang yang aku nak bagi hadiah ini akan bermula pada 1 Disember 2009 sehingga 31 Disember 2009.  Blogger yang bertuah itu akan aku umumkan pada bulan Januari 2010.  Jadi kepada semua kawan-kawan blogger GOOD LUCK!!!

Lina


Wednesday, December 30, 2009

Hadiah Family Day

Alhamdulillah ada juga hadiah yang kami dapat.  Actually Khairol yang dapat hehehe.  Taklah kami pulang dengan tangan kosong.



Hamper untuk setiap keluarga


Hadiah yang besar tu yang Khairol menang tempat pertama pertandingan karaoke.  Yang kotak tu hadiah cabutan bertuah dan yang kecil sekali tu hadiah saguhati peserta karaoke.  Jadi, apa hadiah-hadiahnya yer?


Setelah dibuka inilah hadiah-hadiahnya dapur gas, iron dan tuala.  Dah dapat agak dah terutama yang besar tu.  Dapat dapur gas tu macam bagi hint je kat aku suruh pulun memasak heheheh.  Terima kasih yer kepada pihak urus setia family day kerana menyediakan hadiah-hadiah ni.  Lain kali buat lagi yer dengan hadiah-hadiah yang lagi grand.

Lina

Port Dickson - 8

Ok dah habis cerita pasal family day, aku nak tunjuk pula MITC Ancasa Hote tempat kami menginap ni.  Hotel ni berkonsepkan apartment.  Bilik yang aku duduk adalah apartment 1 bilik.  Lain-lain ada apartment 3 bilik dan bilik sahaja.



Bangunan kat belakang tulah MITC Ancasa Hotel


Lobi


Dari arah pintu masuk


Ruang tamu


Dapur, masuk je jumpa dapur dulu sebelah kanan.  Kalau ramai-ramai dengan famili boleh memasak cuma kena bawa dapur gaslah.  Peti sejuk kecil ada dalam kabinet.


Bilik tidur


Ada  pintu sebelah almari tu bilik air

Selama 3 hari 2 malam tidur kat sini memang selesa sebab besar.  Harga semalaman pula, kalau bagi aku yang keluarga kecil dan cuma kerja biasa ni aku rasa mahal.  Selama aku menginap kebanyakan yang menginap kat sini yang keluarga besar.  Jadi, diorang ambil yang apartment 3 bilik tu memang jimat la kan.  So, kalau ada sesiapa yang nak buat family day ofis ke atau family gathering bolehlah jadikan hotel ni salah satu pilihan.



Lina

Port Dickson -7



Hari terakhir family day di Port Dickson.  Sempatlah bergambar sini sinun.  Yang naik bas akan singgah di Melaka sebelum balik ke Kuantan.  Yang naik kereta sendiri ada yang ikut sekali ke Melaka.  Macam aku tak ikut sebab kami plan nak balik ke Raub.  Jadi, kami akan ikut KL.  Memang best family day kali ni.  Walaupun ada kekurangan sana sini biasalah kan bila event yang melibatkan ramai famili ni tapi tetap best.  Harap-harap tahun depan anjurkan lagi ye.


Lina

Port Dickson - 6

Cuma nak kongsi gambar-gambar yang berjaya aku ambil masa kat PD.  First gambar pelangi yang  cantik betul-betul jatuh kat tengah laut.





Daripada satu pelangi tiba-tiba muncul pelangi kedua di sebelahnya.



Bila tengok pelangi ni macam boleh naik je kan.

Lepas tu dapat ambil gambar matahari terbit.  Cuaca mendung je pada pagi tu.

















Dah terbit sepenuhnya.


Lina

Port Dickson - 5

Malam kedua tu kira majlis penutup lar family day tu.   Ada barbeque, penyampaian hadiah untuk acara sukan, cabutan bertuah dan pertandingan karaoke.  Oh malam tu kami ada tetamu istimewa.  Seorang artis yang dijemput khas untuk menjadi juri bagi pertandingan karaoke.  Walaupun artis veteran tapi kiranya masa zaman muda-muda dulu dia ni memang top.


Inilah dia artis tersebut.  Kenal tak?  Cuba teka siapa.  Takpe kalau tak nampak nanti aku tunjuk gambar yang terang sikit.


Ha ni dia gambar yang jelas sikit.  Rasanya dah boleh teka kan siapa dia.  Ye artis tersebut adalah Dahlan Zainuddin.  Beliau datang bersama isterinya yang juga penyanyi lama dan anak bongsu beliau.  Sebelum start pertandingan karaoke tu beliau sempat menyampaikan beberapa buah lagu secara live.

Ok, gambar-gambar masa bagi hadiah acara sukan tu memang aku tak snap sebab aku dan Khairol tak menang apa-apa kan heheheh. Pas tu kami bertuah malam tu dapatlah hadiah cabutan bertuah.  Oklah tu takdelar kami ni pulang dengan tangan kosong sebab tengok famili lain 5, 6 hadiah dapat.  Habis bagi hadiah tu terus start pertandinganan karaoke lepas Dahlan Zainuddin nyanyi.


