Thursday, June 25, 2009

Info dan Peraduan

Pagi-pagi tadi sampai ofis buka pc dan klik kat utusan.com. Baca satu info berguna untuk para ibu yang bakal menimang cahayamata. Di samping info ada pula peraduan yang teramatlah senangnya. So, korang bacalah kat bawah ni yer.



Mencegah ruam lampin


BAKAL ibu bapa kini tidak berkira menyediakan keperluan untuk bayi yang bakal dilahirkan asalkan anak mereka mendapat hanya yang terbaik. Nilai wang bukan menjadi ukuran sebaliknya ibu bapa mula mengutamakan kualiti yang ditawarkan oleh sesuatu produk.
Antara keperluan yang paling diberi perhatian ialah lampin pakai buang. Kulit bayi baru lahir yang lembut dan sensitif seharusnya mendapat lampin pakai buang terbaik dan telah diuji secara klinikal selamat untuk kulit mereka.



Pengeluar lampin Huggies, Kimberly-Clark, telah memperkenalkan lampin Huggies NewBorn/Small yang direka khas dan terbukti secara klinikal dapat membantu mencegah bayi baru lahir dari dijangkiti ruam lampin.



Hasil kajian Kimberly-Clark mendapati, ruam lampin adalah satu perkara yang sering dialami oleh bayi baru lahir, maka tidak hairanlah mengapa pencegahan ruam lampin adalah perkara yang menjadi perhatian ibu bapa sewaktu membuat keputusan memilih lampin pakai buang.
Huggies NewBorn/Small dapat membantu mengurangkan kebimbangan sewaktu menjaga mereka sepanjang tempoh beberapa bulan pertama selepas kelahiran.



Permukaan luar lampin Huggies ini telus udara sekali gus membenarkan aliran udara di sekeliling bahagian punggung bayi agar ia kekal kering dan segar.
Bahagian tepi yang lembut dan kering memberikan keselesaan kepada bayi, manakala pad serapan tinggi mampu menahan kebasahan selama lebih 12 jam.
Satu lagi ciri terbaik lampin Huggies ialah pita pelekat yang amat lembut yang boleh dipakai buka dengan mudah tanpa menjejaskan kulit bayi yang sensitif.



Peraduan MMS


Sempena pelancaran Huggies baru ini, satu peraduan Khidmat Pesanan Multimedia (MMS) akan diadakan untuk bakal ibu. Peraduan yang dinamakan MMS Huggies HuggabMama ini bermula pada 15 Jun dan akan berakhir pada 14 Ogos nanti.
Ia terbuka kepada bakal ibu yang memasuki atau yang sudah dalam peringkat trimester kehamilan.



Caranya mudah, peserta dikehendaki menghantar gambar mereka sedang mengandung menerusi MMS ke mama@huggies.my.
Sembilan hadiah mingguan yang terdiri daripada pek permulaan Huggies dan lampin Huggies bernilai RM100 setiap satu dan satu hadiah utama bernilai RM1,200 akan diberikan.



Peringkat kedua peraduan ialah MMS HuggaBaby yang akan berlangsung selama dua bulan mulai 1 September hingga 31 Oktober ini. Ibu-ibu boleh menghantar gambar bayi mereka menerusi MMS ke baby@huggies.my.
Lebih menarik tiada sebarang bukti pembelian untuk menyertai peraduan ini.



(Credit to Utusan Malaysia 25 Jun 2009)



