Cerita-cerita tertunggak tak habis lagi ni. Ni cerita pasal hari raya korban lak atau raya haji. Kami sekeluarga menyambutnya di rumah mertua aku. Lagipun Kak Esah ada balik jadi ramailah kat rumah. Tahun ni kami sekeluarga menyambutnya dengan sederhana saja. Lebih-lebih lagi keluarga mertua aku kan baru saja kehilangan saudara jadi tak adalah beria sangat.
Pagi raya haji tu seperti biasa orang lelaki ni pergi sembahyang raya. Balik dari sembahyang sesi bermaafan dan kemudiannya terus pergi ke kubur. Kami melawat kubur arwah tok dan abang Khairol juga kubur arwah Abang Atan yang baru meninggal 3 hari sebelum raya haji ari tu. Balik dari tanah perkuburan kami terus pergi ke rumah kakak sepupu Khairol iaitu balu kepada arwah Abang Atan. Beraya di situ dan kemudian terus balik ke rumah sebab kan ke hari Jumaat jadi nak pergi sembahyang Jumaat pula.
Sebelah petang tak ada apa-apa program sebab aku tertidur kepenatan. Malamnya pergi berjalan ke Giant dengan Kak Esah sekeluarga. Lepas tu pergi makan pizza hehehe hari raya pun makan fast food bukan apa siang tu dah makan daging, ayam jadi tukar selera la.
Hari Sabtu pula aku balik ke rumah, ye lar dari hari arwah Abang Atan meninggal tu sampai raya haji aku tidur rumah mertua. Kain baju kat rumah banyak tak berbasuh lagi. Lepas settle bab membasuh tu aku pun balik rumah mak abah aku. Yang balik raya haji ni cuma Kak Long aku je yang lain ada yang balik rumah mertua dan ada juga yang tak dapat cuti. Tidur kat sana semalaman petang Ahad balik semula ke rumah. Begitulah sambutan raya haji aku bagi tahun ni. Cuma yang special sikit aku dan Khairol ada masuk korban dengan Kelab Kebajikan kat jabatan aku tapi acara korbannya pada hari Isnin. Bukan apa hari Isnin tu ramai orang sikit sebab orang dah bekerja kan.
Oklah korang tengoklah gambar-gambar raya haji aku ni. Kami sekeluarga cuma recycle baju raya puasa tahun lepas.
Lina
4 comments:
samelah kita hari raya pegi mkn pizza lepas tu g soppin. ptg lepak tepi pantai . boley ?/// heheh ..
wahh smangat ko sambut raya ek.. pink kaler lagik ihiks... aku raya balik kg jek, nompang makan raya umah org ihiks..
salmal
hahaha kita beraya cara moden ek
ena
oklar tu ena asalkan beraya udahlah
Post a Comment