Friday, November 27, 2009

Blog Header Make Over Contest

STICKY MODE



Tengah blogwalking kat KedaiGambarKami ada pulak contest nih.  Menarik nih sebab aku pun dah lama nak buat blog header yang baru.  Nak buat sendiri bukannya tak reti tapi malas tak ada masa langsung hehehe.  Lagipun kalau menang contest nih... insya-Allah boleh dapat free jer.  Ok seperti biasa mesti ada syarat-syaratnya kan seperti di bawah ni.

Syarat2:


1.Copy & paste banner contest.Letakkan dlm entry dan juga pada sidebar beserta link ke blog ini.

Dah buat.

2.Tak perlu jadi follower (tapi dialu2kan!)
Memang dah jadi follower pun.

3.Buat satu entry khas mengenai contest ini. Nyatakan apa yang anda tahu mengenai produk2 KedaiGambarKami dan nyatakan juga mengapa anda yang layak mendapat blog header makeover.

Ok ini yang menentukan sama ada penyertaan aku nih memenuhi syarat atau tak.  Ini yang paling penting aku kene buat.

Apa yang anda tahu mengenai produk2 di Kedai Gambar Kami?

KedaiGambarKami ni adalah blog milik sepasang suami isteri.  Pada mulanya mereka mengambil gambar untuk suka-suka saja tapi lama kelamaan mereka menjadikannya sebagai kerja sambilan.  Semakin hari banyak produk-produk yang mereka keluarkan.  Setakat ini produk-produk KedaiGambarKami ialah Photography Packages yang terbahagi kepada 3 pakej iaitu family, student dan exclusive.  KedaiGambarKami juga menghasilkan photobook iaitu pocket photobook dan coffee table photobook yang amatlah berbaloi-baloi untuk dimiliki.  KedaiGambarKami juga menyediakan design blog header dan juga banner yang amat kreatif, cantik dan menarik.  Semua produk KedaiGambarKami boleh didapati dengan harga yang amat berpatutan.

Mengapa anda yang layak mendapat blog header makeover?

Saya layak untuk mendapat blog header makeover ini adalah kerana blog saya amat memerlukan blog header yang baru.  Setelah saya membuat sedikit makeover ke atas layout blog saya jadi blog header saya juga perlu sentuhan baru.  Bukan blog header yang sedia ada ini tidak menarik tapi saya nak menyerlahkan lagi blog saya.  Saya nak sebuah blog header yang dapat menggambarkan diri saya, sesuatu yang simple dan tidak terlalu crowded tetapi tetap menarik dan kreatif.  Lagipun keluarga saya dah ada seorang ahli baru iaitu Amsyar Iqbal yang baru berusia 3 bulan jadi saya mahu dia turut sama dalam blog header tersebut.  Lagi satu saya sentiasa mengikuti blog KedaiGambarKami dan saya amat suka bergambar dan mengambil gambar. 

4. Tinggalkan komen pada entry contest ini beserta dgn link ke entry anda (bukan link blog shj, sy nak link ke entry contest k...)

Ok, dah buat.


5.Contest ini bermula pada 13 November 2009 dan tamat pada 27 November 2009(14 hari).

6.Pemenang akan ditentukan melalui cabutan bertuah.


Hadiah2 nya:

Hadiah utama:

Rotational 3 Personalised Blog Header (macam header blog ini)


Hadiah saguhati x 4:

1 customizable Blog Header


Ok, inilah penyertaan aku untuk contest ini.  Harap-harap adalah rezeki dan tuah aku dan anak-anak untuk menang contest ini, insya-Allah.  Jomlah kawan-kawan kita sama-sama join contest ini.



Lina

Monday, November 23, 2009

Gotong-Royong "Touch-Up" 5S

Hari Sabtu lepas aku kene datang ke pejabat sebab ada buat gotong-royong 5S.  Bukan gotong-royong beria-ria pun cuma nak kemas mana yang mungkin tak sempat nak kemas kalau masa kerja kan.

Sebelum dimulakan gotong-royong harus ada sesi 'warm-up' sikit. 



Orang lain beria-ia bersenam aku bersenam sambil sengih jer hehehe.



Sesi warm-up ni diketuai oleh EO baru ofis aku yang pakai baju warna merah putih kat depan sekali tu.


