Sunday, September 20, 2009

Sticky Mode : Ucapan Hari Raya


Salam kepada semua.  Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
kepada semua kawan-kawan blogger dan sesiapa jua yang membaca blog ini.  Ampun dan maaf dipinta andai kata sepanjang kita berkawan di alam cyber ini ada yang tersinggung atau terasa hati dengan apa yang ditulis di dalam blog ini.  Saya cuma manusia biasa yang tidak dapat lari daripada kesilapan.
Sengaja buat entry ni awal-awal mana tahu tak sempat.  Ye lar nak dekat nak raya ni nanti sibuk dengan hal-hal lain lupa lak nak buat ucapan untuk semua.  Untuk kengkawan semua ambillah kad raya yang tak seberapa ni yer.
Kepada yang akan balik ke kampung tu hati-hati di jalan raya ye.  Moga selamat sampai dan selamat balik semula ke rumah.
Lina

Saturday, September 19, 2009

Berbuka Di Luar

Dengan  ini secara rasminya aku dah habis berpantang.  Hoyeeeeeee!!!!!!!!  Sebenarnya semalam dah habisnya tapi aku kira mula hari ini la yer.  Seronok sebab boleh dah pergi jalan-jalan cam biasa (padahal dari minggu lepas aku dah keluar pergi shopping tapi taklah kerap sangat). 


Sempena meraikan aku dah habis berpantang chewahhh aku dengan Khairol plan nak berbuka kat luar.  Ajak sekali my PIL sebab dah jaga aku sepanjang berpantang ni kan.  Tempat pilihan kami untuk berbuka tak lain tak bukan kat Wan Tom Yam lar sebab senang sikit kat situ.




Menu utama siakap 3 rasa




Antara lauk-lauk yang dipesan




Aku cuma minum teh o panas jer, orang lain dengan fresh orangenya kecur air liur... sabar... sabar




2 orang babysitter




Amsyar punyalar lena tido padahal bising bangat kat situ




Alhamdulillah kenyangnya abis licin hehehe


Lina

Thursday, September 17, 2009

Rambut Raya

Setelah bermacam-macam cara aku buat untuk pujuk Qistina gunting rambut akhirnya Isnin lepas aku berjaya.  Aku cakap kat dia kalau nak pergi sekolah kene gunting rambut nanti cikgu marah.  Lepas tu Khairol pun tambah kalau nak jadi doktor pun kene gunting rambut hehehe yo lar tuh.  Akhirnya termakan pujuk jugak dia.  Jadi, petang Isnin ari tu kitorang pun bawalah dia pergi kedai gunting rambut.

Masa dalam kereta aku cuak jugak mana lar tau masuk kedai gunting tu kang dia menangis-nangis taknak tak ke haru.  Alhamdulillah tak ada apa-apa yang terjadi hehehe.  Masa duduk atas kerusi tu aku tengok Qistina biasa jer tak adalah merengek-rengek taknak ke apa ke.  Oklah, korang layanlah gambar-gambar kat bawah ni yer.


Panjang dah kan rambut Qistina.  Sayang tu memang sayang nak potong tapi sebab dia tak suka ikat rambut terpaksalah potong.  Bukan apa rimas aku tengok nak-nak kalau dia main lari-lari berpeluh-peluh ya Allah memang rimas dan belengas aku tengok.
Sampai tertunduk-tunduk Qistina.
Aku macam paparazi lak amik-amik gambar cam tu, Khairol sengih je tengok anak dia cam dah ngantuk.
Amrul pun main peranan gak pujuk Qistina, cakap comellah, cantiklah, sejuk sikit Qistina.
Masa ni tengah blow rambut.


Lina

Budak Rempit

Korang layanlah gambar 3 sepupu ni yer.



Lina

Monday, September 14, 2009

Happy Birthday to Blog Neezareef



Hepi belated birthday kat blog NEEZAREEF.  Sempena birhtdaynya juga tuan punya blog telah bermurah hati memberi award ni kepada semua pengikut blognya.  Terima kasih ye neeza atas award ni.  Walaupun kak az jarang bagi komen tapi kak az selalu singgah kat blog ko. 

