Kalau ikut kiraan hari, hari ni genap 30 hari aku berpantang. Jadi macam mana ek keadaan aku selepas 30 hari ni, aku sihat alhamdulillah. Amsyar pun dah berumur 30 hari ni sihat juga, tak banyak kerenah.
Aku tak adalah berpantang beria sangat. Cuma minggu pertama jer kena jaga sikit. Makan nasi dengan ikan tenggiri bakar je. Bertungku, berbarut, mandi air serum semua tu biasalah kan. Minggu kedua dan seterusnya barulah sedap sikit makannya. Pulak tu selalunya Mak Mertua aku letak nasi punyalah banyak, penuh pinggan aku terpaksalah juga habiskan. Alamak camne lar nak kurus semula ni kalau dalam pantang pun makan banyak hehehe tapi lepas tu selalu dia tengok aku makan tak habis dia pun kurangkanlah nasi tu.
Jadi, lagi 14 hari lagi nak habiskan tempoh berpantang aku. Aku kira-kira 44 hari tu habis lagi 2 hari sebelum sambut hari raya. Sempat juga aku sambut hari raya hehe. Nasib baik baju raya dah beli. Tahun ni aku beli yang dah siap je malas nak pergi pilih-pilih kain bagai. Cuma baju kurung Qistina je aku belum beli lagi. Takpe lagi seminggu nak raya bolehlah aku pergi beli. Boleh cari sekali baju melayu Amsyar kalau ada saizlah.
Tak sabar rasanya nak balik rumah aku. Ye lar walaupun rumah mertua tapi tak sama macam rumah sendiri. Sebelum bawa Amsyar balik aku dengan Khairol kena bersihkan rumah dulu. 2 bulan tinggalkan rumah mesti bersawang-sawang macam dalam gualah rumah aku tu. Walaupun Khairol selalu juga balik jenguk rumah tapi taklah dia bersihkan semua. Habuk-habuk kena bersihkan sebab nanti Amsyar ada takut balik rumah kena selsema lak.
Lina
10 comments:
salam lina..
yea la dik nama kita sama nama penuh lina apa yea...pyh2 pgl akk kak az je lah..balik rm,h nantijgn buat kerja berat tau lina baru je lepas pantang..jaga diri dan kesihatan baik2 yea..yg berat2 bg hubby je buat..
kak, lain pulak rupanya dah beso sikit ni, aritu org tunjuk dah kat mak pic amsyar, yg pic aritu, kalau bg mak tgk yg ni mesti dia kata lain jugak, hehe..
yay! nak abis pantang, boleh raya & boleh dtg kl :)
comel ye amsyar.. ikut muka sapa la gamak nyer yer...
azlina
nama penuh azlina mohamed yasin... xdelar buat keje berat mana yg termampu jer mekasih atas pesanan
huda
a'ah lain kan muka dia... x tau lg ikut muka sapa
insya-Allah klu sihat smpi lar akak ke sana
my lovely family
itu lar x tau ikut muka sapa
weh lina, sbijik muka amsyar cam qistina, terkejut aku ekekeke..
amboiii ko jugak yg best ek.. aku ni pantang dlm raya huhuh byk tol cobaan makanan tika tu uhuks tp baju2 raya sume dh settle hehehe cuma tinggal si kenit ni jek.. taktau r nk coping bile ahaks
ena
hehehe ye ker cam qistina tapi bila aku tgk balik gambo2 qistina ms sblm umo setaun mmg sebijik dgn amsyar
alaa ms raya tu ko kira dah nak abis pantang bole lar nak mkn tp jgnlar byk sgt
wah...
chomelnye baby dia...
dah kuar pon..
hikhikhiki..
jaga diri akak n baby baik2 yea..
farazila
a'ah dah kuar dah hehehe
ok thanks
Post a Comment