Monday, November 2, 2009

Cuti Hujung Minggu



Hari Jumaat yang lepas aku bercuti sebab Amsyar masih lagi selsema dan batuk.  Selsemanya dah berkurangan tapi batuk tu yang masih lagi ada.  Kesian lak tengok bila dia batuk, nak buang kahak tak pandai sampai merah-merah muka, berair-air mata.  Jadi, cuti 3 hari tu campur Sabtu dan Ahad memang aku lebih banyak duk kat rumah jaga Amsyar.

Hari Sabtu pula ada jemputan kahwin staf SUK tapi lain bahagian.  Jadi, aku dan Khairol bawa Qistina je, Amsyar kami tinggalkan sekejap kat rumah mertua.  Kesian nak bawa dia, tempat ramai orang dan panas lagi.  Nanti daripada nak baik batuk jadi lagi teruk lak.

Oh ye malam Sabtu tu aku menyaksikan satu fenomena yang mengagumkan, salah satu tanda kebesaran Allah S.W.T.   Malam tu bulan dipagari oleh macam satu lingkaran.  Khairol kata masa mula-mula dia tengok dalam pukul 8 lebih, ada nampak warna pelangi pada lingkaran tu tapi masa aku tengok sejam lepas tu dah tak nampak warna cuma nampak lingkaran putih macam kabus.  Dengarnya cuma di Pahang je nampak, negeri lain tak nampak tapi tak taulah aku.  Sayangnya aku dan Khairol tak berjaya mengambil gambar.  Bila snap hasilnya cuma nampak bulan je, lingkaran tu tak nampak.  Rasanya kalau pakai kamera yang canggih lagi mesti dapat.  Kalau nak tengok fenomena bulan tersebut yang sebelum ni pun ada terjadi pada bulan September lepas boleh pergi ke blog ni.  Lagi jelas nampak lingkarannya seperti pelangi. 

Ok berbalik kepada cerita pasal Amsyar, alhamdulillah sehingga ke hari ni batuk dia dah berkurangan.  Lega sikit rasa hati bila tinggalkan dia kat rumah mertua aku pagi tadi.  Bukan apa kalau Qistina yang batuk ok lagi sebab dia dah boleh bercakap dan bagitau kita apa yang sakit ke apa ini baru nak masuk 3 bulan yang dia tau menangis atau merengek je lar kalau ada tak kena.  Jadi pada semua blogger yang bergelar ibu, awasilah kesihatan anak-anak terutama yang setahun ke bawah sebab sekarang ni dah nak masuk musim tengkujuh, penyakit mudah berjangkit musim-musim gini.  Mencegah adalah lebih baik daripada merawat.

Lina

8 comments:

Unknown said...

baby aku selsema jek slalu.. tp leh terkawal lg hehehe..
hahaha2 rupanye ko pun tak dpt snap gambo bulan tu ek..
tp takkan r kat Pahang je nampak kot tp sblom tu kat Perak nampak tau...

Suzana Ikram said...

betul tu kat perak pun ada.. siap msk surat khabar utusan lg...

Bulan Dilangit Osaka Biru said...

alaaa kesiannya baby...
dh bawak g sepital ke kak.lina

Lina said...

ena

tu lar selsema ok dah sikit batuk tu kesian lak... ni kes berjangkit daripada kakak dia la ni

Lina said...

ena

aku dengar org cakap... diorg kata kat pahang je nampak tak taulah pulak nampak kat perak

Lina said...

ikiqzana

masuk paper utusan ek tu lar tak beli paper tu tak tau lar kat perak pun nampak

Lina said...

bulan itu aku

dah bawa ke klinik dah bulan... doktor kata cuma simptom biasa je bagi ubat je lar

nsazwa said...

salam kak..
nani tgk jgk bulan tu...ter'excited' sgt masa tgk bulan tu smp nani call adik yg dok blajar kat mesir suh tgk sama..tup2 dia reply.."wei!!kat sini petang lagi...bulan pun tak kuar lagi"..kakakakaka...

Share |