Friday, September 11, 2009

Lagu Raya

Selain daripada baju raya, kasut raya, kuih raya, ketupat, lemang, rendang, nasi impit, kuah kacang dan sebagainya, Hari Raya juga takkan meriah tanpa lagu raya, betul tak?  Kalau tak percaya cuba hari raya nanti kita takyah pasang lagu raya, memanglah kita akan sambut juga tapi kurang kick lar.

Korang mesti ada lagu raya favourite masing-masing kan.  Tak kiralah lagu lama atau baru.  Ok kat bawah ni aku nak kongsi dengan korang top 5 lagu raya favourite aku. 

1.  Pulanglah - Aishah (nilah lagu raya yang aku rasa paling best, menusuk jiwa)
2. Selamat Hari Raya - Allahyarhamah Saloma (dengar lagu ni terasa kemeriahan Hari Raya tu)
3. Dari Jauh Ku Pohon Maaf - Allahyarham Sudirman (lagu ni memang syahdu, bole meleleh air mata dengar)
4. Suasana Hari Raya - Anuar dan Ellina (selain sbb Anuar yang nyanyi lagu ni mmg fun)
5. Dendang Perantau - Allahyarham P Ramlee (lagu ni kira cam lagu wajib hari raya klu x dengar lagu pagi raya cam tak sah)

Ok kepada korang yang nak kongsi lagu raya favourite korang dipersilakan yer.


Lina

6 comments:

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ said...

suker lagu BERSABARLAH SAYANG..anuar zain nyanyi

=D

neezareef said...

all times fav..suasana hari raya..anuar dan elina..hehe

Lina said...

yanie

x pernah dengar pun lagu tu best yer yanie nak kena cari ni coz abg nuar kan nyanyi hehehe

Lina said...

neeza

mmg best lagu tu kan

Jejaka Desa said...

Koi minat lagu raye lame2 je.

Lina said...

jejaka desa

saya pun kiranya yg sedap di pendengaran lar