Monday, August 31, 2009

Hari Kebangsaan Malaysia Ke-52

Gambar bendera ini kredit kepada http://www.kumprinx.com/
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Hai semua...
Pada hari ini 31 Ogos 2009 sekali lagi kita rakyat Malaysia menyambut Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-52.  Sekejap je kan masa berlalu dah 52 tahun kita merdeka.  Pada tahun ni di Kuantan tidak diadakan perarakan kerana bimbang wabak H1N1 yang melanda sekarang.
Bagi akulah walaupun aku adalah generasi selepas merdeka tapi aku dapat merasai jerit perih nenek moyang kita dahulu nak mendapatkan kemerdekaan.  Alhamdulillah hasil jerit perih mereka kita generasi selepas merdeka ni dapat hidup dengan senang, aman dan makmur.  Oleh itu, sama-samalah kita menjaga kemerdekaan negara kita ni jangan sampai tergadai ke tangan orang yang tidak sepatutnya.
Di sini aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Yang Ke-52 kepada semua kawan-kawan blogger dan sesiapa jua yang membaca blog ini. 

Lina

Friday, August 28, 2009

Candid Giveaway Contest

 Ari tu masa jenguk blog kak zieha, dia ada buat contest.  Teringin pula nak masuk contest kali ni tengah dalam pantang ni tak ada apa nak buat kan.  Ok nama contestnya Candid Giveaway Contest.  Syarat-syaratnya seperti di bawah ni ye.

1) Copy gambar kat atas nie & uploadkan kat dlm N3 dan sidebar blog u olls
Ok, dah buat


2) Wajib jadi followers kat sidebar di blog zieha n list kan blog zieha pada bloglist u olls......
Dah, lama dah jadi follower.

3)Uploadkan satu(1) gambar yang boleh dikategorikan candid habis atau yang paling happening,lucu,sedih,gembira, terkejutss yang pernah u olls amik..
Ok, ini gambar candid yang aku pilih untuk masuk contest ni.  Gambar Qistina tengah menguap ni masa aku pergi majlis kahwin cousin Khairol kat Muar ari tu.  Ni masa malam nikah, Qistina sibuk nak duduk dengan Babanya jadi dia seorang je perempuan kat tempat lelaki.  Masa tu lak Khairol jadi jurukamera sempat dia snap gambar candid ni.  Harap-harap adalah tuah Qistina jadi pemenang, insya-Allah.


4) Bila dah dapat gambar candid tu,tinggalkan N3 di link ini sahaja
Ok, dah.


5) Pemilihan gambar berdasarkan gambar yang betul2 menarik dan mesti di amik gambar candid


6) Hadiahnya..adalah SURPRISED....kalau bagi tahu..tak besh la kan...hehehehe

7) Contest bermula pada 16 Ogos 2009-31 Ogos 2009..

8) Keputusan pemenang bloggers bertuah akan diberitahu 1 minggu selepas tarikh tamat
contest tersebut...
 

Ok dah siap dah entry untuk Candid Giveaway Contest ni.  Hopefully segala syarat-syaratnya telah dipenuhi dan gambar yang dihantar ni pun bertepatan dengan konsep yang dikehendaki.
 
 
Lina

Thursday, August 27, 2009

Pertandingan Memancing

Pada 15 Ogos lalu kelab unit aku telah menganjurkan satu pertandingan memancing untuk staf dan famili mereka.  Oleh kerana pada masa tu aku kan dalam pantang jadi suami aku je lar pergi mewakili aku.  Lagipun hobinya kan memancing jadi memang tak lepaskan peluanglah.  Pertandingan tu diadakan di Taman Pertanian di Kuantan.  Ok korang layanlah gambar-gambar di bawah ni yer.

Gaya seorang juara memancing.  Memang nak dijadikan rezeki Khairol dapat tempat pertama kategori ikan terberat dengan ikan patinnya seberat 1.6 kg.

Inilah tempat memancingnya di Taman Pertanian Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan.