Kak Az doakan blog neeza sentiasa ceria dan untuk tuan punya blog agar sentiasa rajin buat entry yer.

Lina

Happy Birthday Abang!



Entry ini khas untuk my soulmate, suami, kekasih dan sahabat.

Hari ni 14 September 2009 adalah hari ulangtahun kelahiran suamiku yang tercinta.  Hari jadi yang ke berapa yer?  Dah 34 tahun suamiku bernafas di muka bumi ini.  Alhamdulillah masih dikurniakan kesihatan yang baik.


Sebenarnya dah 3 tahun berturut-turut birthday Khairol jatuh dalam bulan puasa.  Memang tak celebrate apa sangatlar.  Selalunya beli kek jer lagipun bulan puasa kan. 


'Semoga abang dimurahkan rezeki, beroleh kesihatan yang baik, diberkati dan dilindungi Allah SWT'


SELAMAT HARI JADI!!!


Lina

Friday, September 11, 2009

Lagu Raya

Selain daripada baju raya, kasut raya, kuih raya, ketupat, lemang, rendang, nasi impit, kuah kacang dan sebagainya, Hari Raya juga takkan meriah tanpa lagu raya, betul tak?  Kalau tak percaya cuba hari raya nanti kita takyah pasang lagu raya, memanglah kita akan sambut juga tapi kurang kick lar.

Korang mesti ada lagu raya favourite masing-masing kan.  Tak kiralah lagu lama atau baru.  Ok kat bawah ni aku nak kongsi dengan korang top 5 lagu raya favourite aku. 

1.  Pulanglah - Aishah (nilah lagu raya yang aku rasa paling best, menusuk jiwa)
2. Selamat Hari Raya - Allahyarhamah Saloma (dengar lagu ni terasa kemeriahan Hari Raya tu)
3. Dari Jauh Ku Pohon Maaf - Allahyarham Sudirman (lagu ni memang syahdu, bole meleleh air mata dengar)
4. Suasana Hari Raya - Anuar dan Ellina (selain sbb Anuar yang nyanyi lagu ni mmg fun)
5. Dendang Perantau - Allahyarham P Ramlee (lagu ni kira cam lagu wajib hari raya klu x dengar lagu pagi raya cam tak sah)

Ok kepada korang yang nak kongsi lagu raya favourite korang dipersilakan yer.


Lina

Happy Family Contest


Entry ini adalah STICKY MODE sehingga 11 September 2009.  Untuk entry terbaru di bawah entry ini ye.


Sebenarnya dah lama dah aku tau pasal contest ni tapi masa tu aku tak ada masa lagi nak join.  Sekarang ni baru ada masa lagipun tarikh tutupnya tinggal sehari je lagi jadi aku pun luangkanlah sikit masa untuk join contest ini.  Ok, contest ni dianjurkan oleh blog Puan Ieda kita. 


Seperti biasa di bawah ini adalah syarat-syarat contest.



1. ADD BLOG iedaLUVsham D BLOGLIST KORANG
Dah, beres.



2. UPLOAD BANNER "HAPPY FAMILY CONTEST" KAT SIDEBAR.

Beres



3. BUAT ENTRY KHAS BERTAJUK "HAPPY FAMILY CONTEST".

Beres



4. UPLOAD HANYA 1 (SATU) GAMBAR YANG THE BEST YANG MENGGAMBARKAN KEGEMBIRAAN DLM KELUARGA ANDA! ;) BAGI YG BELUM BERKAHWIN, UPLOAD PIC BERSAMA2 FAMILY KORANG, NO BOIPREN2, NO GEFREN2, HEHEHH!! ;p

Ini gambar yang aku pilih untuk contest ni.





