Wednesday, December 30, 2009

Port Dickson - 4


Ini pemandangan kolam renang dari bilik aku.  Qistina sampai-sampai je kat bilik jenguk kat tingkap nampak kolam terus ajak mandi kolam.


Dialog maut Qistina bila dia tengok kolam tu "mama, semua orang dah mandi kolam, kita berdua je belum mandi kolam lagi".  Adusss mati akal aku dengan Khairol. 


Siap ada gelunsur lagi.


Petang hari kedua lepas habis semua acara suikan, Khairol pun bawalah anak daranya mandi kolam.  Kalau tak bawa juga tak taulah berapa kali lagi kami nak dengar dialog maut dia tu.


Suka sangat dia.  Khairol ajak mandi kat kolam kanak-kanak tak mau nak mandi kat kolam dewasa dengan Khairol.  Nasib baiklah bawa pelampung jaket tu kalau tidak penatlah Khairol nak mendukung.  Nampak gayanya kena hantar Qistina ke kelas berenang ni.



Siap posing kaw kaw punya suruh aku ambil gambar.  Aku dengan Amsyar duduk jelar kat tepi memerhati.  Bukan tak boleh bawa Amsyar sekali masuk kolam tapi masa tu hujan panas renyai-renyai.  Tak pasal-pasal nanti demam lak.


Lina

4 comments:

atty's said...

kolamnya mmg nampak menarik..
kty tis weekend baru nak bercuti ke pd..

Lina said...

atty

tu lar bila tgk dr bilik cam memanggil2 je kolam tu hehehe... ohhh kak ty pun nak gi pd yer slmt bercuti

Ena Qalinsya said...

bestnye...lama dh tak bawak dak2 ni mandi kolam..
aku igt esok nak bawak kat indera sempurna la hehehe

Lina said...

ena

aku jer yg x dpt mandi kolam hukhukhuk