Hahaha ni gaya Khairol masa menyanyi.  Khairol kene giliran pertama menyanyi.  Oklah kalau makin lama tunggu makin gemuruh kan.


Habis majlis semua sempat kami mengabadikan kenangan bersama Dahlan Zainuddin dan isterinya.  Tengok tu Amsyar dah tidur dah sebab masa ni dah pukul 12 malam.

Oh ye nak tau siapa yang jadi juara karaoke malam tu hahaha keputusan yang tak disangka-sangka.  Daripada 10 orang peserta Khairol yang menang hahahah tapi jangan tak percaya Dahlan Zainuddin yang pilih tu hehehe.  Aku tak dapat snap gambar masa Dahlan Zainuddin bagi hadiah sebab sibuk dengan anak.  Tambah lagi satu hadiah.  Hadiah cabutan bertuah, karaoke, campur hamper dan saguhati untuk semua peserta karaoke, dapatlah bawa balik 4 hadiah.  Oklah tu takleh banyak-banyak juga nanti tak muat nak letak dalam kereta aku yang comel tu sebab hadiah karaoke tu pun dah besar, hamper lagi nasib baik 2 lagi tu kecil je.  Nanti aku tunjuk apa hadiah yang kami dapat tu kat entry seterusnya.  Aku juga akan cuba upload video Khairol nyanyi kalau dapatlah kalau tak dapat tak bolehlah korang dengar suara juara hahaha.


Lina

Port Dickson - 4


Ini pemandangan kolam renang dari bilik aku.  Qistina sampai-sampai je kat bilik jenguk kat tingkap nampak kolam terus ajak mandi kolam.


Dialog maut Qistina bila dia tengok kolam tu "mama, semua orang dah mandi kolam, kita berdua je belum mandi kolam lagi".  Adusss mati akal aku dengan Khairol. 


Siap ada gelunsur lagi.


Petang hari kedua lepas habis semua acara suikan, Khairol pun bawalah anak daranya mandi kolam.  Kalau tak bawa juga tak taulah berapa kali lagi kami nak dengar dialog maut dia tu.


Suka sangat dia.  Khairol ajak mandi kat kolam kanak-kanak tak mau nak mandi kat kolam dewasa dengan Khairol.  Nasib baiklah bawa pelampung jaket tu kalau tidak penatlah Khairol nak mendukung.  Nampak gayanya kena hantar Qistina ke kelas berenang ni.



Siap posing kaw kaw punya suruh aku ambil gambar.  Aku dengan Amsyar duduk jelar kat tepi memerhati.  Bukan tak boleh bawa Amsyar sekali masuk kolam tapi masa tu hujan panas renyai-renyai.  Tak pasal-pasal nanti demam lak.


Lina

Monday, December 28, 2009

Keputusan Blog Header Make Over Contest





Ingat tak yang aku ada masuk Blog Header Make Over Contest yang dianjurkan oleh
 blog KedaiGambarKami.  Kesemuanya ada 12 penyertaan.  Alhamdulillah aku telah berjaya memenangi hadiah utama iaitu Rotational Personalised Header.  4 orang lagi iaitu sue, mummy seri, mamaaerish dan mamaaqish mendapat hadiah saguhati iaitu customizable header.  Lain-lain yang tak berjaya juga mendapat hadiah berupa diskaun RM5 bagi setiap pembelian Customizable Header bernilai RM15. 

Ok, sebenarnya aku baru je dapat tau yang aku menang contest ni.  Ya Allah memang ketinggalan keretapi betu aku.  Aku baca di blog penganjur para pemenang kene buat special entry mengenai kemenangan tu jadi inilah special entry aku.  Walaupun menang secara cabutan nombor tapi tetap bermakna.  Memang teruja sangat-sangat sebab inilah first time aku menang contest yang dianjurkan oleh blogger.  Harap-harap penganjur tak marah yer sebab aku lambat reply dan hadiah masih valid lagi hehehe.

Jadi di sini aku nak mengucapkan terima kasih kepada blog KedaiGambarKami kerana menganjurkan contest ni dan mencabut aku sebagai pemenang.  Juga tahniah kepada semua pemenang saguhati dan kepada semua pemilik blog yang menyertai contest ini.  Nanti aku akan hantar segala maklumat yang dikehendaki oleh penganjur.

Lina

Port Dickson - 3

Pagi hari kedua selepas sarapan pagi ada acara senamrobik poco-poco.  Aku sukalar sebab poco-poco kan aku dah expert chewahhhh betul kan ena kan hehehe.  Yang kelakarnya habis jer senam robik tu hujan turun dengan selebat-lebatnya disertai dengan angin yang amatlah kuatnya.


Mula-mula aku terperangkap kat pondok ni dengan Amsyar sekali.  Nyaris dah aku dan Amsyar basah kuyup.  Nasib baik ada office-mate Khairol datang ambil aku dengan payung kalau tidak memang demam lar Amsyar.  Oh yer Qistina dah diselamatkan oleh office-mate Khairol yang lain.