5.DALAM ENTRI TU PASTIKAN ANDA MENTION & LINK KE iedaLUVsham & HAPPY FAMILY CONTEST (no link back will be disqualified)

Beres


6. Bila dah siap, tinggalkan link di entri ini SAHAJA =)

Beres


7. Pemenang akan dipilih berdasarkan gambar yg MENARIK&UNIK ;)



8.Hadiah utk pemenang adalah....RAHSIA,wakakaka!!



9.JANGAN RISO..TAKDE VOTE2 PUNYER,AKU TAKKAN SUSAHKAN KORANG, HEHEHE!!!.



10. OK, CONTEST BERMULA 11 OGOS - 12 SEPTEMBER 2009

Tengok entry terbaru tarikh tutup diawalkan sehari ke 11 September 2009.
Ok, dah siap.  Harap-harap gambar aku ni berjaya menarik perhatian Puan Ieda kita, insya-Allah.



Lina

Tuesday, September 8, 2009

Mood Raya Sudah Mariii!!!

Bila nak raya ni tak sah kalau tak ada pelita kan.  Kalau kat kampung-kampung ni setiap rumah meriah dengan pelita keliling rumah.  Kadang-kadang macam bertanding lak rumah sapa yang paling meriah dengan pelitanya.  Kat umah mak aku mesti dah pasang juga pelita.

Kat rumah mertua aku ni pun apa kurangnya.  Walaupun rumah teres tapi tetap nak nampak meriah juga.  Untungnya rumah mertua aku paling hujung jadi bolehlah pasang pelita banyak sikit sampai kat luar kawasan pun boleh.  Malam tadi lepas berbuka Khairol sibuk dengan pelita-pelitanya.  Aku siap perli dia dengan nyanyi lagu raya hehehe tapi itular bila tengok pelita tu terus datang mood raya.


Lina

Monday, September 7, 2009

Amsyar Di Usia Sebulan

Mari kita tengok gelagat Amsyar di usia melepasi sebulan ni di samping ayah dan kakaknya.  Mamanya masih lagi dalam tempoh berpantang dan belum mahu menunjukkan wajahnya heheheh boleh gitewwww.
Lepas mandi mesti nak susu, kalau lambat susunya tunjuk perasaanlah.
Mula-mula buat donno jer bila ayahnya usik.
Pas tu sampai kembang-kembang hidung.
Hai lar kakak, orang suruh cium dahi adik bukan kepala.

Lina

Imunisasi Sebulan

Alamak malular cekci nampak peyut...
5/9 yang lepas adalah hari appointment di Pusat Rawatan Keluarga MUIP untuk cucuk Amsyar bagi usia sebulan.  Cucuk yang pertama ni adalah untuk Hepatitis B - 2nd dose.  So, aku dan Khairol bawalah si Amsyar ni ke klinik lepas berbuka.

Sampai kat klinik lebih kurang pukul 8.30 malam.  Aku tengok tak berapa ramai orang tapi tak taular takut ada yang pergi pasaraya sebelah dulu sementara menunggu.  No. giliran yang kami dapat no. 75, no. di skrin pada masa tu no. 68.  Ok lar bagi tunggu sekejap.  Kebetulan masa aku tengok giliran doktor bertugas Dr. favourite aku ada iaitu Dr. Nurrita ada so aku request nak jumpa dia.  Dari masa Qistina dulu memang dengan Dr. ni jadi aku malas nak jumpa Dr. lain dah.  Satu yang tak bestnya kalau Dr. yang best ni ramai jugalah yang request yang sama so mesti jadi lambatlah giliran.

Masa daftar kat kaunter, petugas kat situ terus timbang Amsyar, dah usia sebulan ni beratnya pun dah meningkat menjadi 4 kg.  Patutlah sekarang ni bila dukung Amsyar memang berasa sangat.  Sepanjang menunggu tu nasib baiklah Amsyar tak meragam sangat, tidur je.  Ye lar kena aircond sedaplah dia, lepas tu bedung dengan blanket, selesa, memang tak meragamlar.

