Ingat tak yang aku ada masuk Blog Header Make Over Contest yang dianjurkan oleh
blog KedaiGambarKami. Kesemuanya ada 12 penyertaan. Alhamdulillah aku telah berjaya memenangi hadiah utama iaitu Rotational Personalised Header. 4 orang lagi iaitu sue, mummy seri, mamaaerish dan mamaaqish mendapat hadiah saguhati iaitu customizable header. Lain-lain yang tak berjaya juga mendapat hadiah berupa diskaun RM5 bagi setiap pembelian Customizable Header bernilai RM15.
Ok, sebenarnya aku baru je dapat tau yang aku menang contest ni. Ya Allah memang ketinggalan keretapi betu aku. Aku baca di blog penganjur para pemenang kene buat special entry mengenai kemenangan tu jadi inilah special entry aku. Walaupun menang secara cabutan nombor tapi tetap bermakna. Memang teruja sangat-sangat sebab inilah first time aku menang contest yang dianjurkan oleh blogger. Harap-harap penganjur tak marah yer sebab aku lambat reply dan hadiah masih valid lagi hehehe.
Jadi di sini aku nak mengucapkan terima kasih kepada blog KedaiGambarKami kerana menganjurkan contest ni dan mencabut aku sebagai pemenang. Juga tahniah kepada semua pemenang saguhati dan kepada semua pemilik blog yang menyertai contest ini. Nanti aku akan hantar segala maklumat yang dikehendaki oleh penganjur.
3 comments:
tahniah wehhhh..
aku ingat ko dpt adiah kamera hehehe
tahniah ..lina..
ena & atty
mekasih lar
Post a Comment