Wednesday, November 18, 2009

Hujung Minggu Yang Sibuk

Cerita aktiviti hari Sabtu dan Ahad baru nak postkan ari ni... adusss pesal lar ko nih slow sangat nih Lina.  Hehehe bukan apa start 13hb lepas aku bertugas sempena Persidangan Dewan sampailar 20hb nanti jadi sebab itulah tak update blog aku ni cuma update contest jer... bole gitewww.  Sesiapa yang belum tahu apa tugas aku masa Persidangan Dewan ni boleh baca kat sini yer.

Ok pada hari Sabtu, sebelah paginya dalam pukul 11 lebih aku pergi Astro nak bayar bil.  Senang pergi bayar kat tempat dia.  Lepas tu pergi gunting rambut sebab aku dah mengalami keguguran rambut yang kronik.  Orang tua-tua kata bila baby mula main buih air liur rambut maknya pun gugurlah.  Tak taular sama ada betul atau tak wallahualam tapi memang Amsyar dah start main buih air liur.  Lepas gunting rambut semua aku pun terus balik rumah.

Lepas mandi dan bersiap pergi ke rumah Ena sebab dia buat kenduri cukur rambut dan akikah anak dia yang bongsu ni.  Jemputan dari pukul 12.30 tgh hingga 3.00 petang, aku sampai dalam 2.30 petang kira oklar kan orang pun dah tak ramai.

Dari rumah Ena balik dulu ke rumah, rehat jap lepas tu tukar baju keluar semula nak survey peti sejuk.  Bukan apa peti sejuk lama tu kecil dan dah tak berapa ok keadaannya.  Survey punya survey langsung terus beli sebab ada yang berkenan. Aku pilih yang 2 pintu jenama Mitsubishi, macam brand kereta lak ek.  Cina kedai tu kata peti sejuk ni jimat elektrik, aku harap betullah apa yang dia cakap jangan sebab nak lakukan barang dia jer.

Kemudian balik rumah sebab Cina tu hantar terus peti ke rumah petang tu juga.  Lepas Maghrib pula keluar lagi kali ni ke Giant nak memenuhi hajat Qistina.  Kalau tak pergi malam tu harus anak dara tuh merajuk menbebel tak sudah-sudah.  Dah alang-alang pergi Giant belilar sekali barang dapur yang mana dah habis.

Hari Ahad pula lepas breakfast teringin lak nak pergi Pasar Tani sebab dah lama tak gi so ajaklah Khairol pegi.  Jalan-jalan cuci mata jer tak beli apa pun.  Balik dari Pasar Tani tiba-tiba terkeluar dari mulut aku ajak pergi Kuantan Plaza.  Bukan apa Parkson kat situ tengah buat jualan penghabisan stok sebab nak tutup dah.  Dengarnya plaza tu nak diambil alih oleh Mydin tak tau lar betul atau tak, kita tunggu aje lar.  Sekali kat Parkson tu bershopping sakan aku.  Nak tau apa aku beli tunggu entry aku yang seterusnya.

Sebelah petang pula pergi melawat kawan Khairol yang accident.  Nasib baik tak cedera parah.  Balik dari rumah kawan Khairol tu pergi pula East Coast Mall.  Shopping lagi kat situ hehehe.  Kiranya minggu ni minggu shopping aku agaknya.  Orang hujung-hujung bulan lepas dapat gaji shopping aku ni tengah bulan bole shopping bagai. 

Ok itular aktiviti aku minggu sudah.  Memang sibuk betul Sabtu Ahad tu, balik rumah keluar balik, balik rumah keluar balik.  Rasa-rasanya hujung minggu ni pun banyak gak aktiviti.  Tak sabar rasanya nak tunggu.

Lina


4 comments:

Ena Qalinsya said...

mak aiii..sakan ko berjalan siap balik kuar balik kuar smula plak tu..tp yg peliknye..ujung bulan org sesak tp kowang ni coping cam baru dpt gaji jek ekekeke

Lina said...

hahaha tu lar pasal kan camne bole shopping bagai... itu lar hasil penyimpanan berbulan2 khas utk peti sejuk sebenonye tp dah ada lebih shopping lar sekali hehehe

atty's said...

takpe lina..selagi larat nak sopink..sopink je..hehehhee ..

Lina said...

yerrr betul tu kak ty slagi larat kan ekekekeke