Aku ada info yang ingin kongsi dengan kengkawan semua yang diemelkan kepada aku. Korang bacalah yer.
Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda
(turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang
melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah
otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi
mendapat semula wang pelaburan mereka.
Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu
mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti
mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan
pelbagai perasa baru.
TAHUKAH ANDA ....perbezaan antara marjerin dan mentega?
Bacalah sehingga ke akhirnya.anda tentu tertarik! Kedua-duanya mempunyai
jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya
sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin
boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding
memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru.
Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan.
Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah
makanan tambah nilai!
Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan
lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin
terhasil kurang dari 100 tahun.
Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid
lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga
kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol
berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko
penyakit barahsebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan.
Ia juga merendahkan respons perta hana n tubuh serta keberkesanan insulin
semula jadi badan.
Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan . INI IALAH BAHAGIAN YANG
SANGAT MENARIK!
Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKULuntuk menjadi PLASTIK. Fakta ini
sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur
hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna
hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).
Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini:
Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat
teduh.. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:
*tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia
sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)
*ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai
nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma
juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada
plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti
anda?
Aku sekarang ni confuse juga Planta dengan Daisy tu marjerin ke mentega sebab kalau dalam iklan kan dia sebut marjerin planta atau daisy.
Credit kepada Relexjap@yahoo.com
Lina
20 comments:
ghitewww.. ehehe
en_me
gitu2 lar en_me
ye ker lina..?? info yg bagus ni..
thanx 4 info..
tq lina..kasi tau.baru kini ku tau ..
thanks info ni kak...
hehhehe
jangan jadi mcm ayam belanda udah ler lepas nih
hehheheh
** maksud saya....bukan akak jadi ayam belanda....tp kita gebu mcm ayam belanda....hehehe...gurau2 jer kak....**
Salam Lina..
Kalau pelantar pula adalah..tempat orang menyedut minyak dari perut bumi ( pelantar minyak )..dan pelantar juga tempat rehat2 dari kepenatan setelah penat bekerja kebun sambil minum kopi o`..dan juga tempat kaum hawa bertenggek atas tangga sambil mencari kutu.. ( pelantar rumah )..hehehe!
kak lina.. apsal jem nenas tak dek info ke..
ehehehh
ikiqzana n atty
tu lar sy pun baru tau... tak taular betul ke x
yanie putrajaya
eiii x mau lar akak jd cam ayam belanda tu hehehe... alar kak lina tau yanie gurau jer
relevan
adusss en relevan pelantar yg tu sumer org tau hahaha
bulan
ntah lar bulan xde lak jumpe info psl jem nenas tp jem nenas gerenti baekkk punyer... terbukti kebersihannya
salam kak...
masya allah..ngeri la baca...tq 4 d info...akan nani elakkan dari wujud di rumah nani...
keliru...keliru... yan selalu gak wat biskut & kek guna buttercup,, yg nie marjerin ke mentega...
kakak lina...
lom hapdet blog eh
hehehehe
nsazwa
bila baca tu mmg ngeri tp x tau lar dah terbukti atau belum
ediyan
itu lar saya pun keliru gak nih yg mana satu marjerin yg mana satu mentega
yanie
yerrr dik yanie lom update tp lepas nih adalar
salam
ehehe
artikel ni byk yg tak betul dari segi fact klu tak silap
sbb marjerin buat base dari vegetable base such as palm oil,corn n cadamamon.
klu butter/mentega plak base pada cowmilk/sapi/kambing
yg membezakannya tu aderlah dari segi sebatian sbb margerin lagi oily dari mentega
mana saya tahu?
member keje as food technologiest
salam singgah..
exchange link
mind if i put your link in my bloglist?!!
happy blogging anyway!!
sidratul muntaha
ye ker awak... tu lar ms saya baca pun cam ada x kene jer tp dr mana lak dia dpt info tu yer...
apa pun thanks sbb bgtau fakta yg sebenar ye lar kita pengguna sentiasa disogokkan dgn fakta yg kita x tau sama ada betul atau salah
ohhh dipersilakan utk exchange link nanti saya pun linkkan blog u yer
Post a Comment