Wednesday, October 14, 2009

Salam Semua

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh

Hai semua! Alhamdulillah aku masih diberikan peluang dan kesempatan untuk beribadat lagi di bumi Allah ini. Sebenarnya aku dah kembali bekerja semalam tapi disebabkan dek kesibukan tak sempat aku nak update dalam blog ni.

Pertama-tamanya aku nak mohon maaf sebab dah lama tak update, ada dekat 3 minggu rasanya. Bukan sengaja ataupun bukan tak ada bahan tapi laptopku telah mengalami kecederaan yang boleh dianggap serius dan terpaksa admitted selepas raya. Insya-Allah pada 16hb ni dah boleh discharge. Yang jadi lamanya admitted sebab terpaksa menunggu organ baru dari KL untuk diganti organ lama yang dah rosak.

Ok tutup cerita pasal laptop aku tu, mengenai aku lak, alhamdulillah aku sihat, Amsyar pun sihat. Pada 11hb ari tu aku bawa dia pergi imunisasi untuk 2 bulan dan beratnya dah mencecah 5.3 kg. Nasib baik Amsyar tak demam, kira kuat juga antibodi dia. Setakat ni tak ada apa-apa masalah atau penyakit cuma Amsyar kena selsema je lepas raya berjangkit daripada kakaknya.

Sepanjang aku dah bekerja ni Amsyar dijaga oleh mertua aku. Senang hati juga sebab ahli keluarga yang jaga kan. Lagipun dah kakaknya pun kat situ satu hala je la. Bukan apa aku ni tak senang hati juga nak bagi orang lain jaga sebab Amsyar kecil lagi. Mula-mula dulu ada juga cadang nak hantar kat orang kan dah ada pun orang nak jaga tapi berbelah bagi.

Apa-apapun banyak sebenarnya bahan nak aku update kat sini tapi kene tunggu laptop aku discharge lar sebab gambar-gambar semua dalam tu. Aku akan update slow slow ye. Harap-harap korang tunggu yer dan tak jemu buka blog aku walaupun tak ada cerita baru.


Lina

3 comments:

Relevan said...

Ni mesti panjang bercuti raya ni..

Khairol said...
This comment has been removed by the author.
Lina said...

relevan

mmg cuti panjang lar relevan sbb skali dgn cuti bersalin hehehe

Share |