Setelah bermacam-macam cara aku buat untuk pujuk Qistina gunting rambut akhirnya Isnin lepas aku berjaya. Aku cakap kat dia kalau nak pergi sekolah kene gunting rambut nanti cikgu marah. Lepas tu Khairol pun tambah kalau nak jadi doktor pun kene gunting rambut hehehe yo lar tuh. Akhirnya termakan pujuk jugak dia. Jadi, petang Isnin ari tu kitorang pun bawalah dia pergi kedai gunting rambut.
Masa dalam kereta aku cuak jugak mana lar tau masuk kedai gunting tu kang dia menangis-nangis taknak tak ke haru. Alhamdulillah tak ada apa-apa yang terjadi hehehe. Masa duduk atas kerusi tu aku tengok Qistina biasa jer tak adalah merengek-rengek taknak ke apa ke. Oklah, korang layanlah gambar-gambar kat bawah ni yer.
Panjang dah kan rambut Qistina. Sayang tu memang sayang nak potong tapi sebab dia tak suka ikat rambut terpaksalah potong. Bukan apa rimas aku tengok nak-nak kalau dia main lari-lari berpeluh-peluh ya Allah memang rimas dan belengas aku tengok.
Sampai tertunduk-tunduk Qistina.
Aku macam paparazi lak amik-amik gambar cam tu, Khairol sengih je tengok anak dia cam dah ngantuk.
Amrul pun main peranan gak pujuk Qistina, cakap comellah, cantiklah, sejuk sikit Qistina.
Masa ni tengah blow rambut.
Lina
7 comments:
Waaa...raya nanti baru ler cantek..ye tak?
alahai..sangat2 comey....
hehhehhe teringat zaman kanak2 dulu...
seronok nyer buat rambut raya... comel..
mummy 2 haqq
tu lar tgk qistina berambut pendek barular nampak kemas sikit
yanie
cam nak kembali ke zaman kanak2 kan
ikiqzana
sebenonye bukan potong utk raya tu tp dah lama dah nak potongnya skrg baru dia nak... kira sekali lar utk raya
comelnya, tak sabar nak peluk qistina!
Post a Comment