Friday, July 31, 2009

Pasar Pagi di Pekan

Kalau balik ke Pekan tak sah kalau tak pergi Pasar Pagi. Setiap pagi Sabtu kat bandar Pekan ni ada Pasar Pagi. Dulu-dulu cuma jual baju-baju jer dan kebanyakannya datang dari Kelantan dan Thailand. Sekarang ni dah makin besar pasarnya, ada jual makanan, barang kering dan basah. Kira penatlah nak memusing.



Khairol kalau pergi pasar macam ni tempat tujuan utama mestilah gerai bundle. Nak menambahkan lagi koleksi dia.




Tengoklah tu muka serius je mencari yang dikehendaki.





Antara t-shirt yang berjaya dijumpai. Berbaloi jugalah Khairol mencari dari satu bundle ke bundle dapatlah 5 helai t-shirt.
Lina

Makan Ikan Sungai








Inilah rezeki daripada ikan-ikan sungai yang ditangkap Khairol masa menjaring di kolam. Menjadi juadah makan tengahari yang sungguh menyelerakan. Memang kalau nak merasa makan ikan sungai aku dan Khairol akan balik ke rumah Mak Ngah. Lagi best Mak Ngah memang pandai masak. Sekarang ni Pak Ngah membela itik telur. Jadi dapat makan opor itik lagi. Mengandung kali ni memang dapat makan macam-macamlah.
Lina

Aktiviti Waktu Malam





Inilah aktiviti-aktiviti waktu malam budak-budak ni. Nak tau yang 2 orang ni sepupu Khairol. Jadinya anak aku tu pangkat anak sedara dioranglah. Kisahnya Mak Ngah Khairol ni lambat sikit dapat mereka berdua ni. Jadinya tu yang berbeza umur dengan Khairol. Dah bila anak-anak sedara datang sebayalah jadinya.


Lina

Menjaring Ikan

Cerita ni sebenarnya dah basi dah tapi lambat aku nak postkan kat sini. Ni masa aku pergi rumah Mak Ngah Khairol kat Pekan 2 minggu sudah. Aku dah lama tak balik rumah dia sejak mengandung ni disebabkan alahan teruk lepas tu malas pun ada. Jadi kali ni sebelum bersalin tu pergilah juga sebab Pak Ngah ajak Khairol menjaring ikan kat kolam dia.

Ini hasil tangkapan di sebelah pagi yer. Khairol saja jer pasang jaring kat kolam alih-alih dapat rezeki ikan patin. Cehhh apa lagi bergambarlah dengan ikan. Tengahari tu makan ikan patin masak tempoyak spesel dimasak oleh Mak Ngah.
Sebelah petangnya bermulalah operasi menjaring ikan. Sebenarnya Pak Ngah nak clearkan kolam ni sebab ada nak buat projek. Sebab tu dia suruh Khairol dan mertua aku balik. Saksikanlah aksi-aksi semasa menjaring ikan.


Ini pula para penonton yang datang memberi semangat hahaha. Itu mertua aku, Pak Ngah dan kenalan dia.


Inilah dia hasil tangkapan yang diperolehi pada petang itu. Yang aku kenal ikan patin jelah yang lain memang tak tahu. Oh ye ikan-ikan sungai ni bukan dibela yer, Pak Ngah dapat tangkap masa menjala di sungai dan terus dilepaskan ke kolam. Jadi ikan-ikan ni memang tak rasa hanyir langsung.



2 orang penjala ikan ni pun tak lepaskan peluang bergambar untuk menunjukkan bukti bahawa mereka berjaya menjaring ikan sungai walaupun bukan di sungai tapi di kolam.


Lina


























Monday, July 27, 2009

Kedai Gambar Kami Give Away (Julai 2009)

Pergi blogwalking kat blog Kak Zieha terbaca entry ni. Teringin pulak nak mencuba nasib sebab sonang ajo. Ok seperti biasa kalau ada contest cam ni mesti ada peraturannya kan. Peraturannya seperti di bawah ni yer.


1.Peserta hendaklah dari kalangan blogger sahaja.

