Tengah semak-semak draf rupanya ada lagi entry aku yang terperam. Tag pasal hp yang diberi oleh Ena ni sebenarnya dah lama aku buat dari sebelum bersalin dulu tapi aku simpan dulu sebab tinggal nak upload gambar. Alih-alih terlupa lak tapi ada hikmahnya aku tak publish entry ni lagi. Nak tau sebabnya nanti bacalah tag yang aku buat ni yer.
Sudah berapa lama anda menggunakan handphone tersebut?
Baru je sebulan. Sebenarnya hp ni dihadiahkan oleh suamiku tersayang selepas 3 hari aku bersalin. Kebetulan pula hp yang tengah aku pakai dah menunjukkan tanda-tanda nak kong jadi nak memudahkan aku sepanjang berpantang ni ye lar nanti orang ofis aku nak call ke kan senang so dia pun belilar yang baru. Itu lar nasib baik aku tak postkan entry ni awal-awal kalau tidak tak masuklah cerita hp baru ni (poyo betul ko ni lina ehhh hahaha).
Apakah wallpaper yang terpampang di skrin handphone anda. Dan terangkan mengapa anda memilih wallpaper tersebut?
Tak ada gambar apa-apa pun masih lagi wallpaper yang sedia ada.
Berapa jumlah ‘contacts’ yang terdapat di dalam handphone anda?
Alamak tak pernah kiralah lagipun tak habis lagi copy contacts dari hp lama.
Sila masuk ke ‘contacts’ dan pergi pada huruf ‘M’. Berapa kenalan anda yang namanya bermula dengan huruf 'M'?
Tak taular berapa sebab tak ingat, banyak nombor masik di hp lama tak copy lagi.
Berapa jenis handphone yang anda telah guna, selain handphone yang terkini?
Berapa dah yer? Ok aku senaraikan satu persatu hp yang pernah aku pakai di bawah ni.
1. Ok mula-mula dulu aku pakai hp Motorola. Takdelah gambar nak tunjuk puas dah aku search tapi tak jumpa memang dah lama. Hp tu aku beli masa mula-mula kerja tahun 1999. Harganya RM150. Hp tu besar gedabak cam lesung batu. Kalau baling anjing pun biul dia kejap hehehe. Walau apa pun banyak jasanya pada aku.
2. Yang kedua aku pakai hp Vodafone. Masa tu dah era hp yang kiut miut jadi aku belilar taknaklah ketinggalan zaman kan. Tak ingatlah aku beli berapa harganya tapi aku suka hp ni sebab comel daripada hp Motorola tu. Hp ni pun aku tak jumpa gambarnya.
3. Ini hp ketiga aku pakai, Nokia 3310. Hp ni aku beli masa aku mula-mula kerja gomen. Beli dengan member ofis aku, secondhand je tapi tak ingatlah berapa harganya.
4. Ini pula hp keempat aku pakai, Nokia berapa tah series. Hp ni ada sentimental value sikit sebab sebenarnya hp ni Khairol punya. Biasalah masa-masa bercinta dulu barang dia barang kita tapi barang kita tetap kita punya hahaha. Lagipun dia yang bagi kita tak minta pun chewahhh.
5. Hp yang kelima adalah hp Nokia juga tak taulah no seriesnya tapi orang panggil hp lesung batu. Aku dengan Khairol sama-sama beli masa lepas bersalinkan Qistina. Kami beli hp ni sebab masa tu hp ni yang paling murah yang ada 3G. Ye lar nak beli yang mahal-mahal tak mampu itu je lar yang mampu kami beli. Hp nilar yang dah tunjukkan tanda-tanda nak kong tu.
6. Hp yang keenam pula Nokia juga Khairol yang belikan secondhand. Khairol beli sebab dia pasang PTT macam walkie talkie lar. So, aku boleh tekan jer dan terus cakap dengan dia takyah telefon bagai tapi aku tak guna pun sebab entah malaslar aku lagi suka telefon jer. Last last hp tu Khairol jual kat kawan dia lagipun dah ada telefon baru kan hehehe.
Rangkaian telekomunikasi yang anda gunakan? Nyatakan mengapa?
Celcom. Memang dari dulu guna yang ini malas dah nak tukar yang lain.
Nada dering yang anda gunakan?
Lagu Bleeding Love by Leona Lewis.
Senarai top 5 yang anda selalu msg
1. Khairol
2. Kawan-kawan
3. Bos
Aku buat senarai top 3 je lar ye. Yang lain tak selalulah, biasa jer.
Soalan terakhir. Nama orang tersayang (bf/gf) yang anda set dalam handphone?
Abang Sayang
Orang yang nak di tag
Sesiapa yang nak buat tag ni dipersilakanlah ye.
Lina
4 comments:
perghhhhhh untungnye jadi ko kan.. kalo aku la, aku nak banak kali ketiga cepat sebab leh dpt henpon mahal lagi muahahaha
alaa itupun sbb hp aku tu dah nak kong klu x takdelar dia nak belikan hehehe tgk tu org dah belikan pun dah kira bagus klu nak kuar duit sendiri idaklar aku
hihi bestnya dapat hp, yang canggih lak tu :)
nurul
mmg best tp akak ni klu brg canggih skit mulalar jd buta it... itupun x abih explore lg function2 dlm tu
Post a Comment