Tuesday, March 24, 2009

Majlis Hari Lahir Qistina

7 Mac lepas kan hari lahir Qistina so memang dah plan dengan Khairol nak celebrate sikit. Kami buat ala kadar je untuk keluarga dan jiran sebelah-menyebelah. Menunya pun simple jer coz kami buat barbeque. So, korang layanlah gambar-gambar ni ye.


Menu utama mee hun goreng... tempah dengan jiran... sedapppppppp

Salad buah

Kentang goreng
Agar-agar last minute hehe tapi habis
Keropok dan air sirap



Tempat untuk membakar



Kek hari jadi Qistina... beli yang dah siap jer tak sempat nak tempah




Kek hadiah daripada famili Baba



Nak tau yang Amrul pun excited jugak cam dia pun sambut birthday




Kek yang sebelah lagi tu dah awal-awal lilinnya ditiup oleh Amrul hehe





Mama dan Qistina


2 orang sepupu yang kamceng




Makan time!!!

Baba dengan Kak Long tengah sibuk membakar





Cehhh aku pun sibuk gak nak eksyen membakar... nampak dah aku dah gemuk kan hehe

Lina

Makan Malam KESUKEP 2008

Pada bulan Februari yang lalu Kelab Kebajikan dan Sukan jabatan aku telah mengadakan Majlis Makan Malam bagi tahun 2008. Mulanya memang nak buat pada tahun lepas tapi asyik tertangguh jer. Mula-mula aku ingat tak dapatlah nak pergi sebab masa tu mabuk2 aku tak habis lagi tapi menjelang majlis tu rasa cam dah sihat sikit so aku pun pergilah. Kesian kat member ofis aku yang sorang tu tak dapat pergi sebab ada masalah sikit hehe... kalau baca blog dia taulah.


Oleh kerana majlis dah lepas malaslah nak cerita panjang-panjang so layanlah gambar-gambar yang sempat aku ambil ni.

Antara tetamu yang hadir

Persembahan selingan daripada penari kebudayaan jabatan


Antara kumpulan yang membuat persembahan bagi pertandingan nyanyian 70an




Ini pula gambar-gambar masa wakil ofis aku buat persembahan. Memang gempak habis tapi dapat no. 3 jer, memang tak puas hati betul tapi nak buat macam mana juri bertauliah yang pilih.




Ini gaya sebelum kene marah dengan aku sebab tumpahkan air sirap... 2 kali pulak tu memang menyinga aku ye lar habis basah lencun alas meja.




Ini pula masa di penghujung majlis dah boring duduk apa lagi nampak budak-budak lain berlari dia pun ikut sama.




Si Amrul pulak awal-awal dah terbungkang tidur memang tak boleh bawa majlis budak ni hehe...


Jadi, malam tu memang aku dengan Khairol tak bertuah langsung, satu pun hadiah cabutan bertuah tak sangkut kat kami. Kecewa gak tapi takpelah ada rezeki lain kot haha.
Lina


Thursday, March 19, 2009

Models In The Making

Ok korang kita berehat sebentar dan saksikanlah gambar-gambar 2 orang models in the making ahakkss.



My favourite photo. Boleh buat iklan ubat gigi.












Satu lagi gambar kesukaan aku.







Sesiapa yang berminat untuk menggunakan khidmat mereka berdua ni bolehlah menghubungi aku yer. Terus lantik diri sendiri jadi Pengurus hahaha. Aku main-main je ni tau tapi kalau ada yang berminat boleh juga heheh. Gambar-gambar ni diambil secara suka-suka jer dah tak ada kerja tengok Qistina dengan Amrul tengah bergelak sakan terus suruh diorang posing. Boleh pulak tu ikut arahan aku posing macam-macam. Walaupun taklah profesional bagi aku bolehlah ni kan.
Lina

Bertemu dan Berpisah

Ini pun cerita lama, dah basi dah hehe tapi tak kira nak cerita juga. Dalam bulan Februari yang lepas ada majlis perpisahan untuk 2 orang staf kat ofis aku. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Seorang dah veteran dan suami orang dan seorang lagi masih anak dara ahakkss.

En. Wan Ishak atau lebih manja dengan panggilan Ayah Wan. Dia bertukar dekat jer, kalau nak pergi ofis dia berjalan kaki 5 minit jer dah sampai.


Cik Norfarina yang berbaju kurung biru tu. Emmm... baru perasan sedondon ye dengan bos. Yang ini jauh sikitlah ke luar daerah. Dengan penuh perasaan menyampaikan ucapan perpisahannya.


Gambar kenangan bersama Farina. Yang sebelah tu senyum simpul interframe jer hahaha. Tolong abaikan mukaku yang berbintik-bintik tu yer disebabkan oleh alahan mengandungku itu.


Jadi, untuk 2 orang ni selamat berjaya di tempat baru dan janganlah lupakan aku dan kawan-kawan lain kat sini yer. Cehhh macamlah diorang ni baca blog aku.



Lina

Buah Tangan dan Bajet

Masa singgah kat rumah Huda balik dari Taiping tu sempat lagi kami ajak Huda pergi Ikea. Punyalah ramai orang nak berjalan dalam Ikea tu pun bersesak-sesak. Memang kalau pergi Ikea dari rumah plan taknak beli apa-apa tapi bila sampai kat sana semua benda rasa nak beli. Oleh kerana perjalanan kami masih jauh dan kereta kami pula comel sangat so kami pun cuma beli barang-barang kecil je lar.