2.Copy logo KedaiGambarKami Give Away di atas dan letakkan pada side bar blog anda.

3.Linkkan blog KedaiGambarKami pada bloglist/link list anda.

4.Tinggalkan komen dengan pada entry ini.Kami akan ke blog anda untuk menyemak samada anda cukup syarat atau tidak.

5.Pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah, cuma ada seorang pemenang.Hadiah akan diumumkan kemudian.

6. Tarikh tutup ialah pada 31 Julai 2009. Pemenang akan diumum pada tarikh yang akan ditetapkan nanti.


Jomlah kita beramai-ramai masuk contest ni. Untuk maklumat lanjut boleh pergi ke blog yang buat contest tu iaitu:-


Lina

Wednesday, July 22, 2009

Perkembangan Minggu 37

Semalam aku kena buat BSP lagi, ambil darah 4 kali tu. Alhamdulillah keempat-empat kali tu kandungan gula dalam darah aku di paras normal. Memang aku lega selega-leganyalah.
Jadi hari ini aku kena jumpa doktor. Patutnya appointment mingguan aku hari esok tapi disebabkan nak jumpa doktor hari ini jadi appointment bawa sekali ke hari ini. So, esok tak payahlah pergi klinik lagi kan.
Aduh punyalah lama masa menunggu doktor adalah 1 jam lebih tapi bila jumpanya sekejap je. Doktor tu bagitau yang kandungan gula dalam darah aku ok, lepas tu dia ingatkan aku appointment dengan doktor pakar tu minggu depan dan aku kena buat BSP 2 minggu lagi. Kalau aku terbersalin awal tu tak payahlah kan. Itu je lar 5 minit je aku rasa. Menunggunya macam nak pengsan.
Keluar dari klinik terus call Khairol sebab aku dah lapar tahap gaban dah. Nak berjalan balik ke ofis pun rasa dah tak ada tenaga. Khairol datang ambil lepas tu terus bawa pergi makan. Jadi, buat masa ni segalanya ok cuma nak tunggu jumpa doktor pakar la pulak.
Lina

Thursday, July 16, 2009

Setelah 36 Minggu 1 Hari

Hari ini seperti biasa buat pemeriksaan dwimingguan di klinik. Pada hari ini juga kandunganku genap 36 minggu 1 hari. Ada banyak nak cerita pasal perkembangan kesihatan aku dan baby.
Ok aku mulakan dari hari Isnin lepas. Pada hari Isnin hari tu aku terima panggilan dari klinik mengatakan mereka baru terima result aku buat OGTT pada 6/7 yang lepas. Resultnya mengatakan kandungan gula dalam darah aku tinggi iaitu 8.7 menandakan aku ada kencing manis. Jadi diorang suruh aku datang klinik keesokannya untuk buat BSP iaitu ambil ujian darah sebanyak 4 kali sehari. Keesokannya aku pergilah.
Inilah hasil ujian darahnya. Mula-mula ambil pukul 9.00 pagi 4.6, kemudian pukul 12 tengahari 3.2, pukul 6 petang 6.5 dan akhir sekali 9.00 malam 4.4. Aku pun legalah sebab tengok resultnya ok je.
Pagi tadi bila buat pemeriksaan biasa tu nurse tu cakap memang aku kena kencing manislah tapi nak penjelasan lanjut bila jumpa doktor nanti. Lepas tu bila dia tengok result ujian darah tu dia kata yang 6.5 tu sebenarnya tinggi. La aku kata masa nurse buat ujian tu dia kata ok jangan lebih 7.8. Then dia explain yang waktu ambil ujian pukul 6 petang tu kiranya sebelum makan malam. Sepatutnya 2 jam sebelum ambil darah tu aku jangan makan apa-apa yang beratlah. Manalah aku tahu. Lepas tu nurse tu suruh jumpa doktor.
Jumpa doktor seperti biasa scan semua, baby sihat tapi dia kata air banyak sangat jadi dia suruh refer ke hospital jumpa doktor pakar pula. Sebelum tu aku kena ambil darah lagi kemudian dia buat surat untuk pergi hospital nak cek jantung baby hari ini juga. Jumpa doktor pakar tu doktor setkan pada 29/7. Kemudian kena jumpa pula pakar pemakanan, yang ini tak kisah bila tapi antara hari Selasa, Rabu dan Khamis.
Lepas ambil darah semua aku dan Khairol pun terus bergegas ke hospital pula untuk cek jantung baby. Nasib baik orang tak ramai masa aku pergi tu aku seorang je patient. Cek jantung baby tu untuk jangkamasa 20 minit. Alhamdulillah doktor kata degup jantung baby aku ok, tak ada masalah. Lepas dah satu bab, tinggal satu bab lagi pada 29/7 nanti. Minta-mintalah ok semuanya. Oh lupa nak bagitahu minggu depan aku kena buat BSP lagi. Aduh nak dekat bersalin banyak pula masalahnya. Harap-harap aku dapat bersalin dengan mudah tanpa apa-apa risiko. Risau juga aku. Sesiapa yang ada pengalaman macam ni masa mengandung boleh tak kongsi cerita dengan aku. Bukan apa nak mengurangkan rasa seriau aku ni.



