Thursday, December 31, 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010


Masa entry ni ditaip, ada lebih kurang 10 minit lagi kita nak menyambut Tahun 2010.  Terasa macam baru semalam kita menyambut kedatangan Tahun 2009 tapi kita dah nak meninggalkannya.  Banyak juga perkara yang berlaku dalam hidup aku Tahun 2009. 

Kalau ditanya apa perkara yang paling istimewa yang paling menggembirakan berlaku dalam hidup aku pada Tahun 2009?  Sudah tentulah tentang kelahiran anak kedua aku iaitu Amsyar Iqbal.  Kelahiran yang amat bermakna bagi keluarga aku setelah yang pertama dulu anak perempuan.  Kira macam dah lengkap keluatga aku.

Tahun 2009 ni juga berakhir dengan sedikit kedukaan buat keluarga aku.  Apa ye kedukaan tersebut?  Biar keluarga aku saja yang tahu kerana masalah ini sebenarnya terlalu rumit untuk diceritakan dan juga terlalu peribadi untuk didedahkan.  Jadi, biar keluarga aku saja yang tahu dan cuba menyelesaikannya.  Walau bagaimanapun alhamdulillah semuanya dah beransur baik dan keadaan pun dah semakin pulih.

Rupa-rupanya di sebalik kedukaan tersebut ada juga sinar kegembiraan yang muncul.  Insya-Allah pada tahun 2010 ini gred jawatan aku akan meningkat setapak lagi.  Bila gred dah meningkat, gaji juga bertambah, tanggungjawab pun semakin besar.  Walau apapun aku akan sentiasa meningkatkan prestasi diri agar dapat memenuhi standard jawatan aku nanti.  Semoga dengan kenaikan akan menjadi pembakar semangat untuk aku menempuhi perjalanan sepanjang Tahun 2010 nanti.

Kepada semua rakan-rakan blogger di sini aku juga ingin memohon maaf andai kata sepanjang Tahun 2009 ini ada entry aku yang menyinggung perasaan korang.  Aku hanya manusia biasa yang tak pernah lari daripada kesilapan.  Moga persahabatan kita di alam maya ini akan sentiasa berterusan pada Tahun 2010 dan tahun-tahun yang berikutnya.

SELAMAT TINGGAL TAHUN 2009

DAN

SELAMAT DATANG TAHUN 2010

Sama-samalah kita berdoa Tahun 2010 ini akan lebih membawa kebaikan, kegembiraan dan kemajuan kepada kita semua.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010


Lina


4 comments:

anakmuaallaf said...

Salam Lina,
Akak pun nak ucapkan Selamat Tahun baru juga dengan harga gula baru...

zieha said...

happy new year ina..tahniah..tak lama lagi dpt naik gred..tak yah amik pekser lagi..hehehe..
all the best!!

Lina said...

anak muallaf

selamat taun baru akak hehehe nasib baik saya ni bukan pengguna gula tegar

Lina said...

zieha

selamat taun baru... thanks kak zieha tp kene bersedia dgn tanggungjawab yg lebih besar

Share |