Wednesday, February 4, 2009

Apa Khabar Semua?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan blog. First of all nak minta maaf banyak-banyak kat korang semua sebab dah lama tak menitipkan coretan di blog ini. Sampai dah nak bersawang dah blog aku ni adalah dekat sebulan lebih tak berblogging. Blog korang pun dah lama tak jenguk.
Bukan malas atau merajuk nak memblogging tapi ini disebabkan posting aku yang sebelum ni berkenaan Mungkinkah tu hehehe. Baiklah secara rasminya aku nak bagitau kat sini yang sekarang ni aku dah 3 bulan pregnant. Dalam sebulan yang lepas aku dilanda alahan yang mahalah teruknya daripada masa aku pregnant anak yang pertama dulu. Sampaikan berminggu aku mc (Ena taulah hal ni hehehe). Bayangkan bulan Januari lepas aku cuma datang kerja 5 hari jer. Last-last sebab aku dah tak larat sangat menanggungnya aku ambil keputusan pergi hospital masa cuti Tahun Baru Cina. Duduklah aku kat wad 3 hari. Keluar dari hospital tulah baru aku bertenaga sikit walaupun masih mabuk-mabuk juga ni. Alhamdulillah sekarang ni bolehlah aku datang kerja.
Jadi kepada rakan-rakan blog yang ucapkan tahniah dalam posting Mungkinkah tu terima kasih banyak-banyak yer. Doakan agar aku dan kandungan aku ni sihat sampailah aku bersalin nanti yang dijangka dalam bulan 8 (berpantang dalam bulan puasalah aku).
Memang banyak entry aku yang tertunggak yelah dekat sebulan lebih kan tak berblog. Jangan risau aku akan postkan kat sini satu-satu yer. Pada sesiapa yang rindu aku tu tunggulah yer. Terima kasih ye rakan-rakan yang masih menjenguk blog aku ni walaupun dah lama tak ada posting yang baru. Tunggu yer entry aku yang seterusnya.