Thursday, April 30, 2009

Mesra Mall, Paka

Check out dari Dahimah's Guest House tu kami terus menuju tempat yang aku plan nak pergi tu. Sebelum ni bila pergi Terengganu selalu jer pandang tempat ni, bilalah nak buka sebab besar juga, ada Giant bagai.

Kalau dari arah Kuantan, Mesra Mall ni di sebelah kiri.


Sebahagian bangunan Mesra Mall.

Pintu masuk


Qistina dan Amrul di ruang legar. Tapi yang frustnya memanglah mall ni dah buka tapi Giantnya tak buka lagi. Kedai-kedai memang dah banyak. Jalan-jalan kat kedai je lar. Orang pun tak berapa ramai. Kalau Giant dah buka mesti ramai.


Oleh kerana dah tengahari kami pun pergi makan kat Burger Kings. Macam jakun lak, ye lar koman betul Kuantan tak ada pun Burger Kings padahal dah lama dah restoran ni beroperasi kat Malaysia. Kat Terengganu pulak yang dulu ada kat daerah pulak tu.

Dah makan kenyang semua sampai bawa balik sebab tak abis ye lar burgernya bukan main besar lagi kami pun bertolak balik. Sampai kat Kuantan lebih kurang pukul 2 petang. Begitulah cerita planning last minute aku dan Khairol. Lepas ni kalau nak buat plan last minute lagi kena fikir 2, 3 kali dulu heheh. Apapun seronok juga buat plan cam ni tapi kene ada duitlah dalam tangan.
Lina



Plan Last Minute

Aku dan Khairol ni kadang-kadang suka buat kerja giler. Maksudnya nak pergi mana-mana planning last minute. Ok ni nak cerita ada satu hujung minggu tu, kononnya nak lari dari kesibukan di bandar Kuantan yang pada masa tu ada Jom Heboh. So, aku pun saja je lar cakap nak pergi jalan kat Mesra Mall di Paka yang baru buka tu. Then, carilah hotel-hotel ke, resort-resort yang murah kat area situ untuk bermalam. Dalam jadi tak jadi tu petang Sabtu baru bertolak ke area Paka tu lar.
Oleh kerana dah petang so plannya cari tempat bermalam lar, pergi Mesra Mall tu hari esok masa perjalanan nak balik ke Kuantan. Konon-kononnya nak gi lar tanya kat Tanjung Jara kat Dungun tu tapi bilik yang ada tinggal yang harga RM1000++ giler ape habis sebulan gaji aku hehe. Kemudian Khairol ni bawa je lar kereta ikut hati sampailah ke Rantau Abang. Malas dah nak cari-cari lagi Khairol pun terus je masuk ada satu Guest House ni sebab dah penat dah.

Kalau dari arah Kuantan, Guest House ni sebelah kanan. Terletak di Rantau Abang, Terengganu.

Pemandangan hadapan chalet kami yang no. 14 tu. Ini chalet yang paling murah sekali RM60, yang lain semua dah penuh. Bolehlah untuk tidur semalaman. Gambar-gambar ni semua diambil pada pagi Ahad.

Ini kaunter pendaftaran.

Di bahagian hadapan kami tengok memanglah tak ada apa-apa yang menarik. Bila pergi jalan-jalan kat belakang hala ke pantai punyalah cantik pemandangan. Sebelum nak sampai ke pantai tu ada macam tasik paya, ada titi sampailah ke pantai. Rupa-rupanya ada chalet lagi kat situ mengadap tasik. Tak ada rezeki sebab dah penuh.

Inilah tasik paya tu. Banyak ikan dalam tu.


Aku, Qistina dan Amrul tak lepas peluang bergambar.



Khairol konon tak pandang kamera.
Lina

Bengkel Kesematan Dokumen

Dalam bulan 3 ari tu aku pergi Bengkel Keselamatan Dokumen. Bengkel ni kiranya sambungan daripada Kursus Keselamatan Dokumen yang aku pergi tahun lepas kat Impiana Resort Cherating. Kali ni bengkel ni diadakan di Rompin Beach Resort selama 3 hari. Peserta-pesertanya pun sama macam kursus dulu terdiri daripada PA-PA. Jadi memang bestlah sebab kitorang memang dah kenal kan.
Bersama teman sebengkel dan teman sebilik, Shara. Kalau pergi kursus mana-mana yang melibatkan PA-PA aku memang akan sebilik dengan dia. Kiranya memang ngam dah dengan dia.

Inilah bilik aku yang merupakan chalet.





Keadaan dalam bilik. Kira ok jugalah bilik dia coz luas.


Rupa chalet dari hadapan tapi ini bukan chalet aku, chalet aku mengadap hutan, boring betul.