Inilah antara ikan-ikan yang berjaya dipancing oleh Khairol.  Oh yer Khairol juga dapat tempat pertama kategori ikan terbanyak iaitu 11 ekor.

Jadi Khairol bawa balik 2 hamper pada hari tu.  Isi dalam hamper tu sama je.  Seronok bukan main dia ye lar dah lama dia tak memancing dan dapat rezeki yang lumayan tu.  Bos aku siap tegur dia rezeki anak ye.  Memang rezeki anaklah sebab setiap anak tu ada rezeki masing-masing.
Lina

Tuesday, August 18, 2009

Hadiah Amsyar

Hari ni hari ke 14 aku berpantang. Puasnya duduk kat umah tapi apa nak buat memang kene juga kan. Nasib baiklah ada celcom broadband ni dapat juga aku berblogging kalau tidak mati kutu juga.





Kali ni aku nak kongsi hadiah-hadiah yang Amsyar dapat. Bukan nak menunjuk ek tapi saja je sebab tak ada cerita lain aku nak update kat sini buat masa ni. Lagipun bukan banyak sangat pun hadiahnya.






Ini hadiah dari Pusat Rawatan Keluarga MUIP, tempat aku bersalin. Kali ni banyak sikit hadiahnya berbanding masa aku bersalinkan Qistina dulu. Mungkin dah ramai yang jadi penaja kot. Dalam beg pink tu ada susu Mamex Gold 2 tin kecil, pas tu ada free gift dari Johnson, Fitty dan brosur-brosur pasal baby. Dalam paper bag tu pulak ada free gift dari Bebelac Kid dan bedak Cuticura pun ada.


Ini pula hadiah daripada kawan-kawan dan officemate Khairol. Daripada ofis aku nanti bila masuk kerja baru dapat.

Qistina pun nak bergambar juga dengan hadiah adik. Konon-konon hadiah dia jugalah tu.

Kepada semua yang memberi hadiah untuk Amsyar ni terima kasih yer. Pemberian anda amat kami hargai.

Lina

Friday, August 14, 2009

Orang Baru






Perkenalkan anggota baru dalam keluarga Azlina dan Khairol

Nama : Amsyar Iqbal bin Khairol Hamdan
Tarikh Lahir : 5 Ogos 2009 (Rabu)
Masa Lahir : 4.25 Pagi
Umur : 10 Hari
Berat : 2.89 Kg
Tempat Lahir : Hospital Bersalin dan Sakit Puan Azzahra, Pusat Rawatan Keluarga MUIP, Kuantan
Alhamdulillah, pada 5 Ogos 2009 yang lepas, jam 4.25 pagi aku selamat melahirkan anak kedua aku secara normal. Setelah mendapat seorang cahayamata perempuan kali ni aku dan suami dianugerahkan dengan anak lelaki. Nanti aku cerita ek detik-detik kelahiran Amsyar ni.
Buat masa ni aku berpantang di rumah mertua aku. Aku tak kisah pun nak berpantang di mana-mana pun. Jadi, kalau ada masa terluang aku akan cuba update cerita-cerita terkini. Oh ye member aku yang juga seorang blogger, Ena, pun dah selamat melahirkan anak ketiganya, baby girl, pada 13 Ogos 2009 jam 9.30 pagi secara pembedahan. Alhamdulillah ibu dan anak sihat.
Terima kasih kepada yang mengucapkan tahniah. Nanti aku update lagi ye cerita-cerita yang terkini. Tungguuuuuuuuuu!!!


Lina

Tuesday, August 4, 2009

Pertandingan Bowling

Baru-baru ni kat pejabat aku ada buat pertandingan bowling. Adalah seorang staf yang anjurkan. Dia ni memang suka buat tournament bowling ni. Ena mesti tau sape staf ni. Bayarannya sebanyak RM30 untuk 4 game. Khairol pun tak lepaskan peluanglah sebab dia dah lama tak main. Pertandingan ni diadakan di Premium Lanes, Kuantan Plaza.