Kira-kira pukul 9.15 barulah sampai giliran Amsyar.  Dr. Nurrita cek suhu sama ada demam ke tidak, tanya apa-apa yang patut lepas tu dia pun nak cucuk lar Amsyar.  Dr. cucuk kat paha kiri Amsyar.  Kebetulan masa tu Amsyar terjaga, masa Dr. masukkan jarum tu Amsyar macam tergamam lepas tu terus menjerit.  Lepas tu Dr. cabut jarum terus dia senyap.  Nasib baiklar tak melarat dia menangis.  Kiranya kuat sakitlah juga.

Lepas ambil ubat semua, masa dalam kereta nak balik tu aku ajak Khairol pusing bandar jap sebab dah lama kan aku ni tak keluar rumah (lamalar sgt kan hehehe) rindulah pula nak tengok bandar Kuantan.  Khairol bawalar pusing jap ala bukan pusing betul-betul satu Kuantan, separuh jer.  Jadilar untuk mengubat rasa rindu chewahhh.

Ni dah 2 ari selepas kena cucuk alhamdulillah Amsyar tak demam.  Nasib baiklah kalau tidak tak tidur lar aku menjaga.  Lepas ni usia Amsyar 2 bulan pulalah kena cucuk lagi.


Lina

Saturday, September 5, 2009

Buai Laju-Laju

Mula-mula Amsyar taklah aku tidurkan dalam buai.  Seperti biasalah tidur atas tilam kat bawahlah kan tapi memandangkan bila tidur kat bawah dia tidur tak lama sangat, kejap-kejap jaga jadi aku pun cubalah letak dia dalam buai.  Dalam minggu pertama tu oklah, tidur lama juga bolehlah aku buat kerja lain kan tapi lepas tu dia tak berapa nak sangat tidur buai tu.  Kenalah balik ke asal tidur kat bawah.  Sekarang ni tidur kat bawah lebih lama lak dari tidur dalam buai.  Jadi kadang-kadang je lar aku tidurkan Amsyar dalam buai.  Tak kisahlah mana-mana asalkan bila cukup masa dia tidur dan aku bolehlah buat kerja lain kan.


Lina

Tag Hp

Tengah semak-semak draf rupanya ada lagi entry aku yang terperam.  Tag pasal hp yang diberi oleh Ena ni sebenarnya dah lama aku buat dari sebelum bersalin dulu tapi aku simpan dulu sebab tinggal nak upload gambar.  Alih-alih terlupa lak tapi ada hikmahnya aku tak publish entry ni lagi.  Nak tau sebabnya nanti bacalah tag yang aku buat ni yer.



Sudah berapa lama anda menggunakan handphone tersebut?

Baru je sebulan.  Sebenarnya hp ni dihadiahkan oleh suamiku tersayang selepas 3 hari aku bersalin.  Kebetulan pula hp yang tengah aku pakai dah menunjukkan tanda-tanda nak kong jadi nak memudahkan aku sepanjang berpantang ni ye lar nanti orang ofis aku nak call ke kan senang so dia pun belilar yang baru.  Itu lar nasib baik aku tak postkan entry ni awal-awal kalau tidak tak masuklah cerita hp baru ni (poyo betul ko ni lina ehhh hahaha). 

Apakah wallpaper yang terpampang di skrin handphone anda. Dan terangkan mengapa anda memilih wallpaper tersebut?

Tak ada gambar apa-apa pun masih lagi wallpaper yang sedia ada.

Berapa jumlah ‘contacts’ yang terdapat di dalam handphone anda?

Alamak tak pernah kiralah lagipun tak habis lagi copy contacts dari hp lama.

Sila masuk ke ‘contacts’ dan pergi pada huruf ‘M’. Berapa kenalan anda yang namanya bermula dengan huruf 'M'?

 Tak taular berapa sebab tak ingat, banyak nombor masik di hp lama tak copy lagi.


Berapa jenis handphone yang anda telah guna, selain handphone yang terkini?
Berapa dah yer?  Ok aku senaraikan satu persatu hp yang pernah aku pakai di bawah ni.


