Tuesday, December 1, 2009

Chicky Hour

Sori yer ini semua entry entry yang tertunggak hehehe.  Ni story seminggu sebelum raya haji.  KFC di Kuantan ni ada anjurkan Chicky Hour di Kompleks SUKPA, Indera Mahkota.  Chicky Hour ni berkonsepkan pencarian harta karun.  So korang layanlah gambar-gambar di bawah ni.


Inilah dua voucher yang dibeli oleh Khairol dengan harga RM6 setiap satu.  Di dalamnya setiap satu ada token bernilai RM25 untuk ditebus dengan cenderahati dan token berharga RM3 untuk bermain.  Token RM3 tu untuk satu permainan tapi kalau tak cukup nanti boleh beli masa kat Kompleks SUKPA.



Ni masa dalam perjalanan ke Kompleks SUKPA.  Masa tu hujan renyai-renyai.  Bawa Qistina je, Amsyar tinggalkan sekejap kat rumah mertua.


Suasana semasa di dalam Kompleks SUKPA.  Memang ramai sangat orang walaupun kat luar hujan.  Nak main satu-satu permainan pun beratur panjang.


Inilah first dan last Khairol beratur untuk bawa Qistina bermain.  Nak dijadikan cerita yang buatkan Khairol angin satu badan, beratur punyalah lama, sampai je kat tempat mula nak main tu lepas bagi token boleh Qistina pusing balik.  Dia kata taknak main, takut hehehe.  Punyalah geram Khairol lepas tu terus keluar tebus token cenderahati tu terus balik.


Ni kat pintu masuk, masa nak balik.  Tengoklah muka Qistina yang monyok tu sebab kena marah dengan ayah dia.


Inilah 2 beg cenderahati yang ditebus dengan token bernilai RM25.


Penuh kan barang-barang dalam beg tu.  Memang puas hati dapat cenderahati ni.  Macam-macam ada dalam tu.

Lina

7 comments:

Nurulhuda|Adlie said...

kak, masa ni jedah pun ada masuk yang main mcm saidina tu, ape ke nama catur bestari ek?

tina tetiba takut? hehe aneh sungguh perangai dia tu, salu pakai redah je tak ingat apa.. :)

HAZEL said...

salam...

saya ada dengar gak ni tapi x datang pula pi SUKPA tue coz hari tu gak dapat tahu menyesal pula x pergi kan... nampak besat jee.. huhuhu

salmal's said...

alaa dah sudah ke event ni. baru plan nk bwk hana lepas tgk lam suratkabar rituu .. huhuh ..

Unknown said...

erk! ko dpt RM6? camne aku leh kena RM10? tak aci ni huh!!! token2 menan aku membazir jek, tak guna langsung.. tp puas ati kan.. ase nak g smula tp malas la plak ihiks..

Lina said...

nurulhuda/adlie

ye lar jedah pun gi jg... x tau lar si qistina tu bole jd takut lak bukan takut apa pun cuma ngada2 je tu geram je

Lina said...

hazel
salmal

best sangat mmg rugi tak pegi hehehe provoke lak aku ni tapi takpe lar harap2 KFC buat lg taun depan kita serbu ramai2

Lina said...

ena

entah Khairol beli kat KFC pakej utk student... ala ingat ko je rugi aku ni lagilar token utk main tu satu pun tak guna ishhh membazir sungguh

Share |