Wednesday, October 28, 2009

Majlis Pertunangan Cousin



Raya ke-14 aku ke KL untuk menghadiri majlis tunang adik sepupu aku, Huda.  Kitorang bertolak lepas Subuh kira-kira pukul 6 pagi.  Mak dan adik aku dah pergi sehari sebelum dengan bas.  Balik nanti baru sekali dengan kitorang.  Alhamdulillah sampai kat Wangsa Melawati, Ulu Klang kul 9.30 pagi.  Masa sampai tu rumah cousin aku masih lengang ada sedara mara jer.  Tak berapa sibuk sebab diorang tempah catering.

Kitorang stay sana 3 hari, Isnin baru balik Kuantan.  Sempatlah pergi majlis tunang dan open  house sepupu Huda belah ayah dia.  Pas tu pergi shopping kat Ikea pun sempat.

Ok berbalik pada majlis tunang Huda, satu majlis yang sederhana, berjalan dengan lancar dan baju tunang dan hantaran pun cantik, tema pink.  Akhirnya segalanya selesai setelah berbulan-bulan Huda merancang heheh.  Cerita-cerita persiapan pertunangan, details semua dari A to Z boleh baca kat sini yer.

So, for Huda, tahniah dah jadi tunangan orang.  Rasa macam kamu ni kecil lagi tapi sebenarnya dah jadi grown up lady.  Rasa macam baru je lagi akak dukung kamu masa kecik-kecik dulu (alamak emo lar pulak hahaha).  Jaga ikatan tu baik-baik, tak lama je lagi kamu dan Adlie akan diikat dengan ikatan yang sah.  Tak sabar nak tunggu majlis kahwin kamu nanti, insya-Allah.


Lina

Tuesday, October 27, 2009

Alahai Anak-Anak Aku


Kakaknya macam ni


Adiknya pulak macam ni



Macam ni lah gayanya di hujung minggu bila aku ngan Khairol tak kerja.  Jadi, anak-anak taklah kene kejut pagi-pagi, aku biarkan je lar diorang tidur sampai bangun sendiri.  Selalunya kakaknya yang bangun lambat sikit tapi kalau dah sampai tengahari tak bangun-bangun memang aku kejutkan.  Adik dia biasalah bangun sebab lapar lepas tu tidur balik tapi automatik dalam kul 9 atau 10 pagi terjaga sebab tu time dia mandi.  Kalau lambat sikit mulalar ek ek bunyi.


Lina

Monday, October 26, 2009

Raya Di Rumah Mak Ngah

Raya ke berapa ye aku dah tak ingat, ni masa kami beraya kat rumah Mak Ngah kat Pekan.  Kitorang buat barbeque jer.


Ikan



Ayam perap macam buat sate


Daging



Tukang panggang yang cemerlang


Semuanya nak bergambar dengan tukang panggang



Ada lagi yang nak bergambar



Qistina dan pak sedara


Geng-geng sepupu Khairol

Lina

Time Raya

Lepas berpagi raya kat rumah mertua aku, aku sekeluarga pun bertolak ke rumah mak abah aku.  Nasib baik masa kami sampai tu baru nak mula sesi bermaaf-maafan.  So, layanlah gambar-gambar raya aku ni yer.



Sedang menikmati juadah di pagi raya



Sesi bermaaf-maafan




Khairol dengan anak daranya




Gambar sekeluarga.  Nasib baik dapat juga cari baju kurung yang yang lebih kurang sedondon cuma Amsyar je lar lain, tak sempat nak cari.  Takpe tahun depan masih ada jika dipanjang umur.





Keluarga besar Haji Mohamed Yasin dan Hajjah Zainap.  Itupun seorang anak sedara aku tak ada sebab buat perangai heheh.  Selalunya macam tu lah tiap tahun mesti ada seorang yang buat perangai macam ambil turn lak.


Lina

Wednesday, October 21, 2009

Berbuka Puasa Di Rumah Abah

Sebenarnya laptop aku tak siap baiki lagi.  Aku ingat minggu lepas dah boleh siap tapi tak siap juga.  Tak tau lar apa yang rosaknya, teruk betul.  Jadi, oleh kerana banyak benda aku nak postkan di sini terpaksa jugalah aku guna pc ofis.  Walaupun memang lembab giler tapi bolehlah untuk satu dua entry.