Lina

Wednesday, July 15, 2009

Tag Mengenai Diri

Buka-buka blog Ena dapat tag lak. Ena ko memang bertuah sebab aku tengah free ni jadi dengan sukacitanya aku buatlah tag tu yer.

Oh ye sebelum tu nak mintak maaf pada kawan-kawan kalau buka blog aku ni nampak cam tak happening je sebab under renovation hehe cam rumah lak nak renovate bagai. So nantikan wajah baru blog aku ni yer. Ok continue with the tag.


1)5 nama timangan anda.....
> Ina (panggilan keluarga dan kawan rapat)
> Lina (panggilan di pejabat)
> Az (panggilan semasa belajar di ITM)
> Na (kadang-kadang ada juga yang panggil nama ni)
Ada empat je lar nama timangan tak apa kan
2) 5 sifat/tabiat buruk
> suka pendam perasaan (boleh tak bagi satu jer sebab nilah sifat buruk yang paling aku tak suka kat diri aku)
3) 5 makanan peberet
> coklat
> nasi ayam
> tom yam
> kek coklat
> asam pedas
4) 5 subjek pelajaran paling suka....
> Bahasa Malaysia
> Matematik
> Sejarah
3 ni je aku suka hehe
5) 5 benda wajib lam purse....
> IC
> duit
> kad ATM
> lesen kereta
> member card
Emmm cam sama gak ek dengan diorang
6) 5 topik yang biasa di bual bersama pasangan/teman....
> pasal anak
> cerita kat pejabat
> pasal rumah
> kewangan
> keluarga dan kawan-kawan
7) 5 MANGSA TAG
Tak apalah aku taknak tag sapa-sapa tapi kalau ada sesiapa nak buat dipersilakan ye.
Lina

Monday, July 13, 2009

Seminar Kehamilan

Hujung bulan 6 hari tu aku ada pergi ke Seminar Kehamilan anjuran Pusat Rawatan Keluarga MUIP tempat aku bersalin Qistina dulu. Bukan apa saja je untuk tambah pengetahuan. Lagipun ada cabutan bertuah dan setiap peserta dapat voucher diskaun kalau bersalin kat situ nanti sebanyak 10%.
Tempat seminar diadakan di Hotel MS Garden Kuantan
Kad jemputan.
Kusyuknya Khairol dengar penerangan kononnyalah tu.
Antara peserta yang hadir.
Goodies yang diberi kepada peserta.
Goodies daripada Pusat Rawatan Keluarga, kusyen, bag, tuala & air mineral.
Yang ini kena beli tapi dapat diskaunlah.
Walau bagaimanapun tak ada rezeki kami hari tu tak dapat pun hadiah cabutan bertuah. Tak apalah yang penting banyak juga pengetahuan yang dapat seperti kalau berminat nak simpan sel stem tali pusat tu. Memang banyak faedah kalau kita simpan sel stem tu cuma bayaran proses pengangkutan dan proses penyimpanan tu mahal sikit sebab pusat penyimpanannya di Cyberjaya.
Lina