Lina


Friday, June 19, 2009

Perkembangan Baby

Semalam seperti biasa aku pergi check-up kat klinik. Sekarang ni aku dah start check-up 2 minggu sekali. Rutin check-up biasalah, timbang berat, test air kencing, cuma semalam tak check hb dah. Berat lak turun sikit adalah dalam 0.4 gram. Merah lak buku aku.
Ok setakat semalam kandungan aku dah 32 minggu, dah 8 bulan. Sekejap je kan masa berlalu. Masa aku mabuk-mabuk teruk tu rasa cam lama sangat. Kiranya tak lama lagilah aku nak deliver. Sekarang ni pun aku dah buat persiapan sikit-sikit. Selongkar balik baju-baju lama Qistina. Mana yang masih elok aku ambil basuh. Mana yang dah tak elok tu aku sisihkan je. Tengoklah dalam awal bulan 7 nanti nak pergi shopping sikit-sikit barang baby. Ye lar takkan tak ada yang baru kan.
Kesihatan aku dan baby ok tak ada apa-apa masalah cuma aku kena minum sekali lagi air gula. Boring tul lah aku ingat tak kena dah sebab dah minum sekali ari tu dan tak ada apa-apa pun memang aku tak ada kencing manis. Gara-gara berat aku naik mendadak la ari tu tapi yang peliknya lepas pada check-up tu bila aku timbang turun lak. Mengandung kali ni memang turun naik berat aku.
Mulai ari ni juga aku kena kira pergerakan baby dalam masa 12 jam. Kalau dalam masa 12 jam tu pergerakan baby kurang daripada 10 pergerakan kena terus refer ke hospital. Aku rasa baby aku bergerak lebih daripada tu adalah. Kadang-kadang rasa sakit kulit perut ni sebab lasak sangat geraknya.
Ok itu je lar perkembangan baby aku setakat ni. Oh ye minggu ni ada 1 berita buruk dan 1 berita baik kat ofis aku ni. Berita buruknya sorang member ofis aku ni keguguran anak keempatnya. Aku rasa kandungan dia dah 4 bulan lebih. Kesian lak kat dia mesti sedih gila. Plannya ari ni nak gi lawat dengan member-member ofis yang lain. Berita baik pulak sorang member ofis lagi dah selamat melahirkan baby girl. Alhamdulillah ibu dan anak sihat belaka.
Dalam bulan 8 nanti aku lak menyusul dengan Ena hehe. Bergilir-gilir lak rasanya orang bersalin kat ofis aku ni. Tak apa menambahkan zuriat tu kan disukai oleh Allah s.w.t.
Lina

Wednesday, June 17, 2009

Dapat Sijil 5S

Baru-baru ini pegawai dari MPC Kuala Lumpur datang untuk buat audit 5S kat unit aku. Kiranya ni audit untuk dapat persijilan. Masa audit tengah berjalan, macam-macamlah komen yang diberi sampai rasanya tak dapat sijil je.
Masa majlis penutup kami semua ni berdebar-debar menunggu keputusan sama ada dapat sijil ke tak. Alhamdulillah penat-lelah kami semua berbaloi bila pegawai kata dia akan mengesyorkan unit kami diberi persijilan tapi di samping itu masih ada ruang lagi untuk penambahbaikan.
Di samping itu, yang bestnya zon aku dipilih sekali lagi sebagai Zon Harapan 5S. Memang tak sia-sialah Ketua Zon aku tu menambahbaik Sudut Zon kitorang.


Gambar-gambar masa penganugerahan piala dan hamper ni diambil dengan kamera hp aku je sebab aku lupa nak bawa kamera. Kamera unit ada tapi dan dan masa tu memori dah penuh memang sabotaj betullah hehehe.
Apa-apapun tahniah kepada zon aku yer. Dengar-dengarnya timbalan kitorang nak bagi RM300 bolehlah pergi makan-makan.
Lina


Balik Kuantan

Setelah semuanya selesai kami bertolak balik dari Muar kira-kira pukul 4.30 petang. Dalam perjalanan tu sempat lagi singgah makan durian. Bukan apa teringin nanti takut kempunan lak kan.
Masa lalu kat bandar Segamat kebetulan dapat tengok keretapi melintas. Dalam pukul 8.30 malam singgah kat Muadzam Shah makan-makan dan selamat sampai ke rumah pukul 10 malam. Letih betul rasanya. Ingatkan taknak cuti esoknya tapi disebabkan Khairol dan Qistina demam kenalah juga cuti. Nasib baik kebetulan bos pun outstation.