Hamper untuk semua.



Mari kita close-up sikit apa isi hamper ni. Ohh barang-barang dapur, tepung, gula, sos. Aku rasa ok juga hamper macam ni sebab boleh guna lama sikit daripada barang makanan kan. Untuk hadiah 1 hingga 3 berupa wang tunai.
Jadi malam tu aku pun temankanlah Khairol. Qistina tinggal kat rumah mertua aku sebab kalau bawa dia, bila dia dah berlari-lari tak duduk diam tak laratlah aku nak menjaganya. Jadi baik tinggalkan jer. Lagipun memang lambat habis dekat pukul 12 baru sesi bagi hadiah semua. Khairol dapat tempat ke-13 jer oklah tu dapat bawa balik hamper. Tak sabar rasanya nak tunggu tahun depan nak mula balik main bowling ni.
Lina

Influenza A (H1N1)

Ok kali ni aku nak berkongsi maklumat dengan kawan-kawan semua. Rasanya semua dah maklum sekarang ni di seluruh dunia sedang dilanda dengan wabak baru iaitu Influenza A (H1N1) atau bahasa pasarnya dipanggil Selsema Babi.
Di Malaysia sekarang ni pun kadar peningkatan jangkitan dah semakin tinggi. Setakat berita pagi tadi yang aku baca di akhbar dah ada 8 kematian dengan yang terbaru seorang ibu yang baru bersalin. Apa yang ditakutkan sekarang ialah punca jangkitan di Malaysia bukan lagi datang dari luar Malaysia tapi dari dalam negara sendiri.
Sekarang ni pun aku dah ambil langkah berjaga-jaga juga. Aku sentiasa pantau kesihatan anak aku, suami aku, keluarga bahkan diri aku sendiri sebab perempuan mengandung adalah yang berisiko untuk mendapat jangkitan ni. Aduhhh cepat-cepatlah aku bersalin juga kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.
Ok apakah tanda dan gejala penyakit ini? Tanda-tandanya adalah mirip selesema seperti demam, batuk, sakit kepala, sakit badan, sakit tekak, selesema dan kadangkalan muntah-muntah atau cirit birit. Bagaimana berjangkit ye? Virus ni berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin. Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan atau tersebar ke udara. Seterusnya melalui pernafasan, sentuhan dengan tangan pesakita atau menyentuh permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit. Jadi, kalau korang berdepan dengan orang yang bersin atau batuk, cepat-cepat jauhkan diri.
Bila korang rasa ada tanda-tanda jangkitan tu cepat-cepat pergi ke hospital untuk pemeriksaan. Jangan pergi ke klinik swasta je sebab setakat cuma di hospital saja ada alat untuk mengesan jangkitan ni.
Antara cara untuk menghindari jangkitan ni ialah kerap cuci tangan dengan air dan sabun, elak sentuh muka, khususnya hidung dan mulut untuk mencegah kemungkinan jangkitan, elakkan daripada pergi ke tempat awam yang sesak, kalau boleh elakkan guna pengangkutan awam dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa.
Aku rasa inilah serba sedikit yang dapat aku kongsi dengan kawan-kawan semua. Bukan apa penyakit ni dah bawa kematian jadi aku rasa kita perlu berhati-hati memandangkan semakin hari semakin meningkat jumlah kes. Jadi, sentiasa peka dan pantau kesihatan diri dan keluarga kita. Kalau ada je tanda-tanda tu cepat-cepat pergi ke hospital. Mencegah lebih baik daripada dah terlambat kan.
Jika kawan-kawan nak maklumat lanjut lagi pasal penyakit ni boleh pergi ke laman web Kementerian Kesihatan Malaysia kat bawah ni.
Kat sini sentiasa memaparkan perkembangan terkini mengenai H1N1 ni. Jadi kawan-kawan semua sama-samalah kita saling ingat-mengingati sesama kita dan juga orang di sekeliling kita.


Lina