Ni yang terperangkap kat pondok satu lagi




Yang selamat famili famili yang berlari ke arah tepi dewan ni

Walaupun setengah jam lepas tu hujan dah berenti tapi masih renyai-renyai, sukan tetap tak dapat diadakan di pantai kerana pasir pantai basah dah becak.  Jadi sukan dibuat di dalam dewan di tingkat 1 hotel tersebut.  Antara acara-acara sukan yang dipertandingkan seperti gambar-gambar di bawah ni yer. 



Teka gula-gula.  Setiap keluarga satu penyertaan.  Khairol kurang 8 biji nak tepat hehehe takde rezeki.  Jumlah sebenar 83 biji, Khairol teka 75 biji.


Acara menganyam ketupat.  Aku tak masuk sebab aku terlalu terer hahaha


Acara baling buah dadu, kitorang masuk tapi tak menang


Belon-belon yang cantik sebelum dipecahkan



Acara pecah belon, Qistina tak masuk nanti belon entah ke mana dia ke mana


Acara junjung buku, Ena ko kenal tak yang depan sekali tu hehehe tapi hampeh tak menang pun sebab saat akhir dia jatuh huahuahua


Acara buat baju dengan suratkhabar lama, ni baju yang aku dan Khairol buat cantik tak kahkahkah tak menang juga

Ada satu lagi acara yang kami masuk iaitu baling dart pun tak menang juga.  Jadi, kesimpulannya ketiga-tiga acara yang aku dan Khairol masuk tak menang tapi jangan ingat kami pulang dengan tangan kosong.  Nanti aku cerita kat entry seterusnya.  Ada banyak lagi acara sebenarnya tapi aku tak snap semua.  Apa pun seronok tengok semua famili bersuka ria.

Lina

Port Dickson - 2

Malam hari pertama tu lepas makan malam ada sesi rehearsal untuk sesiapa yang masuk pertandingan karaoke.  Sebelum tu ada acara lain juga.  Sila lihat gambar di bawah.



Belum menang apa-apa sukan dah dapat hamper tak ke best hehehe.  Sebenarnya setiap keluarga akan mendapat satu hamper.  Besar gedabak hamper tu macam-macam ada.


Di samping itu secara kebetulan ada seorang staf ofis Khairol akan bersara jadi beliau diraikan sekali.  Staf tu namanya Hajjah Fauziah tapi aku panggil dia Mak Aji jer.  Dia ni memang dah lama kat ofis tu, orang baik, lembut ye lar macam mak-mak kita.


Muka aku yang pucat keletihan.  Nasib baik bawa kereta sorong baby boleh letak Amsyar.  Kakak dia dah tak tau kat mana tak duduk diam.

Lepas je semua acara-acara berkenaan selesai bermulalah sesi rehearsal.  Aku terpaksalah tunggu sebab Khairol pun masuk hahaha.  Nasib baik turn dia awal kalau tidak mau berjanggut aku tunggu.  Nanti aku uploadkan videonya yer.

Lina

Port Dickson - 1

Cuti Awal Muharram yang lepas aku sekeluarga pergi ke Port Dickson sempena Family Day ofis Khairol.  Kami menginap di MITC Ancasa Hotel & Resort selama 3 hari 2 malam.  Aku dan Khairol pergi secara berkonvoi 3 buah kereta.  Yang lain ada yang naik 2 buah bas yang disediakan dan ada juga yang pergi secara sendiri-sendiri.

So, kami bertolak dari Kuantan kira-kira pukul 9.30 pagi.  Masa tu di Kuantan memang tengah hujan.  Nasib baik masa dalam perjalanan cuaca semakin baik.  Ok korang tengoklah gambar-gambar di bawah ni yer.


Dalam terowong Genting Sempah


Ni kat highway Seremban - Port Dickson


Tengok tu penumpang berhemah, masa pergi ni Qistina duduk kat depan sebab senang adik dia boleh baring kat seat belakang tapi hala balik mama dan adik duduk depan semula sebab aku mabuk duduk belakang bole gitewww hahaha




Anak bujang ni sepanjang jalan asyik tidur jer takde keje lain tapi mama dia senanglar hehehe




Yeeee selamat sampai ke Port Dickson


Nak masuk ke Port Dickson pun jam


Tengok tu berderet kereta nasib baik tak panjang sangat

Alhamdulillah kami selamat sampai kat MITC Ancasa tu lebih kurang pukul 3 petang.  Target awalnya dalam pukul 2 petang.  Lewat tu disebabkan masa masuk kat KL terperangkap dalam jam.  Lepas check-in bilik semua turun semula sebab ada minum petang lepas tu dah start acara sukan kat pantai.  Aku ada masuk tapi Khairol tak ambil gambar pun kecewa aku heheh walaupun tak menang tapi kenangan kan.  Apapun acara sukan ni bersambung ke hari kedua.


Lina