Lepas je kami sudah makan durian berderu-deru kereta berhenti kat gerai durian ni. Pembawa rezeki betul kitorang hehe.






Lina

Majlis Persandingan 2

Adusss ari ni baru ok internet kat ofis. Dari Isnin ari tu bercinta betul nak buka internet. Jadi, ari ni qada balik lar buka blog semua. Ok sambung lagi entry majlis kahwin kat Muar tu. Layanlah gambar-gambar ni ye. Kiranya yang lastlah gambar-gambar masa majlis persandingan.

Berakhirlah sudah majlis kahwin kat Muar. Kenduri sambut menantu pihak pengantin lelaki pun dah selesai dengan lancarnya, alhamdulillah.



Lina

Friday, June 12, 2009

Majlis Persandingan 1

Aku malas nak cerita panjang-panjang korang layanlah gambar-gambar ni.

Kat rumah persinggahan sebelah rumah pengantin perempuan. Qistina tengah meragam sakit perut didokong oleh akinya sebab Khairol sibuk jadi photographer.

Masing-masing tengah membasahkan tekak dan mengalas perut

Entah apa yang dikerumunkan kat pengantin. Membetulkan sampin agaknya.

Wajah ceria pengantin baru.

Rombongan bersedia nak bergerak ke rumah pengantin perempuan.

Sempat lagi mak-mak dan anak-anak dara bergambar.


Lina

Check-out dan Ke Majlis Persandingan

Keesokannya kira-kira pukul 12 tengahari kami semua check-out dari hotel. Janji nak sampai ke rumah pengantin pukul 1.30 petang. Alhamdulillah kali ni tak sesat dah sebab siang kan.



Antara ahli rombongan pengantin sempat bergambar kat lobi hotel sebelum bergerak.

Si Darwish ni berangan jadi ultraman hehe. Qistina pun tak kalah.

Wajah ceria Qistina sebelum diserang sakit perut dan berak-berak


Lina

Majlis Akad Nikah

Majlis akad nikah mula pukul 9.30 malam. Ada lagi cerita lucu terjadi. Masa perjalanan nak pergi rumah pengantin perempuan, kereta aku dengan kereta Baba boleh tersesat. Nasib baiklah akhirnya jumpa jalan yang betul kalau tidak ada kami balik semula hotel tidur je. Sebenarnya tahu jalan tapi sebab malam pemandangan tu jadi lain sikit, lagipun kat tempat orang kan tak familiar sangat jalan.
Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Makanan pun sedap ada sup kaki ayam lagi. Korang semua layan je lar gambar-gambar kat bawah ni yer.













Lina

Check-in Hotel

Sambung lagi cite kenduri kahwin kat Muar. Kami sampai ke bandar Muar kira-kira pukul 5 petang. Memang penat giler ye lar bayangkan dari Kuantan bertolak kul 9.30 pg, 8 jam perjalanan. Patut-patutnya dalam 3 ke 4 jam jer sampai. Ye lar nak buat macam mana malang tak berbau kan.

Dah sampai tu ada lak cerita lain. Kami diberitahu yang rombongan akan menginap di hotel. Jadi sampai kat bandar Muar Khairol pun call lah abang kepada bakal pengantin sebab dia dah sampai dulu. Dia suruh kami ni pergi ke Hotel Classic. 2, 3 kali juga pusing mencari sebab bandar Muar ni jalannya sehala jer kalau salah masuk kena pusing jauh. Banyak roundabout pulak tu. Dah jumpa hotel tu kami pun masuk tapi sebelum tu abang bakal pengantin tu pesan jangan bawa turun lagi barang-barang.