Khairol dan Qistina masa dalam Ikea.

Seperti yang dirancang keesokannya barulah kami bertolak balik ke Kuantan. Plan asal nak bertolak pagi tapi tengah hari baru bertolak. Tak kisahlah sebab dalam 3 jam perjalanan je lagi. Alhamdulillah kami selamat sampai ke Kuantan dalam pukul 5.00 petang.

Inilah antara buah tangan yang sempat kami beli. Kalau pergi Penang tak sah tak beli segala jenis jeruk terutama buah pala.

Buah-buahan ni kami beli masa singgah kat Hentian Bukit Gantang.


Yang ini bukanlah buah tangan ini sendiri punya hehe.

Ada sorang member ni blogger juga ada bagi cadangan kat aku apa kata bila setiap kali aku pergi berjalan ke bercuti tu taiplah sekali perbelanjaan. Boleh jadi panduan pada siapa-siapa yang nak pergi nanti. Oklah di sini aku bagilah anggaran perbelanjaan aku masa bercuti ke Penang dan Taiping tu sebab aku dah tak ingat berapa bajet aku. So, anggaran je ni yer.

Penginapan - Pulau Pinang (2 malam) Taiping (1 malam) - RM340.00
Minyak Kereta dan Tol - RM500
Makan (5 hari) - RM150.00
Shopping - RM500
Perbelanjaan Luar Jangka - RM300

Jumlah - RM1790

Diingatkan sekali lagi ini cuma anggaran ye, bukan yang betul-betul aku belanja masa bercuti tu. Yang betulnya bajet penginapan tu jer yang lain tu aku main anggar jer. Mungkin bajetnya melebihi jumlah di atas sebab memang duit pakai keluar jer tak kira dah berapa. Bolehlah untuk panduan sikit-sikit yer.
Lina

Wednesday, March 18, 2009

Tag

Nak rehat kejap daripada mengupdate so nak buatlah tag yang kengkawan kasi ni. Mula-mula aku nak buat tag daripada Ena.

1. Anda rasa anda hot?

Yes, when i'm with my husband hehe rasa hot dan seksi sangat oppss...



2. upload gambar kegemaran anda.


3. Kenapa anda suka gambar ini?

Sebab kami semua pandang kamera, memang bersedia, ceria serta pemandangan belakang yang cantik sekali.

4. Bila kali terakhir makan pizza?
Rasanya tahun lepas... tahun ni tak rasa teringin lagi nak makan


5. Lagu terakhir yang anda dengar?
Kalau untuk setakat sebelum aku taip entry ni aku dengar lagu Inggeris daripada Kelly Clarkson... tak tau apa tajuknya
6. Apa yang sedang anda buat selain daripada selesaikan tag ini?
La...la...la...la...la buat kerjalah!


7. Selain dari nama sendiri, anda suka dipanggil dengan panggilan aper?
Suka orang panggil nama sendiri jer... tak suka orang panggil nama lain


8. Tag lagi 6 orang dengan hati terbuka tanpa rasa kekesalan sila lakukan homework yer......
1. Aida
4. Lin
5. Nana
9. Saper no. 1- kepada anda?
My junior masa belajar dulu tapi kenal kat dunia blogger hehe


10. Orang no 3 - ada hubungan dengan sesiapa?
Emm... berhubungan dengan mak ayah dialah


11. Kata sesuatu berkenaan dengan orang no. 5 - ?
Adik sorang ni dulu belajar kat Kuantan tapi sekarang dah balik kampung tak sempat nak jumpa


12. Bagaimana pulak dengan orang nombor 4- ?
Ini pun junior masa belajar orang Kuantan juga

13. and no. 2 siapakah orang no. 2?
Hehe no. 2 ni suami orang... bini dia yang tag aku ni... dah baca part bini dia jadi nak baca pulak daripada part dia lak bole kan...?

14. Bagi pesanan anda pada orang no. 6 -
Oleh kerana kak zieha ada tag saya... saya pun nak tag kak zieha juga... buat tau jangan tak buat
Ok... dah selesai dah jadi kepada sesiapa yang kene tag tu rajin-rajinkan diri anda yer.
Lina

Tuesday, March 17, 2009

Taiping, Perak - Zoo Taiping

Malamnya pula aktiviti kami mestilah pergi ke Zoo Taiping, tengok Night Safari. Tiket untuk orang dewasa RM16.00, untuk kanak-kanak tak ingat lak berapa.

Ni masa beratur nak tunggu train. Nak jalan kaki pun boleh tapi aku tak larat kan lagipun penat so naik train je lar. Memang ramai orang masa tu, ye lar musim cuti kan. Memang panjang barisan tapi disebabkan train banyak so taklah lama sangat tunggu.

Biasalah Qistina bila bab menunggu ni macam-macamlah sekejap nak dukunglah macam dia sorang yang penat.

Ini masa atas train.

Ini masa berjalan keluar dari zoo. Dah habis pusing keliling zoo.


Sempat bergambar kat depan zoo. Konon-konon tandanya kami dah sampai kat sini heheh.

Jadi berakhirlah percutian kami ke Pulau Pinang dan Taiping, Perak. Kat Taiping ni kami duduk semalaman jer, esok paginya kami check out balik ke Kuala Lumpur dulu, singgah bermalam kat rumah Huda dan esoknya pula baru balik ke Kuantan.


Lina