1. Ok mula-mula dulu aku pakai hp Motorola. Takdelah gambar nak tunjuk puas dah aku search tapi tak jumpa memang dah lama. Hp tu aku beli masa mula-mula kerja tahun 1999. Harganya RM150. Hp tu besar gedabak cam lesung batu. Kalau baling anjing pun biul dia kejap hehehe. Walau apa pun banyak jasanya pada aku.


2. Yang kedua aku pakai hp Vodafone. Masa tu dah era hp yang kiut miut jadi aku belilar taknaklah ketinggalan zaman kan. Tak ingatlah aku beli berapa harganya tapi aku suka hp ni sebab comel daripada hp Motorola tu.  Hp ni pun aku tak jumpa gambarnya.



3. Ini hp ketiga aku pakai, Nokia 3310. Hp ni aku beli masa aku mula-mula kerja gomen. Beli dengan member ofis aku, secondhand je tapi tak ingatlah berapa harganya.


4. Ini pula hp keempat aku pakai, Nokia berapa tah series. Hp ni ada sentimental value sikit sebab sebenarnya hp ni Khairol punya. Biasalah masa-masa bercinta dulu barang dia barang kita tapi barang kita tetap kita punya hahaha. Lagipun dia yang bagi kita tak minta pun chewahhh.



5. Hp yang kelima adalah hp Nokia juga tak taulah no seriesnya tapi orang panggil hp lesung batu.  Aku dengan Khairol sama-sama beli masa lepas bersalinkan Qistina.  Kami beli hp ni sebab masa tu hp ni yang paling murah yang ada 3G.  Ye lar nak beli yang mahal-mahal tak mampu itu je lar yang mampu kami beli.  Hp nilar yang dah tunjukkan tanda-tanda nak kong tu.

 
6. Hp yang keenam pula Nokia juga Khairol yang belikan secondhand.  Khairol beli sebab dia pasang PTT macam walkie talkie lar.  So, aku boleh tekan jer dan terus cakap dengan dia takyah telefon bagai tapi aku tak guna pun sebab entah malaslar aku lagi suka telefon jer.  Last last hp tu Khairol jual kat kawan dia lagipun dah ada telefon baru kan hehehe.
Rangkaian telekomunikasi yang anda gunakan? Nyatakan mengapa?
Celcom. Memang dari dulu guna yang ini malas dah nak tukar yang lain.

Nada dering yang anda gunakan?
Lagu Bleeding Love by Leona Lewis.

Senarai top 5 yang anda selalu msg
1. Khairol
2. Kawan-kawan
3. Bos
Aku buat senarai top 3 je lar ye.  Yang lain tak selalulah, biasa jer.
Soalan terakhir. Nama orang tersayang (bf/gf) yang anda set dalam handphone?
Abang Sayang

Orang yang nak di tag
Sesiapa yang nak buat tag ni dipersilakanlah ye.
Lina

Detik-Detik Kelahiran Amsyar

Aku rasa macam aku ada hutang entry lagi lar.  Fikir punya fikir ye lar aku ada bagitahu dalam entry Orang Baru tu aku nak cerita detik-detik kelahiran Amsyar kan. 

Sepatutnya EDD aku 12/8/09 dan aku tak terfikir aku akan bersalin lebih awal dari tu.  Masa bersalinkan Qistina tu pun aku awal sehari je.  Jadi, dalam 2 minggu sebelum tarikh tu aku dah sikit-sikit siapkan kerja aku dan update apa-apa yang patut.  Kebetulan ada student praktikal masuk, ambil pun jurusan sama dengan aku jadi dialah yang akan cover tempat aku untuk 2 bulan tu.  So, aku pun ajarlah dia apa yang patut dia buat.

2hb iaitu hari Ahad aku pun berkemas-kemaslah sebab Khairol dah cakap lagi seminggu nak bersalin kitorang akan duduk kat umah mertua aku sekaligus berpantang kat situ.  Aku ni malasnya nak berkemas sebab aku masih yakin aku tak akan bersalin awal.  4hb aku pergi kerja seperti biasa.  Tak ada rasa apa-apa pun.  Member ofis je yang tak larat tengok aku macam nak bersalin sangat dah bila tengok perut aku.

