Aku rasa macam aku ada hutang entry lagi lar. Fikir punya fikir ye lar aku ada bagitahu dalam entry Orang Baru tu aku nak cerita detik-detik kelahiran Amsyar kan.
Sepatutnya EDD aku 12/8/09 dan aku tak terfikir aku akan bersalin lebih awal dari tu. Masa bersalinkan Qistina tu pun aku awal sehari je. Jadi, dalam 2 minggu sebelum tarikh tu aku dah sikit-sikit siapkan kerja aku dan update apa-apa yang patut. Kebetulan ada student praktikal masuk, ambil pun jurusan sama dengan aku jadi dialah yang akan cover tempat aku untuk 2 bulan tu. So, aku pun ajarlah dia apa yang patut dia buat.
2hb iaitu hari Ahad aku pun berkemas-kemaslah sebab Khairol dah cakap lagi seminggu nak bersalin kitorang akan duduk kat umah mertua aku sekaligus berpantang kat situ. Aku ni malasnya nak berkemas sebab aku masih yakin aku tak akan bersalin awal. 4hb aku pergi kerja seperti biasa. Tak ada rasa apa-apa pun. Member ofis je yang tak larat tengok aku macam nak bersalin sangat dah bila tengok perut aku.
Oh ye 4hb tu juga aku kena buat BSP (ambil darah 4 kali sehari) untuk tengok kandungan gula dalam darah. Kat ofis pula aku masih lagi kemas-kemas tempat aku dan listkan serahan tugas untuk student praktikal yang akan cover kerja aku nanti.
Lepas ambil darah yang terakhir pukul 9 malam tu alhamdulillah BSP aku ok. Keluar dari klinik Khairol ajak makan kat kedai makan yang baru je kami dapat tahu sedap juga makanannya. Aku makan mihun sup dan Khairol pula makan nasi goreng kampung.
Balik dari makan dah pukul 10.30 malam. Aku lepak-lepak dengan Khairol dan Qistina atas katil. Tengah-tengah lepak tu rasa nak terkencing tapi dalam hati aku kata kejap lagilah nak tido aku pergi kencing. Tengah gelak-gelak tu tiba-tiba ada air keluar. Aku ingat aku terkencing sebab dah tak tahan tapi air terus keluar. Aku pun terus berdiri dan bagitahu Khairol. Khairol lak macam panik terus panggil mak ayah dia. Mak mertua aku terus cakap air ketuban la tu dan terus suruh aku siap-siap nak pergi Klinik Razak (Pusat Rawatan Keluarga MUIP).
Aku sebenarnya bukan panik tapi ini 1st time keluar air ketuban. Masa Qistina dulu aku keluar darah. Dalam perjalanan tu tak berhenti-henti air ketuban keluar. Sampai kat Pusat Rawatan Keluarga MUIP tu aku terus masuk ke labour room. Kebetulan doktor yang bertugas malam tu Dr. Azian. Alhamdulillah memang niat aku kali ni nak doktor perempuan yang sambut anak aku. Masa Dr. Azian cek bukaan, baru 3 cm. Jadi, aku dimasukkan air untuk cepatkan bukaan. Lepas tu nurse cucuk ubat tahan sakit untuk suruh aku tidur dulu nanti nak push ada tenaga. Khairol pun disuruh tidur dulu nanti dah dekat nak bersalin nurse akan panggil.
Dari pukul 11 malam aku masuk labour room tu setiap sejam nurse datang untuk cek bukaan. Aku pula tidur-tidur ayam je sebab aku rasa macam sesak nafas setiap kali aku nak tidur. Bila nurse datang lagi nak cek bukaan pada pukul 4 pagi, masa tu dah buka 8 cm. Aku pun dah rasa sakit macam nak buang air besarf. Masa tu Khairol dah ada sebelah aku dan juga biras aku Kak Long. Kali ni rasa sakitnya lain dari masa aku bersalinkan Qistina.
Alhamdulillah selepas 5 kali push aku selamat melahirkan Amsyar Iqbal tepat jam 4.25 pagi, 5 Ogos 2008. Keluar-keluar je suara dia bergema dalam labour room tu. Kali ni aku kena jahit juga tapi taklah sebanyak masa Qistina dulu. Lepas dah siap-siap semua aku pun ditolak masuk ke bilik aku. Bilik yang sama aku duduk masa 3 tahun dulu. Semalaman aku stay kat situ. Keesokan paginya barulah aku dan Amsyar dibenarkan keluar.
Itulah dia serba sedikit pengalaman semasa kelahiran Amsyar. Kiranya aku dapat merasa 2 pengalaman bersalin iaitu keluar darah dan keluar air ketuban. Kalau ditanya pendapat aku yang mana lebih sakit bagi aku lebih kurang sama jer sakitnya tapi itulah dah ditentukan oleh Allah s.w.t. bila keluar je baby hilang semua rasa sakit. Kalau sebelum tu rasa macam serik je nak pregnant dan bersalin perasaan tu lenyap entah ke mana.
Oh ye gambar masa tu memang tak ada sebab terlupa sungguh nak bawa kamera. Khairol pun panik juga macam baru 1st time aku bersalin tapi tak boleh salahkan dia juga sebab memang tak sangka aku akan bersalin awal. Nasib baiklah beg baby dan beg aku dah siap sedia dalam kereta kalau tidak lagi kelam kabut rasanya. Walau apapun aku bersyukur dan happy sebab semuanya selamat.
Lina
6 comments:
hehehe..betul tu..bila fikir rasa serik dah nak pregnant n bersalin..tapi bila dah kuar baby..hilang sakit:)
wahh mcm senang jer dengar klina bersalin.!!
:)
zieha
itular kan Allah maha besar dihilangkan rasa sakit terus ye lar klu tdk x bertambahlan umat Nabi Muhammad kat dunia ni
yazeda
bila ditulis mmg mcm senang tp masa tu Allah saja yg tau rasanya
aiyoo seriau baca.. hehe..
nurul
seriau x seriau... semua wanita kena laluinya
Post a Comment