Makan Chicken Chop

Ada lagi rupanya cerita yang dah berkurun lama tapi aku tak post kat sini lagi. Takpe lar ye aku cerita ringkas je lar sebab dah lama dah.
Ini masa aku teringin nak makan Chicken Chop jadi kami pun pergilah try makan kat apa tah nama kedainya aku tak ingat tapi tempatnya sebelah Balai Polis Kuantan belakang bangunan kedai dekat dengan Hotel Evergreen.
Bagi akulah bukan taste akulah Chicken Chop kat situ sebab kuahnya manis. Selalunya kalau aku pergi makan Chicken Chop mesti orang tu tanya nak sos Black Pepper ke atau Mushroom ke apa ke tapi yang ni tak tanya pun. Tak taulah kalau kena request baru dia bagi.

Gambar gelap sebab ambil pakai kamera hp je.

Air pilihan kami.

Dah makan separuh baru teringat nak ambil gambar.




Lina


Berkelah Di Bekelah

Hujung minggu lepas famili Baba ajak kami pergi picnic kat Air Terjun Bekelah. Famili diorang memang selalu picnic kat situ. Oleh kerana sekarang ni tahap kepanasan cuaca yang melampau dan aku tahu Qistina memang suka main-main air ni jadi kami pun pergilah.
Untuk makluman Air Terjun ni terletak dalam daerah Maran tapi tak sampai ke bandar Maran lagi. Kalau nak pergi kena ikut jalan lama Kuantan-KL tu tak boleh ikut LPT. Kalau dari arah Kuantan jalan masuknya sebelah kanan, ada signboard kat situ. Sebenarnya air terjunnya kena masuk ke dalam lagi tapi kami picnic kat bahagian sungai je, cetek je airnya. Layanlah gambar-gambar Qistina dengan sepupu-sepapatnya ni.










Lina



Majlis Birthday Yang Simple

3 Julai tu sampai Kuantan dari KL lebih kurang pukul 1.30 petang. Balik awal sebab ingatan kat anak dara sorang tu kuat sangat. Eiii cam ni susahlah nak tinggal lama-lama lepas ni.
Malam tu buat majlis sambutan kecil-kecilan jer. Khairol beli kek dengan KFC je panggil famili buat makan-makan sikit. Ala dah tua-tua ni (heheh tualah sangat) tak penting dah majlis-majlis ni. Terima kasih kepada yang wish yer!





Lina

Thursday, July 9, 2009

Satu-satunya Lelaki Ini

Bila resah ingat saat indah


Bila rindu kunyanyikan lagumu


Sehari ku rasa bagaikan setahun


Menunggu tibanya oh bahagia


(Bila Resah)


Inilah lagu yang paling happening yang semua penonton nyanyi sama-sama dengan Anuar Zain. Aku yang tengah sarat ni pun ikut sama menyanyi bertepuk tangan. Bukan lagu tu jer semua lagu memang aku dan penonton lain nyanyi sama-sama. What can i say, memang konsert yang best, hebat, happening. Dia seorang saja yang control the stage bersama pemuzik-pemuzik. Suara pun mantain jer sampai habis konsert selama 2 setengah jam.








Peraturan dalam dewan tak boleh ambil gambar atau merakam video dan yang sewaktu dengannya. Tapi masa dah nak habis konsert tu lip lap lip lap cahaya flash kamera. Masa bagi standing ovation tu aku pun ambil kesempatan jugalah snap yang mana sempat. Nampak macam dari tempat tinggi kan gambarnya sebab tempat duduk aku di tingkat 2.




Tak banyak gambar yang sempat diambil sebab kesuntukan masa. Ini pun ambil masa dah habis konsert kat luar dewan. Saja-saja buat kenangan.