Selepas sesi warm-up ada ucapan sikit oleh bos aku.  Kemudian ada acara pemberian hadiah untuk zon yang menang zon terbaik masa last audit dalaman ari tu.  Seperti dijangka (ahakkss ayat poyo tuh...) zon aku iaitu zon zamrud yang menang.  Seperti di dalam gambar ketua zon aku tengah menerima hadiah yang berupa wang tunai bernilai RM300 (yeeeeeeeee makcik kayo).


Inilah suasana semasa gotong-royong.  Aku gotong-royong dalam bilik aku jer hehehe.  Selesai semua dalam pukul 1.30 petang aku pun balik.  Tahniah kepada zon aku yer Zon Zamrud kerana mempertahankan kejuaraan (Ena ko harus berbangga ni hehehe).


Lina

Saturday, November 21, 2009

Tahniah!!!

Hari Khamis lepas kan dah keluar keputusan UPSR.  Belah family aku ada sorang anak sedara aku yang ambil UPSR, belah Khairol pula ada 2 orang.


Yang aku tunjuk dengan anak panah tu anak sedara aku, Ika iaitu anak kakak aku yang duduk kat Johor Bahru.  Ini anak dia yang kedua. Alhamdulillah Ika dapat 4A 1B.


Yang peluk Qistina tu Nisa atau kitorang panggil Kak Chik, anak sedara Khairol iaitu anak kakak dia.  Sekarang ni diorang duduk kat Sarawak ikut ayah dia yang bertukar ke sana.  Kak Chik dapat 3A 2B.


Yang aku bulatkan gambar tu anak sedara Khairol, Aiman iaitu anak abang dia yang sulong.  Aiman sekolah Cina jadi banyaklar subjek yang dimbil.  Walau bagaimanapun Aiman cuma dapat 1A jer yang lain tak pasti dapat apa.  Tak apalah itu saja rezeki yang dia dapat mungkin bila naik menengah lain pula kan.

Itulah keputusan anak-anak sedara aku untuk UPSR tahun ni.  Tahniah kepada semua ya!

Lina

Why I Wish To Have A Portraiture Session With TRIPLETSplusONE?

STICKY MODE



Masuk contest lagi!  Hehehehe ni jumpa masa jalan-jalan kat blog ieda.  Macam menarik jer sebab hadiahnya adalah sesi fotografi.  Bukan senang nak dapat hadiah cam tu kan so tak salah kalau mencuba.
Seperti biasa syarat-syaratnya adalah seperti di bawah:-

Wish to have a portraiture session


with TRIPLETSplusONE?

Here's your chance to have a

session for FREE.

Yes, for FREE!!!

All you have to do is write an entry in your blog title "Why I wish to have a portraiture session with TRIPLETSplusONE" and link your blog to www.TRIPLETSplusONE.com. Of coz you would need to mentioned bout TRIPLETSplusONE in your blog! It is up to you how you want to write it, use your creativity. But you will need to include at least one latest photo of your child / children. Closing date will be on the 21th November. Please leave a comment here together with the link to your blog of your entry on this competition. Winner will be choosen based on creativity of the entry and also traffic to my blog.

Ok, why I Wish to have a portraiture session with TRIPLETSplusONE?

1. Saya suka mengambil gambar anak-anak saya.  Oleh kerana dah selama ni asyik ambil gambar sendiri jer jadi saya naklah gambar anak-anak saya diambil oleh mereka yang profesional.  Sudah tentunya hasil lagi menarik.

2.  Anak sulung saya dah berumur 3 tahun dan dah pandai bergaya jadi jika ada sesi fotografi yang proper tentu boleh ambil gambar yang menarik.

3. Anak kedua saya sungguh comel bila ketawa jadi saya nak abadikan gambarnya dengan cantik dan sempurna.

4. Yang penting sekali kalau ada rezeki menang, dapat potraiture session secara percuma.  Bukan senang nak dapatkan peluang ini jadi saya rebut peluang ini untuk anak-anak saya.

Ini gambar anak-anak saya yang terbaru.


















Bila saya jalan-jalan kat website TRIPLETSplusONE ni banyak pakej-pakej menarik yang ditawarkan.  Saya rasa yang paling menarik ialah pakej di bawah ini.



