Wednesday, December 30, 2009

Port Dickson - 5

Malam kedua tu kira majlis penutup lar family day tu.   Ada barbeque, penyampaian hadiah untuk acara sukan, cabutan bertuah dan pertandingan karaoke.  Oh malam tu kami ada tetamu istimewa.  Seorang artis yang dijemput khas untuk menjadi juri bagi pertandingan karaoke.  Walaupun artis veteran tapi kiranya masa zaman muda-muda dulu dia ni memang top.


Inilah dia artis tersebut.  Kenal tak?  Cuba teka siapa.  Takpe kalau tak nampak nanti aku tunjuk gambar yang terang sikit.


Ha ni dia gambar yang jelas sikit.  Rasanya dah boleh teka kan siapa dia.  Ye artis tersebut adalah Dahlan Zainuddin.  Beliau datang bersama isterinya yang juga penyanyi lama dan anak bongsu beliau.  Sebelum start pertandingan karaoke tu beliau sempat menyampaikan beberapa buah lagu secara live.

Ok, gambar-gambar masa bagi hadiah acara sukan tu memang aku tak snap sebab aku dan Khairol tak menang apa-apa kan heheheh. Pas tu kami bertuah malam tu dapatlah hadiah cabutan bertuah.  Oklah tu takdelar kami ni pulang dengan tangan kosong sebab tengok famili lain 5, 6 hadiah dapat.  Habis bagi hadiah tu terus start pertandinganan karaoke lepas Dahlan Zainuddin nyanyi.


Hahaha ni gaya Khairol masa menyanyi.  Khairol kene giliran pertama menyanyi.  Oklah kalau makin lama tunggu makin gemuruh kan.


Habis majlis semua sempat kami mengabadikan kenangan bersama Dahlan Zainuddin dan isterinya.  Tengok tu Amsyar dah tidur dah sebab masa ni dah pukul 12 malam.

Oh ye nak tau siapa yang jadi juara karaoke malam tu hahaha keputusan yang tak disangka-sangka.  Daripada 10 orang peserta Khairol yang menang hahahah tapi jangan tak percaya Dahlan Zainuddin yang pilih tu hehehe.  Aku tak dapat snap gambar masa Dahlan Zainuddin bagi hadiah sebab sibuk dengan anak.  Tambah lagi satu hadiah.  Hadiah cabutan bertuah, karaoke, campur hamper dan saguhati untuk semua peserta karaoke, dapatlah bawa balik 4 hadiah.  Oklah tu takleh banyak-banyak juga nanti tak muat nak letak dalam kereta aku yang comel tu sebab hadiah karaoke tu pun dah besar, hamper lagi nasib baik 2 lagi tu kecil je.  Nanti aku tunjuk apa hadiah yang kami dapat tu kat entry seterusnya.  Aku juga akan cuba upload video Khairol nyanyi kalau dapatlah kalau tak dapat tak bolehlah korang dengar suara juara hahaha.


Lina

5 comments:

atty's said...

wah khairol menang..congrats..

Lina said...

atty

mekasih kak ty

Ena Qalinsya said...

wakakaka aku tgh tunjuk ke ayen, dia dengki n siap kata pekak gamaknye dahlan zainudin tu wakakaka... pe la lagu kerol nyanyi tu ek smp dahlan pilih dia hehehe

Lina said...

ena

weiii smpai ati ko ayen ada ke kata dahlan tu pekak eiii xleh jd ni kene upload gak video hahaha

Md. Nasir said...

Boleh bagi saya nombor hp Dhalan tak? Saya peminat dia. Thanksss.