Masuk-masuk hotel kami diberitahu yang hotel sepatutnya kami duduk yang dah dibooking tu dah penuh. Entah macam mana pekerja hotel tu boleh bagi bilik hotel tu kat orang lain. Agaknya orang tu bagi lebih la kot nak juga bilik tu. Jadi, dia pun memusing la cari hotel lain. Kat Hotel Classic tu pun 3 bilik je dapat ye lar dah mula cuti sekolah kan mesti penuh. Kami pun sebab penat kan duduklah dulu kat lobi sambil-sambil tu tanya kat reception kalau-kalau ada bilik kosong, orang baru keluar. Dalam kul 6 petang nak rezeki kami dapatlah 2 bilik so apa lagi ambil je lar. Bilik standard ok lar, aku satu famili dengan mertua aku 1 bilik, Baba satu famili sebilik.








Adusss kiranya macam-macam benda terjadi kenduri kali ni. Kelakar pun ada. Sambung pula majis akad nikah sebelah malam di entry seterusnya.


Lina

Thursday, June 11, 2009

Makan di Tangkak

Disebabkan kemalangan yang tak disangka-sangka, perjalanan pun jadi lewat dari rancangan asal. Oleh kerana masing-masing dah lapar gila kami pun singgah kat Tangkak untuk makan tengah hari padahal masa tu dah pukul 3 lebih.

Kat sini banyak gerai makan

Namanya je makan kat gerai mee bandung tapi makan nasi gak aku

Lepas makan semua kami pun gerak semula teruskan perjalanan ke Muar.


Lina

Tragedi Rombongan Pengantin

Pada 30 & 31 Mei lepas aku dan Khairol dan mertua aku pergi ke Muar, Johor kerana mengikuti rombongan pengantin iaitu sepupu Khairol. Sebelum ni ada aku cerita masa majlis pertunangan sepupu dia ni pada tahun lepas. Rombongan dari Kuantan bertolak pada 30hb dengan 5 buah kereta kira-kira jam 9.30 pagi. Ada 3 buah kereta lagi bertolak dari KL.

Nak dijadikan cerita sampai kat Selancar, Jalan Kuantan-Segamat, salah sebuah kereta rombongan kami terlibat dengan kemalangan. Kalau tengok keadaan keretanya orang pun buat andaian yang penumpang-penumpangnya cedera parahlah kot tapi alhamdulillah semuanya selamat dan dapat naik ke atas tebing.
Antara kereta rombongan kami
Orang ramai yang turut berhenti nak tengok
Inilah keadaan kereta tersebut
Kami semua berada kat situ lebih kurang 3 jam sebab menunggu lori tunda datang nak tarik kereta. Lepas selesai semua kami pun mulakan perjalanan semula kecuali pemilik kereta kena berpatah balik ikut lori tunda ke workshop kat Muadzam Shah.
Lina

Koleksi Keychain

Masa mengemas-ngemas bilik belakang kat rumah aku yang aku jadikan stor, jumpalah koleksi-koleksi keychain aku. Ada antaranya aku beli sendiri kalau masa aku pergi berjalan-jalan tu dan ada yang dihadiahkan oleh kawan-kawan aku. Aku pun memikir nak buat macam mana keychain ni. Lepas tu dapatlah idea, aku potong gabus putih tu bentuk segiempat, balut dengan kertas minyak then lekat kat dinding rumah aku. Keychain tu semua aku gantung kat gabus tu habis cerita. Nilah antara koleksi keychain aku. Ada lagi sebenarnya sebab tak habis ngemas lagi. Jadi kepada kawan-kawan yang pergi melancong tu kalau nak beli souvenir kat aku keychain pun cukuplah hehe.



Lina

Baju Qistina

Baru-baru ni Parkson kan ada sale tak tau lar sekarang ni dah habis ke belum sale tu. So, aku pun ambil kesempatan shopping baju Qistina. Shopping tu pun sebab nak pegi kenduri kahwin sepupu Khairol kat Muar. Memandangkan dah lama tak beli baju baru kat Qistina aku pun sambarlah 2, 3 helai.
Seluar jeans tu cadangnya nak pakai sampai raya tapi itupun dah muat-muat Qistina. Padahal dah cukup besar aku beli tu. Cepat tinggi betul anak dara aku tu.
Lina