Bukan senang nak capture gambar baby kita yang baru dilahirkan.  Kadang-kadang suami kita pun terlupa sebab sibuk dengan kita kan.  Jadi, bila ada pakej macam ni kita boleh capture moment yang hanya sekali seumur hidup bagi baby kita.  Bila tengok gambar-gambar yang diambil memang cantik dan menarik.

The prizes are:

1st Place: ONE HOUR PORTRAITURE SESSION

2nd Place: RM150 Voucher

3rd Place: RM100 Voucer

*voucher is not valid for the Special Delivery: Fresh from Oven session **Those outside KL who wish to participate are most welcome, however portraiture session will be held in KL.


Lina

Friday, November 20, 2009

Bulu Mata


Korang tengok gambo kat atas apa sebenarnya korang fikir aku nak tunjukkan.  Rasanyang  apa yang paling ketara nampak kat gambo tu?  Oklar... oklar... sebenonya aku nak tunjuk apa yang paling aku jeles kat anak dara aku Qistina (motif menjeles dengan sendiri ish... ish... ish...).  Tengok lar bulu mata dia yang panjang melentik tu.  Tak payah pakai mascara tak pakai fake eyelashes sumer memang natural semulajadi.



Mari kita tengok close-up yer.  Panjang dan lentik kan puan-puan hehehe.  Kalau mamanya ni nak lentik bulu mata mengadaplar pagi-pagi depan cermin pakai mascara maybelline tu.  Anak aku tak payah pakai-pakai mascara dah jimat belanja.  Pelik juga macam mana bulu mata dia boleh lentik cantik padahal bulu mata aku dan ayah dia biasa je.  Takpelar mamanya tumpang bangga jelar.

Lina

Broadband Ohh... Broadband

Korang pernah tak alami macam aku ni terutama pengguna Celcom Broadband.  Sejak 2 minggu ni aku selalu je mengalami masalah bila connecting.  Nak kata takde line cuba korang tengok gambo kat bawah ni.



Tengok tu punya lar silau terang menyala kaler hijau tu tandanya connecting tu excellent tapi cuba korang tengok gambo di bawah ni bila aku nak buka internet.



Internet Explorer cannot display the webpage.  Bila aku klik kat diagnose connection problems tak ada apa-apa problem pun.  Kadang-kadang kalau dah dapat line punyalar lama nak dapat webpage yang kita buka tu.

Jadi, ada sapa-sapa tak yang alami masalah yang sama cam aku ataupun boleh menjawab masalah aku dengan celcom broadband ni.  Kalau ada kalangan blogger yang staf celcom ataupun pihak-pihak celcom yang terbaca blog aku ni tolonglah selesaikan masalah aku ni.

 Lina

Thursday, November 19, 2009

Kasut Lagi...



Fuhhh memang minggu ni minggu shopping aku.  Ni kasut kedua aku beli dalam masa 3 hari. Hari tu dah beli sepasang masa shopping kat Parkson.  Kali ni masuk-masuk kat Vincci terberkenan lak kat kasut ni.  Camne cantik tak korang tengok?  Ok dah cukup... cukup untuk tahun ni beli kasut hehe takde maknanya kalau ada yang terberkenan nanti beli jer hehehe.

Lina

Barang Shopping

Ok, apa barang-barang yang aku beli kat Parkson tu yer.  Boleh tengok gambar-gambar kat bawah ni yer.



Sepasang kasut untuk aku dan Khairol.  Mula-mula Khairol jer beli kasut tapi takkan aku nak tengok jer kan harus aku ngecek sekali ekekeke.


Ni pula untuk tilam untuk travel.  Harus juga dibeli senang kalau nak pegi mana-mana ke kalau tak cukup katil boleh bentang je kan.


2 biji bantal besar ni untuk letak depan tv.  Pandai Khairol pilih matching lak dengan sofa aku.


Ohh ini pula comforter dan 2 pasang cadar.  Beli comforter tu percuma 2 biji bantal.


Ni korang tengok lar harga comforter tu sebelum dan selepas diskaun.  Berapa peratus punya diskaun tuh.  Itu yang aku giler kejap hehehe tapi biasalar bila dah murah cam ni pilihan pun dah tak banyak.  Yang cantik-cantik banyak dah habis.



