Monday, December 28, 2009

Port Dickson - 2

Malam hari pertama tu lepas makan malam ada sesi rehearsal untuk sesiapa yang masuk pertandingan karaoke.  Sebelum tu ada acara lain juga.  Sila lihat gambar di bawah.



Belum menang apa-apa sukan dah dapat hamper tak ke best hehehe.  Sebenarnya setiap keluarga akan mendapat satu hamper.  Besar gedabak hamper tu macam-macam ada.


Di samping itu secara kebetulan ada seorang staf ofis Khairol akan bersara jadi beliau diraikan sekali.  Staf tu namanya Hajjah Fauziah tapi aku panggil dia Mak Aji jer.  Dia ni memang dah lama kat ofis tu, orang baik, lembut ye lar macam mak-mak kita.


Muka aku yang pucat keletihan.  Nasib baik bawa kereta sorong baby boleh letak Amsyar.  Kakak dia dah tak tau kat mana tak duduk diam.

Lepas je semua acara-acara berkenaan selesai bermulalah sesi rehearsal.  Aku terpaksalah tunggu sebab Khairol pun masuk hahaha.  Nasib baik turn dia awal kalau tidak mau berjanggut aku tunggu.  Nanti aku uploadkan videonya yer.

Lina

2 comments:

Ena Qalinsya said...

KEROL MASUK PE WEH HEHEHE
eh! bukan istri haji kat suk dulu ke?

Lina said...

lar aku rasa dah mention dah awal2 kerol masuk pertandingan karaoke tu a'ah ye lar tu bini haji mokhtar