Lina

Rootbeer Float

Masa lepas ok daripada mabuk-mabuk ari tu teringin nak minum rootbeer float kat A&W. Ena ko nak tau apa yang sedap kat A&W, benda kat bawah ni ha, aku tak ingatlah pulak panggil apa benda alah ni, ring fries ke apa tah. Memang sedap bukan cam fries biasa tu. Kitorang makan ni jer.



Rutbir float yang menjadi idaman


Gelagat Qistina semasa menunggu Khairol order

Emm ok gak mengandung kali ni tak adalah aku mengidam benda-benda yang susah nak dapat ker, yang jauh ker, semuanya benda-benda yang senang nak cari. Jangan lepas ni mula dah ngidam yang bukan-bukan sudah.

Lina

Acara Makan-Makan 5S

Kalau ada majlis-majlis macam tu tak sah kan kalau tak ada makan-makan. Jadi, menu utama pada hari tu ialah Nasi Minyak dengan opor daging, ayam masak merah, dalca dan acar. Memang best, kenyang sampai ke tengahari.

Kebetulan dah berkumpul ramai-ramai cam tu ambil kesempatanlah celebrate birthday staf-staf yang birthdaynya pada bulan Mac dan April.

April



Mac

Lina

Gotong-Royong 5S

Ini story bulan lepas yer. Padahal kat blog orang ni dah basi dah cerita ni. Tak kisahlah ni cerita bahagian aku lak kan. Ini masa ofis aku buat gotong-royong 5S, sekali dengan penyampaian hadiah untuk zon yang menang hasil daripada audit sebelum tu. Juga ada hadiah untuk pencipta logo 5S. So, layanlah gambar-gambar ni yer.

Piala yang menjadi rebutan


Hamper-hamper yang menjadi idaman

Sebahagian staf sedang tekun mendengar amanat... biasalah yang 2 orang tu pantang tengok kamera

Ketua Zon Zamrud (zon akulah tu) sedang menerima piala daripada TSUK


Sebahagian daripada ahli Zon Zamrud

Antara ahli-ahli yang bertungkus lumus sehingga berjaya memenangkan Zon Zamrud hehe

Aku pun tak melepaskan peluang untuk bergambar dengan piala rebutan


Lina

Tuesday, April 28, 2009

Sepit Rambut


Saja nak tunjuk Qistina konon-kononnya posing ayu sebab nak tunjuk dia pakai sepit yang alahai cenonetnya antara nampak tak nampak tu. Padahal sepit tu sekejap je bertahan kat rambut dia tu, lepas tu tangan dia pun merayap dah gatal nak cabut sepit tu.
Aku pun tak tahu dah camane nak make sure kalau aku ikat rambut dia ke, pakaikan sepit yg lawa-lawa tu dia tak akan cabut. Tak taulah kenapa Qistina memang tak suka pakai benda tu lama-lama. Mula-mula sukalah, kadang-kadang dia yang suruh pakaikan, tak sampai 10 minit dah cabut. Sakit je rasa hati. Getah rambut, sepit, segala macam benda alah tu dah berlambak aku beli tapi tulah susah tul nak pakai lama. Macam mana yer korang ada idea ke, petua ke nak pastikan dia tak cabut kalau aku pakaikan?

Lagipun dia tak nak potong rambut so kalau tak ikat rambut memang rimas giler la aku tengok nak nak kalau dia melasak, berpeluh-peluh ya Allah belengasnyalah.


Last sekali tetap peace hehe

Lina

Bunga Teratai

Masa tengah berbengkel tu kat depan dewan tu ada macam paya sikit. Penuh dengan pokok teratai. Bunga-bunga teratai pula tengah berkembang, besar-besar lak tu. So tak lepaskan peluang la ambil gambar. Macam photograper profesional lak ambil-ambil gambar bunga ni hehe.

Ini tak taulah bunga apa ada kat situ juga. Ambil jugalah gambar sebab nampak cantik sangat.


Lina


Baru Rileks

Salam buat semua. Minta maaf banyak-banyak sebab dah lama tak update. Baru hari ini aku tak berapa sibuk. Sepanjang minggu lepas aku bertugas sempena Persidangan Dewan, dari 20 hingga 27 April. Sesiapa yang nak tau apa tugas aku masa persidangan ni boleh baca kat sini.
Diam tak diam dah bulan April kan dah nak masuk bulan Mei lak. Kandungan aku pun dah nak masuk 6 bulan. Sekejap je masa berlalu. Masa aku mabuk-mabuk teruk hari tu rasa macam lamanyalah lagi nak sampai 9 bulan. Bila dah segar ni, dah macam-macam boleh makan rasa sekejap jer hehe.
Ramai juga yang tanya, member-member ofis semua, dah scan ke belum? Perempuan ke lelaki? Aku akan scan tapi cuma nak tahu baby sihat ke tak jer, jantina rasanya aku dan Khairol nak surprise macam Qistina dulu. Orang kata kalau dah tahu jantina awal-awal senang nak beli barang-barang baby kan, lelaki kaler biru, perempuan kaler pink tapi masa yang pertama dulu aku beli je, biru, pink, hijau hehe. Bagi aku tak kisah pun asalkan baby sihat.