Ini pula harga 2 cadar tu.  Murah kan.  Sapa yang berminat tu cepat-cepat la pegi takut nanti kehabisan.  Bukan apa takut dah tinggal yang tak berapa cantik.


Lina

Wednesday, November 18, 2009

Shopping

Aku dah cerita dalam entry aku sebelum ni yang aku ada pergi shopping kat Parkson, Kuantan Plaza kan.  Jadi korang tengoklah gambar-gambar kat bawah ni yer.  Ni kat department cadar, comforter, bantal, memang murah giler giler harga.


Khairol tengah memunggah bantal kusyen hehehe



Qistina yang dah melepak kepenatan mengikut mamanya shopping.  Tengok sampai kereta sorong Amsyar jadi mangsa letak barang shopping.



Sesi pembayaran... bayar jangan tak bayar ye bang heheheh


Lina

Amsyar Di Usia 3 Bulan





5hb yang lepas genap Amsyar 3 bulan.  Lambat sungguh aku update pasal ni kan.  Bukan apa bawa dia pergi cucuk pun lambat jadi entry pun lambatlar juga.

Seperti biasa bawa dia pergi ke Al-Farabi dan jumpa doktor yang biasa juga.  Alhamdulillah, tak ada apa-apa yang luar biasa hehehehe.  Berat dah bertambah ke 6kg, aktif dan membesar dengan normal.  Masa cucuk tu pun dia menjerit sekejap lepas dah cabut jarum terus diam.  Bagus... bagus... anak mama memang kuat.

Pada usia 3 bulan ni apa perkembangannya yer.  Yang ketara dia dah tahu time dia pagi-pagi naik kereta nak hantar ke rumah Akinya.  Ada sekali kami terlambat dari biasa apa lagi punyalah mengamuk macam kena pukul.  Ingatkan lapar sangat ke, kembung ke apa rupa-rupanya masuk je kereta terus diam.  Lepas tu bila dah sampai rumah Aki dia aku bagi mertua aku ke atau aku baringkan dia atas tilam terus mencebik.  Adusss lagi lar mamanya ni rindu-rinduan.

Sekarang ni dalam proses nak mengiring nak pusing untuk meniarap.  Sekali tu dia mengiring ngiring tak lepas punyalar marah dia sampai hempas-hempas kaki dia, merah-merah muka.  Kelakar pun ada tengok masa tu.  Macam-macam perangai si Amsyar ni.

Lina

Hujung Minggu Yang Sibuk

Cerita aktiviti hari Sabtu dan Ahad baru nak postkan ari ni... adusss pesal lar ko nih slow sangat nih Lina.  Hehehe bukan apa start 13hb lepas aku bertugas sempena Persidangan Dewan sampailar 20hb nanti jadi sebab itulah tak update blog aku ni cuma update contest jer... bole gitewww.  Sesiapa yang belum tahu apa tugas aku masa Persidangan Dewan ni boleh baca kat sini yer.

Ok pada hari Sabtu, sebelah paginya dalam pukul 11 lebih aku pergi Astro nak bayar bil.  Senang pergi bayar kat tempat dia.  Lepas tu pergi gunting rambut sebab aku dah mengalami keguguran rambut yang kronik.  Orang tua-tua kata bila baby mula main buih air liur rambut maknya pun gugurlah.  Tak taular sama ada betul atau tak wallahualam tapi memang Amsyar dah start main buih air liur.  Lepas gunting rambut semua aku pun terus balik rumah.

Lepas mandi dan bersiap pergi ke rumah Ena sebab dia buat kenduri cukur rambut dan akikah anak dia yang bongsu ni.  Jemputan dari pukul 12.30 tgh hingga 3.00 petang, aku sampai dalam 2.30 petang kira oklar kan orang pun dah tak ramai.

Dari rumah Ena balik dulu ke rumah, rehat jap lepas tu tukar baju keluar semula nak survey peti sejuk.  Bukan apa peti sejuk lama tu kecil dan dah tak berapa ok keadaannya.  Survey punya survey langsung terus beli sebab ada yang berkenan. Aku pilih yang 2 pintu jenama Mitsubishi, macam brand kereta lak ek.  Cina kedai tu kata peti sejuk ni jimat elektrik, aku harap betullah apa yang dia cakap jangan sebab nak lakukan barang dia jer.