Ok, aku mulakan dengan entry sehari sebelum raya.  Walaupun cite pasal bulan pose dan raya ni dah basi sebab dah habis dah bulan Syawal tapi aku tak kira aku nak cite juga hehehe.  Bukan ape dah ada bahan kan takkan nak simpan lak.  Lagipun korang semua tak baca lagi cite hari raya aku betul tak?

Aku kan dah habis pantang 3 hari sebelum raya, jadi sehari sebelum raya tu aku balik berbuka pose kat rumah mak abah aku sebab tahun ni semua adik-beradik aku balik beraya kat rumah mak abah aku.  Kiranya tahun ni giliran diorang kat sinilah termasuk juga dengan aku tapi pagi raya nanti aku beraya kat rumah mertua aku dulu.  Ala tak kisahpun mana dulu beraya sebab bukannya jauh no rumah mertua aku dengan rumah mak abah aku.




Masa berbuka puasa.



Tengoklah penuh dapur rumah mak abah aku bila semua cucu-cucunya balik.  Masa ni kesemua 15 orang cucunya ada termasuk yang paling baru si Amsyar.  Memang riuh satu rumah.




Sempat lagi malam tu buat biskut tat gulung diketuai oleh kakak aku.




Ni pulak abang ipar aku tengah menyiang daging rusa.



Lina

Amsyar Di Usia 2 Bulan



Sekejap je masa berlalu, kalau dikira hari ni Amsyar dah berumur 2 bulan 16 hari.  Semestinya bila dah 2 bulan ni semua ibu-ibu rasa seronok sangat sebab baby dah pandai ketawa, pandai mengagah dan yang paling best dah pandai nak bercakap.  Bukannya cakap macam kita ni tapi bising mulutnya bila kita mengagah dia.

Pulak tu badan dan pipi Amsyar makin tembam lagilar mamanya geram sesangat.  Rasa nak gigit-gigit jer hehehe.  Aku rasa semua ibu-ibu pun time ni memang rasa macam yang aku rasa.  Masa-masa nilar bila kat tempat kerja rasa tak sabar-sabar nak balik rumah, rindu giler kat baby macam setahun tak jumpa.  Ni pun sambil taip ni kepala ingat kat anak jer dah tak sabar tunggu kul 5 nih.  Amsyar tunggu mama yer!!!


Lina

Wednesday, October 14, 2009

Salam Semua

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh

Hai semua! Alhamdulillah aku masih diberikan peluang dan kesempatan untuk beribadat lagi di bumi Allah ini. Sebenarnya aku dah kembali bekerja semalam tapi disebabkan dek kesibukan tak sempat aku nak update dalam blog ni.

Pertama-tamanya aku nak mohon maaf sebab dah lama tak update, ada dekat 3 minggu rasanya. Bukan sengaja ataupun bukan tak ada bahan tapi laptopku telah mengalami kecederaan yang boleh dianggap serius dan terpaksa admitted selepas raya. Insya-Allah pada 16hb ni dah boleh discharge. Yang jadi lamanya admitted sebab terpaksa menunggu organ baru dari KL untuk diganti organ lama yang dah rosak.

Ok tutup cerita pasal laptop aku tu, mengenai aku lak, alhamdulillah aku sihat, Amsyar pun sihat. Pada 11hb ari tu aku bawa dia pergi imunisasi untuk 2 bulan dan beratnya dah mencecah 5.3 kg. Nasib baik Amsyar tak demam, kira kuat juga antibodi dia. Setakat ni tak ada apa-apa masalah atau penyakit cuma Amsyar kena selsema je lepas raya berjangkit daripada kakaknya.

Sepanjang aku dah bekerja ni Amsyar dijaga oleh mertua aku. Senang hati juga sebab ahli keluarga yang jaga kan. Lagipun dah kakaknya pun kat situ satu hala je la. Bukan apa aku ni tak senang hati juga nak bagi orang lain jaga sebab Amsyar kecil lagi. Mula-mula dulu ada juga cadang nak hantar kat orang kan dah ada pun orang nak jaga tapi berbelah bagi.

Apa-apapun banyak sebenarnya bahan nak aku update kat sini tapi kene tunggu laptop aku discharge lar sebab gambar-gambar semua dalam tu. Aku akan update slow slow ye. Harap-harap korang tunggu yer dan tak jemu buka blog aku walaupun tak ada cerita baru.


Lina