Cuti Awal Muharram yang lepas aku sekeluarga pergi ke Port Dickson sempena Family Day ofis Khairol. Kami menginap di MITC Ancasa Hotel & Resort selama 3 hari 2 malam. Aku dan Khairol pergi secara berkonvoi 3 buah kereta. Yang lain ada yang naik 2 buah bas yang disediakan dan ada juga yang pergi secara sendiri-sendiri.
So, kami bertolak dari Kuantan kira-kira pukul 9.30 pagi. Masa tu di Kuantan memang tengah hujan. Nasib baik masa dalam perjalanan cuaca semakin baik. Ok korang tengoklah gambar-gambar di bawah ni yer.
Ni kat highway Seremban - Port Dickson
Tengok tu penumpang berhemah, masa pergi ni Qistina duduk kat depan sebab senang adik dia boleh baring kat seat belakang tapi hala balik mama dan adik duduk depan semula sebab aku mabuk duduk belakang bole gitewww hahaha
Anak bujang ni sepanjang jalan asyik tidur jer takde keje lain tapi mama dia senanglar hehehe
Yeeee selamat sampai ke Port Dickson
Nak masuk ke Port Dickson pun jam
Tengok tu berderet kereta nasib baik tak panjang sangat
Alhamdulillah kami selamat sampai kat MITC Ancasa tu lebih kurang pukul 3 petang. Target awalnya dalam pukul 2 petang. Lewat tu disebabkan masa masuk kat KL terperangkap dalam jam. Lepas check-in bilik semua turun semula sebab ada minum petang lepas tu dah start acara sukan kat pantai. Aku ada masuk tapi Khairol tak ambil gambar pun kecewa aku heheh walaupun tak menang tapi kenangan kan. Apapun acara sukan ni bersambung ke hari kedua.
2 comments:
waaaaaaaaaaaa kroje berjalan jek ko ek.. ni yg jeles ni.. suggestkan ke aku tmpt yg best kat PD weh? nak dok otel/resort mana?
dah org ajak berjalan kita ikut jer... nak suh suggest aku pun x brape tau jg tp byk lar hotel kat sana surf kat internet pun bole
Post a Comment