Kemudian balik rumah sebab Cina tu hantar terus peti ke rumah petang tu juga.  Lepas Maghrib pula keluar lagi kali ni ke Giant nak memenuhi hajat Qistina.  Kalau tak pergi malam tu harus anak dara tuh merajuk menbebel tak sudah-sudah.  Dah alang-alang pergi Giant belilar sekali barang dapur yang mana dah habis.

Hari Ahad pula lepas breakfast teringin lak nak pergi Pasar Tani sebab dah lama tak gi so ajaklah Khairol pegi.  Jalan-jalan cuci mata jer tak beli apa pun.  Balik dari Pasar Tani tiba-tiba terkeluar dari mulut aku ajak pergi Kuantan Plaza.  Bukan apa Parkson kat situ tengah buat jualan penghabisan stok sebab nak tutup dah.  Dengarnya plaza tu nak diambil alih oleh Mydin tak tau lar betul atau tak, kita tunggu aje lar.  Sekali kat Parkson tu bershopping sakan aku.  Nak tau apa aku beli tunggu entry aku yang seterusnya.

Sebelah petang pula pergi melawat kawan Khairol yang accident.  Nasib baik tak cedera parah.  Balik dari rumah kawan Khairol tu pergi pula East Coast Mall.  Shopping lagi kat situ hehehe.  Kiranya minggu ni minggu shopping aku agaknya.  Orang hujung-hujung bulan lepas dapat gaji shopping aku ni tengah bulan bole shopping bagai. 

Ok itular aktiviti aku minggu sudah.  Memang sibuk betul Sabtu Ahad tu, balik rumah keluar balik, balik rumah keluar balik.  Rasa-rasanya hujung minggu ni pun banyak gak aktiviti.  Tak sabar rasanya nak tunggu.

Lina


Friday, November 6, 2009

Beza Marjerin dan Mentega

Aku ada info yang ingin kongsi dengan kengkawan semua yang diemelkan kepada aku.  Korang bacalah yer.


Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda


(turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang

melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah

otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi

mendapat semula wang pelaburan mereka.



Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu

mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti

mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan

pelbagai perasa baru.


TAHUKAH ANDA ....perbezaan antara marjerin dan mentega?

Bacalah sehingga ke akhirnya.anda tentu tertarik! Kedua-duanya mempunyai

jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya

sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin

boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding

memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru.

Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan.

Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah

makanan tambah nilai!


Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan

lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin

terhasil kurang dari 100 tahun.


Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid

lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga

kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol

berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko

penyakit barahsebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan.

Ia juga merendahkan respons perta hana n tubuh serta keberkesanan insulin

semula jadi badan.



Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan . INI IALAH BAHAGIAN YANG

SANGAT MENARIK!

Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKULuntuk menjadi PLASTIK. Fakta ini

sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur

hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna

hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).


Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini:

Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat

teduh.. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:



*tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia

sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)

*ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai

nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma

juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada

plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti

anda?

Aku sekarang ni confuse juga Planta dengan Daisy tu marjerin ke mentega sebab kalau dalam iklan kan dia sebut marjerin planta atau daisy.

Credit kepada Relexjap@yahoo.com


Lina
 

Monday, November 2, 2009

Pertandingan Memanah

Baru-baru ni iaitu pertengahan bulan Oktober yang lepas aku telah menyertai pertandingan memanah anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan jabatan aku.  Aku baru je 4 hari masuk kerja lepas cuti bersalin terus orang unit aku ajak bersukan.  Disebabkan sukan ni tak berat sangat, lebih banyak guna kekuatan tangan so aku pun joinlah.  Lagipun tak pernah lagi memanah so nak try lah macam mana rasanya heheheh.  Setiap unit kena hantar 10 orang untuk satu pasukan iaitu 6 orang lelaki dan 4 orang perempuan.  So, korang layanlah gambar-gambar kat bawah ni yer.



Aduh tak nampak sangat tulisannya.  Banner tentang pertandingan.



Lapangan memanah.  Itulah papan-papan target untuk memanah nanti.



Sesi klinik disampaikan oleh bekas pemanah kebangsaan yang pernah mewakili Malaysia ke Sukan Olimpik, Cik Moon Redee.