Oh ye 4hb tu juga aku kena buat BSP (ambil darah 4 kali sehari) untuk tengok kandungan gula dalam darah.  Kat ofis pula aku masih lagi kemas-kemas tempat aku dan listkan serahan tugas untuk student praktikal yang akan cover kerja aku nanti. 

Lepas ambil darah yang terakhir pukul 9 malam tu alhamdulillah BSP aku ok.  Keluar dari klinik Khairol ajak makan kat kedai makan yang baru je kami dapat tahu sedap juga makanannya.  Aku makan mihun sup dan Khairol pula makan nasi goreng kampung. 

Balik dari makan dah pukul 10.30 malam.  Aku lepak-lepak dengan Khairol dan Qistina atas katil.  Tengah-tengah lepak tu rasa nak terkencing tapi dalam hati aku kata kejap lagilah nak tido aku pergi kencing.  Tengah gelak-gelak tu tiba-tiba ada air keluar.  Aku ingat aku terkencing sebab dah tak tahan tapi air terus keluar.  Aku pun terus berdiri dan bagitahu Khairol.  Khairol lak macam panik terus panggil mak ayah dia.  Mak mertua aku terus cakap air ketuban la tu dan terus suruh aku siap-siap nak pergi Klinik Razak (Pusat Rawatan Keluarga MUIP). 

Aku sebenarnya bukan panik tapi ini 1st time keluar air ketuban.  Masa Qistina dulu aku keluar darah.  Dalam perjalanan tu tak berhenti-henti air ketuban keluar.  Sampai kat Pusat Rawatan Keluarga MUIP tu aku terus masuk ke labour room.  Kebetulan doktor yang bertugas malam tu Dr. Azian.  Alhamdulillah memang niat aku kali ni nak doktor perempuan yang sambut anak aku.  Masa Dr. Azian cek bukaan, baru 3 cm.  Jadi, aku dimasukkan air untuk cepatkan bukaan.  Lepas tu nurse cucuk ubat tahan sakit untuk suruh aku tidur dulu nanti nak push ada tenaga.  Khairol pun disuruh tidur dulu nanti dah dekat nak bersalin nurse akan panggil.

Dari pukul 11 malam aku masuk labour room tu setiap sejam nurse datang untuk cek bukaan.  Aku pula tidur-tidur ayam je sebab aku rasa macam sesak nafas setiap kali aku nak tidur.  Bila nurse datang lagi nak cek bukaan pada pukul 4 pagi, masa tu dah buka 8 cm.  Aku pun dah rasa sakit macam nak buang air besarf.  Masa tu Khairol dah ada sebelah aku dan juga biras aku Kak Long.  Kali ni rasa sakitnya lain dari masa aku bersalinkan Qistina. 

Alhamdulillah selepas 5 kali push aku selamat melahirkan Amsyar Iqbal tepat jam 4.25 pagi, 5 Ogos 2008.  Keluar-keluar je suara dia bergema dalam labour room tu.  Kali ni aku kena jahit juga tapi taklah sebanyak masa Qistina dulu.  Lepas dah siap-siap semua aku pun ditolak masuk ke bilik aku.  Bilik yang sama aku duduk masa 3 tahun dulu.  Semalaman aku stay kat situ.  Keesokan paginya barulah aku dan Amsyar dibenarkan keluar.

Itulah dia serba sedikit pengalaman semasa kelahiran Amsyar.  Kiranya aku dapat merasa 2 pengalaman bersalin iaitu keluar darah dan keluar air ketuban.  Kalau ditanya pendapat aku yang mana lebih sakit bagi aku lebih kurang sama jer sakitnya tapi itulah dah ditentukan oleh Allah s.w.t. bila keluar je baby hilang semua rasa sakit.  Kalau sebelum tu rasa macam serik je nak pregnant dan bersalin perasaan tu lenyap entah ke mana.

