Sebenarnya laptop aku tak siap baiki lagi. Aku ingat minggu lepas dah boleh siap tapi tak siap juga. Tak tau lar apa yang rosaknya, teruk betul. Jadi, oleh kerana banyak benda aku nak postkan di sini terpaksa jugalah aku guna pc ofis. Walaupun memang lembab giler tapi bolehlah untuk satu dua entry.
Ok, aku mulakan dengan entry sehari sebelum raya. Walaupun cite pasal bulan pose dan raya ni dah basi sebab dah habis dah bulan Syawal tapi aku tak kira aku nak cite juga hehehe. Bukan ape dah ada bahan kan takkan nak simpan lak. Lagipun korang semua tak baca lagi cite hari raya aku betul tak?
Aku kan dah habis pantang 3 hari sebelum raya, jadi sehari sebelum raya tu aku balik berbuka pose kat rumah mak abah aku sebab tahun ni semua adik-beradik aku balik beraya kat rumah mak abah aku. Kiranya tahun ni giliran diorang kat sinilah termasuk juga dengan aku tapi pagi raya nanti aku beraya kat rumah mertua aku dulu. Ala tak kisahpun mana dulu beraya sebab bukannya jauh no rumah mertua aku dengan rumah mak abah aku.
Masa berbuka puasa.
Tengoklah penuh dapur rumah mak abah aku bila semua cucu-cucunya balik. Masa ni kesemua 15 orang cucunya ada termasuk yang paling baru si Amsyar. Memang riuh satu rumah.
Sempat lagi malam tu buat biskut tat gulung diketuai oleh kakak aku.
Ni pulak abang ipar aku tengah menyiang daging rusa.
Lina
6 comments:
org dh abis ry ko masih berbuka pose ek..
ke pose pe ni? ekekeke
ena
alaaa backdate cite buka pose n raya...
dasat kan kalau sume balik, mcm nak roboh umah, tapi kalau time sume tak balik sunyi jek, hehe.. ikut turn :)
Tu abang ipar yang siang daging Rusa tu beli ket maner?..
nurulhuda/adlie
itu lar pasal... penuh giler umah masa tu... nak tdo pun x cukup tmpat hehehe
relevan
ohhh daging rusa tu abang yg bawa balik dia beli kat KL x taular kat ner... mahal lebih kurang rm50 sekilo
Post a Comment