Suasana di luar dewan selepas konsert. Orang masih ramai lagi sebab ada dijual t-shirt dan cd Anuar Zain. Lepas tu mungkin nak tunggu Anuar Zain keluar ke tempat makan agaknya. Lagipun ramai juga artis-artis lain yang menonton seperti Dato' Siti, Ning Baizura, Dynaz. Aku cuma nampak face to face dengan Dynaz je sebab tempat duduknya sama level dengan aku. Dato' Siti dan Ning kat bawah.




Inilah hadiah birthday aku yang paling best setelah 32 tahun ni. Hehe kepada orang yang cakap aku bukan mengidam tapi mengada tu baca ek entry ni, nak menunjuk sikit hahaha. Terima kasih a million kepada of course my beloved husband, Khairol kerana melayan kerenah isteri dia ni. Sanggup bawa aku dan temankan aku memang aku hargai sangat-sangat. Harap-harap lepas ni kalau berkesempatan bolehlah pergi lagi kan.


Lina

Hadiah Birthday Paling Best

Pada 2 dan 3 Julai yang lepas aku ambil cuti. Ni nak ceritalah apasal aku ambil cuti 2 hari tu. Ini ada kene mengena dengan entry mengidam aku yang lepas. Ke mana ye aku pergi? Kebetulan pula 3 Julai tu birthday aku memang ngam betul dengan acara yang aku pergi ni yang memang aku idam-idamkan sekian lama. Aku pergi dengan Khairol je berdua, Qistina terpaksa ditinggalkan di Kuantan. Boleh saja nak bawa tinggalkan dengan my cousin Huda tapi malaslah. Sekali sekala berdua-duaan apa salahnya.




Inilah destinasi aku pada 2 dan 3 Julai tu. Orang KL mesti tau kan bangunan apa ni. Kami bertolak dari Kuantan dalam pukul 10.30 pagi dan sampai kat KL 1.30 petang. Ingatkan nak terus pergi Istana Budaya nak ambil tiket tapi tersesat lak padahal dah tanya Kak Long aku dah jalannya. Jadi, kami buat keputusan pergi check in hotel dulu dan pergi makan. Kami duduk kat hotel murah je kat City Park Kg. Baru. Lepas makan semua dan check in baru pergi semula ke Istana Budaya. Rupa-rupanya dari situ ke Istana Budaya punyalah dekat. Jalan kaki pun boleh tapi dengan keadaan aku ni mengah la pulak.





Inilah acara yang aku pergi tu. Tak caya ke?




Aku dah booking awal-awal dah tiket online. Jadi, pada 2 Julai tu aku pergi ambil tiket je lar. Aku nak snap tulisan yang tulis tiket sold out tapi tak nampak lar pulak.











Kalau tak percaya lagi tengok gambar-gambar ni. Ini kat dalam Istana Budaya ni lepas ambil tiket.




Ini kalau tak percaya lagi tak tau lah. Tiket untuk Konsert Lelaki Ini Anuar Zain hehe. Ok cerita masa konsert entry lepas ni yer.



Lina


Farewell

Cerita ni sebenarnya dah basi dah, orang yang dirai tu pun dah selamat bekerja kat tempat baru. Sibuk dengan cerita lain sampai terlupa nak post cerita ni. Ini adalah Majlis Perpisahan sempena pertukaran ex-officemate aku yang juga seorang blogger ke pejabat baru. Alah pejabat baru dia pun bukannya jauhpun, dari pejabat aku kalau jalan kaki 5 minit jer.

Orang yang dirai sedang memberikan ucapan terakhir. Muka cam menahan sendu jer hehe.

Bila ada majlis-majlis cam ni tak sah kalau takde makan-makan kan, jadi inilah antara menu pada petang tersebut. Tengok staf-staf kat ofis aku kalau pasal makan memang tak tinggal heheh.

"Buat Ena, semoga kau lebih success di tempat baru. Lagipun tak lama lagi naik gred lak yer, gaji pun bertambah, bolehlah belanja hehe. Apa-apa pun jangan lupakan aku dan kawan-kawan kat sini. Tahun depan kita balas dendam ek main boling".

Lina