Friday, November 27, 2009

Blog Header Make Over Contest

STICKY MODE



Tengah blogwalking kat KedaiGambarKami ada pulak contest nih.  Menarik nih sebab aku pun dah lama nak buat blog header yang baru.  Nak buat sendiri bukannya tak reti tapi malas tak ada masa langsung hehehe.  Lagipun kalau menang contest nih... insya-Allah boleh dapat free jer.  Ok seperti biasa mesti ada syarat-syaratnya kan seperti di bawah ni.

Syarat2:


1.Copy & paste banner contest.Letakkan dlm entry dan juga pada sidebar beserta link ke blog ini.

Dah buat.

2.Tak perlu jadi follower (tapi dialu2kan!)
Memang dah jadi follower pun.

3.Buat satu entry khas mengenai contest ini. Nyatakan apa yang anda tahu mengenai produk2 KedaiGambarKami dan nyatakan juga mengapa anda yang layak mendapat blog header makeover.

Ok ini yang menentukan sama ada penyertaan aku nih memenuhi syarat atau tak.  Ini yang paling penting aku kene buat.

Apa yang anda tahu mengenai produk2 di Kedai Gambar Kami?

KedaiGambarKami ni adalah blog milik sepasang suami isteri.  Pada mulanya mereka mengambil gambar untuk suka-suka saja tapi lama kelamaan mereka menjadikannya sebagai kerja sambilan.  Semakin hari banyak produk-produk yang mereka keluarkan.  Setakat ini produk-produk KedaiGambarKami ialah Photography Packages yang terbahagi kepada 3 pakej iaitu family, student dan exclusive.  KedaiGambarKami juga menghasilkan photobook iaitu pocket photobook dan coffee table photobook yang amatlah berbaloi-baloi untuk dimiliki.  KedaiGambarKami juga menyediakan design blog header dan juga banner yang amat kreatif, cantik dan menarik.  Semua produk KedaiGambarKami boleh didapati dengan harga yang amat berpatutan.

Mengapa anda yang layak mendapat blog header makeover?

Saya layak untuk mendapat blog header makeover ini adalah kerana blog saya amat memerlukan blog header yang baru.  Setelah saya membuat sedikit makeover ke atas layout blog saya jadi blog header saya juga perlu sentuhan baru.  Bukan blog header yang sedia ada ini tidak menarik tapi saya nak menyerlahkan lagi blog saya.  Saya nak sebuah blog header yang dapat menggambarkan diri saya, sesuatu yang simple dan tidak terlalu crowded tetapi tetap menarik dan kreatif.  Lagipun keluarga saya dah ada seorang ahli baru iaitu Amsyar Iqbal yang baru berusia 3 bulan jadi saya mahu dia turut sama dalam blog header tersebut.  Lagi satu saya sentiasa mengikuti blog KedaiGambarKami dan saya amat suka bergambar dan mengambil gambar. 

4. Tinggalkan komen pada entry contest ini beserta dgn link ke entry anda (bukan link blog shj, sy nak link ke entry contest k...)

Ok, dah buat.


5.Contest ini bermula pada 13 November 2009 dan tamat pada 27 November 2009(14 hari).

6.Pemenang akan ditentukan melalui cabutan bertuah.


Hadiah2 nya:

Hadiah utama:

Rotational 3 Personalised Blog Header (macam header blog ini)


Hadiah saguhati x 4:

1 customizable Blog Header


Ok, inilah penyertaan aku untuk contest ini.  Harap-harap adalah rezeki dan tuah aku dan anak-anak untuk menang contest ini, insya-Allah.  Jomlah kawan-kawan kita sama-sama join contest ini.



Lina

10 comments:

Bulan Dilangit Osaka Biru said...

menarik ni!!!!

Lina said...

bulan

jomlar kita join sama2

nsazwa said...

salam..
memg menarik..nk join ke tak ni...?hmmm...pk dulu...

Lina said...

nsazwa

join jgn x tak join

en_me said...

meriahnyerr uoolsss.. ehehe

Lina said...

en_me

mmg meriah meh lar join

said...

rajin kak lina masuk contest..

gud luck kak....

Lina said...

yanie

baru2 ni jer rajinnya yanie, mekasih

Suzana Ikram said...

semoga berjaya jugak dlm contest ni..

Lina said...

ikiqzana

terima kasih zana

Share |