Alamak malular cekci nampak peyut...
5/9 yang lepas adalah hari appointment di Pusat Rawatan Keluarga MUIP untuk cucuk Amsyar bagi usia sebulan. Cucuk yang pertama ni adalah untuk Hepatitis B - 2nd dose. So, aku dan Khairol bawalah si Amsyar ni ke klinik lepas berbuka.
Sampai kat klinik lebih kurang pukul 8.30 malam. Aku tengok tak berapa ramai orang tapi tak taular takut ada yang pergi pasaraya sebelah dulu sementara menunggu. No. giliran yang kami dapat no. 75, no. di skrin pada masa tu no. 68. Ok lar bagi tunggu sekejap. Kebetulan masa aku tengok giliran doktor bertugas Dr. favourite aku ada iaitu Dr. Nurrita ada so aku request nak jumpa dia. Dari masa Qistina dulu memang dengan Dr. ni jadi aku malas nak jumpa Dr. lain dah. Satu yang tak bestnya kalau Dr. yang best ni ramai jugalah yang request yang sama so mesti jadi lambatlah giliran.
Masa daftar kat kaunter, petugas kat situ terus timbang Amsyar, dah usia sebulan ni beratnya pun dah meningkat menjadi 4 kg. Patutlah sekarang ni bila dukung Amsyar memang berasa sangat. Sepanjang menunggu tu nasib baiklah Amsyar tak meragam sangat, tidur je. Ye lar kena aircond sedaplah dia, lepas tu bedung dengan blanket, selesa, memang tak meragamlar.
Kira-kira pukul 9.15 barulah sampai giliran Amsyar. Dr. Nurrita cek suhu sama ada demam ke tidak, tanya apa-apa yang patut lepas tu dia pun nak cucuk lar Amsyar. Dr. cucuk kat paha kiri Amsyar. Kebetulan masa tu Amsyar terjaga, masa Dr. masukkan jarum tu Amsyar macam tergamam lepas tu terus menjerit. Lepas tu Dr. cabut jarum terus dia senyap. Nasib baiklar tak melarat dia menangis. Kiranya kuat sakitlah juga.
Lepas ambil ubat semua, masa dalam kereta nak balik tu aku ajak Khairol pusing bandar jap sebab dah lama kan aku ni tak keluar rumah (lamalar sgt kan hehehe) rindulah pula nak tengok bandar Kuantan. Khairol bawalar pusing jap ala bukan pusing betul-betul satu Kuantan, separuh jer. Jadilar untuk mengubat rasa rindu chewahhh.
Ni dah 2 ari selepas kena cucuk alhamdulillah Amsyar tak demam. Nasib baiklah kalau tidak tak tidur lar aku menjaga. Lepas ni usia Amsyar 2 bulan pulalah kena cucuk lagi.
Lina
6 comments:
wah lina , feberet dokter kite pon same larr .. asal g sane je request dokter nurita yg klakar tuh. hihihi.. time die nk sambut bb ritu siap bleh gelak2 lagi die wat lawak.
salmals
ye ker suka dr. nurrita jg yer... best dgn dia sbb dia sempoi jer, selamba x pressure sgt
jap je dah sebulan dah amsyar.. tgu dia besar sikit best la boleh main2..
Salam...tgh berpantang?sama ngan kak ena...apa2 pon, tahniah for new born...sorie x slalu komen @ blogwalking...bz sejak akhir2 nie...take care dlm pantang...
nurul
bila dah bole mengagah tu yg best tu
farasela
a'ah sama jer dgn ena dlm alam perpantangan hehehe... ok thanks
Post a Comment