Sekarang ni tengah bajet bila nak pergi beli barang baby. Cuma nak tambah-tambah jer sebab barang-barang dan baju-baju masa Qistina dulu ada yang elok lagi. Mungkin dah masuk 7 bulan nanti baru pergi beli. Sekarang ni rasa cam awal lagi jer hehe.
Aku sekarang ni setiap masa rasa excited je dengan perkembangan baby ni. Rasa tak sabar lak nak menanti kelahiran. Tak sabar nak bau baby sebab aku rasa bau babylah yang paling best sekali. Minta-minta insya-Allah semuanya berjalan dengan lancar.
Oklah, ada banyak lagi entry yang aku nak letak kat blog tapi slow slowlah yer. Bila tengok-tengok gambar banyak lagi cerita yang tak masuk lagi. So, tunggu yer.
Lina

Tuesday, April 14, 2009

Bengkel Pemurnian MPK dan FM

Hujung minggu baru ni ofis aku ada buat Bengkel Pemurnian MPK dan FM kat Duta Village Beach Resort, Beserah. Bagi sape-sape yang kerja gomen memang taulah apa dia MPK dan FM tu. Tempatnya dekat je dalam Kuantan, kalau taknak tidur kat hotel pun boleh balik rumah ulang-alik hehe.

Aku dengan seriusnya mengikuti bengkel... kononnya hehehe.


Suasana dalam dewan tempat bengkel diadakan.


Bergambar kenangan dengan sebahagian officemate.

Bengkel ni diadakan selama 3 hari 2 malam. Seronok memang seronok sebab dengan kawan-kawan ofis kan dah kenal jadi taklah boring sangat. Makan pun boleh tahan. Cuma aku terlupa lak nak snap bilik hotel aku dengan suasana hotel tu. Walau bagaimanapun masa bengkel ni memang ramai orang menginap kat hotel ni sebab hujung minggu, pelancong pun ramai. Kiranya hotel ni sesuai untuk bajet yang sederhana.
Lina

Friday, April 10, 2009

Tag - Hal Peribadi

Dapat tag lagi daripada Puan Ena.
Nama Timangan anda:
Ina dan Lina
Anda seorang yang:
- pendiam
- cool
- penyayang
- keras hati
- sensitif
Insan teristimewa?? Describekan dia terlalu Istimewa di mata anda:
Famili aku, suami dan anak... suami aku bukan sahaja sebagai suami tetapi seorang kekasih dan kawan baik, my soulmate, sebahagian daripada hidup aku, anak aku adalah permata hatiku, penghibur di kala dukalara, tiada siapa dapat menggantikan mereka dalam hidup aku, tanpa mereka siapalah aku
Lagu kesukaan anda:
Lagu-lagu yang sedap di pendengaran telinga aku
Makanan kesukaan anda:
Coklat

Warna kesukaan anda:
Oren dan kadang-kadang coklat
Tiga benda mesti ada dlm beg anda:
- hp
- purse
- lipgloss

Kali terakhir masa anda menangis & kenapa:
Tak ingat la tapi baru-baru nilah kes merajuk dengan Khairol hehe.
Tag rakan anda:
Sesiapa yang nak buat dipersilakan yer. Malas nak tag sesape.


Lina

Wednesday, April 8, 2009

You Are Not Alone



Ada satu lagi award yang aku ambil dari blog kak zieha sebab dia kata untuk semua kan hehe. Terima kasih yer kak zieha.
Jadi aku pun nak bagilah award ni kepada semua rakan-rakan blogger yang sudi mengunjungi blog aku ni walaupun tak selalunya update.
Kepada semua 'You are not alone'.
Lina

Award Daripada Kak Zieha


Ini pun dah lama dapat daripada kak zieha. Tak berambil-ambil dari blog dia. Oleh kerana ada masa ni aku pun ambillah award ni. Terima kasih ek kak zieha sebab bagi award ni kat saya. Terima kasihlah kerana menyukai blog saya hehe. Ok kita tengok apa peraturannya yer:-

Add the logo of the award to your blog.

(Ok dah buat)

Add a link to the person who awarded it to you.

(Ni pun dah buat)


Nominate at least 7 other blogs.

(Boleh tak taknak senaraikan sebab aku nak bagi award pada semua rakan-rakan blog yang linknya ada kat sebelah tepi blog aku ni dan yang membaca blog aku)


Add link to those blogs on your blog.

(Oleh kerana dah ada link semua blog tu tak payahlah kan)


Leave a message for your nominees on their blog.

Kepada semua rakan-rakan blog aku bagi award ni kepada korang semua semoga perkenalan kita di alam maya ni bukan setakat di sini saja tapi sehingga ke alam realiti.

Lina