Aksi pemanah-pemanah SUK.



Hahaha ini suami aku Khairol masuk juga mewakili unit dia.



Macam mana ada gaya tak aku hehehe.



Acara akhir demonstrasi memanah oleh Cik Moon Redee dan jurulatih memanah Pahang, Encik Azmi.

Malangnya unit aku tak ada rezeki nak menang.  Tak taulah tempat ke berapa daripada 12 pasukan.  Rasa-rasanya corot juga tapi memang enjoy, mula-mula memang rasa kekok tapi dah 2, 3 kali cuba memang best rasa nak main lagi.  Tak apa... tak apa tahun depan kalau ada lagi pertandingan ni kene bersedia lebih awallah.

Lina

Awan Dania



Sekarang ni kat Astro, selain layan ketiga-tiga CSI terutamanya CSI Miami sebab season yang baru dan juga Sehati Berdansa, cerita yang memang aku suka ialah Awan Dania.  Masa musim pertama dulu tak adalah aku layan sangat tapi bila musim kedua ni aku boleh minat lak.

Sebab apa aku minat ek, disebabkan karekter Dania tu lah yang dilakonkan oleh Scha Alyahya.  Memang giler sempoilah dia berlakon.  Dengan suara kasarnya, gayanya yang ganeh memang tak kontrol cunlah dia, siap kembang-kembang hidung lagi.  Seronok betul aku tengok dia berlakon, kelakar pun ada.  So, sape-sape yang tak pernah tengok lagi mehlah kita sama-sama tengok memang tak rugi.

Lina

Cuti Hujung Minggu



Hari Jumaat yang lepas aku bercuti sebab Amsyar masih lagi selsema dan batuk.  Selsemanya dah berkurangan tapi batuk tu yang masih lagi ada.  Kesian lak tengok bila dia batuk, nak buang kahak tak pandai sampai merah-merah muka, berair-air mata.  Jadi, cuti 3 hari tu campur Sabtu dan Ahad memang aku lebih banyak duk kat rumah jaga Amsyar.

Hari Sabtu pula ada jemputan kahwin staf SUK tapi lain bahagian.  Jadi, aku dan Khairol bawa Qistina je, Amsyar kami tinggalkan sekejap kat rumah mertua.  Kesian nak bawa dia, tempat ramai orang dan panas lagi.  Nanti daripada nak baik batuk jadi lagi teruk lak.

Oh ye malam Sabtu tu aku menyaksikan satu fenomena yang mengagumkan, salah satu tanda kebesaran Allah S.W.T.   Malam tu bulan dipagari oleh macam satu lingkaran.  Khairol kata masa mula-mula dia tengok dalam pukul 8 lebih, ada nampak warna pelangi pada lingkaran tu tapi masa aku tengok sejam lepas tu dah tak nampak warna cuma nampak lingkaran putih macam kabus.  Dengarnya cuma di Pahang je nampak, negeri lain tak nampak tapi tak taulah aku.  Sayangnya aku dan Khairol tak berjaya mengambil gambar.  Bila snap hasilnya cuma nampak bulan je, lingkaran tu tak nampak.  Rasanya kalau pakai kamera yang canggih lagi mesti dapat.  Kalau nak tengok fenomena bulan tersebut yang sebelum ni pun ada terjadi pada bulan September lepas boleh pergi ke blog ni.  Lagi jelas nampak lingkarannya seperti pelangi. 

Ok berbalik kepada cerita pasal Amsyar, alhamdulillah sehingga ke hari ni batuk dia dah berkurangan.  Lega sikit rasa hati bila tinggalkan dia kat rumah mertua aku pagi tadi.  Bukan apa kalau Qistina yang batuk ok lagi sebab dia dah boleh bercakap dan bagitau kita apa yang sakit ke apa ini baru nak masuk 3 bulan yang dia tau menangis atau merengek je lar kalau ada tak kena.  Jadi pada semua blogger yang bergelar ibu, awasilah kesihatan anak-anak terutama yang setahun ke bawah sebab sekarang ni dah nak masuk musim tengkujuh, penyakit mudah berjangkit musim-musim gini.  Mencegah adalah lebih baik daripada merawat.

Lina