Oh ye gambar masa tu memang tak ada sebab terlupa sungguh nak bawa kamera.  Khairol pun panik juga macam baru 1st time aku bersalin tapi tak boleh salahkan dia juga sebab memang tak sangka aku akan bersalin awal.  Nasib baiklah beg baby dan beg aku dah siap sedia dalam kereta kalau tidak lagi kelam kabut rasanya.  Walau apapun aku bersyukur dan happy sebab semuanya selamat.


Lina

Friday, September 4, 2009

Selamat Tambah Umur

(Ena, gambar ni je yang aku jumpa dalam simpanan aku kira bolehlah kan)
Entry ini khas untuk my best friend,  my ex-officemate dan juga seorang blogger, Ena.
Sebelum tu aku rasa tahun 2009 ni tahun yang bertuah untuk dia.  Ya lah setelah 9 tahun kerja kat unit aku, dia mohon tukar nak timba pengalaman baru dan akhirnya permohonannya diluluskan dan dapatlah dia bertukar ke pejabat baru.  Lepas tu, dia dapat pula ahli keluarga baru, lahir pada bulan ni sama dengan baby aku.  Dengar-dengar cam nak beli kereta baru heheh insya-Allah.
Oklah, di sini aku nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN YANG KE-31 buat Ena.  Semoga tahun ini dan tahun-tahun yang mendatang akan sentiasa membawa kejayaan dan keberkatan serta dimurahkan rezeki selalu.  Juga sentiasa berbahagia di samping suami tersayang (psstt ayen bagi ape ek hahah) dan 3 orang puteri.  Hadiah lambatlah sikit ek mungkin lepas raya nanti aku bagi.
Lina

Thursday, September 3, 2009

Sudah 30 Hari


Kalau ikut kiraan hari, hari ni genap 30 hari aku berpantang.  Jadi macam mana ek keadaan aku selepas 30 hari ni, aku sihat alhamdulillah.  Amsyar pun dah berumur 30 hari ni sihat juga, tak banyak kerenah. 


Aku tak adalah berpantang beria sangat.  Cuma minggu pertama jer kena jaga sikit.  Makan nasi dengan ikan tenggiri bakar je.  Bertungku, berbarut, mandi air serum semua tu biasalah kan. Minggu kedua dan seterusnya barulah sedap sikit makannya.  Pulak tu selalunya Mak Mertua aku letak nasi punyalah banyak, penuh pinggan aku terpaksalah juga habiskan.  Alamak camne lar nak kurus semula ni kalau dalam pantang pun makan banyak hehehe tapi lepas tu selalu dia tengok aku makan tak habis dia pun kurangkanlah nasi tu.


Jadi, lagi 14 hari lagi nak habiskan tempoh berpantang aku.  Aku kira-kira 44 hari tu habis lagi 2 hari sebelum sambut hari raya.  Sempat juga aku sambut hari raya hehe.  Nasib baik baju raya dah beli.  Tahun ni aku beli yang dah siap je malas nak pergi pilih-pilih kain bagai.  Cuma baju kurung Qistina je aku belum beli lagi.  Takpe lagi seminggu nak raya bolehlah aku pergi beli.  Boleh cari sekali baju melayu Amsyar kalau ada saizlah.


Tak sabar rasanya nak balik rumah aku.  Ye lar walaupun rumah mertua tapi tak sama macam rumah sendiri.  Sebelum bawa Amsyar balik aku dengan Khairol kena bersihkan rumah dulu.  2 bulan tinggalkan rumah mesti bersawang-sawang macam dalam gualah rumah aku tu.  Walaupun Khairol selalu juga balik jenguk rumah tapi taklah dia bersihkan semua.  Habuk-habuk kena bersihkan sebab nanti Amsyar ada takut balik rumah kena selsema lak.


Lina

Tuesday, September 1, 2009

Blog Baru

HAI SEMUA... ENTRY KALI NI PENDEK JE
CUMA NAK JEMPUT KAWAN-KAWAN BLOGGER
MELAWAT SATU BLOG YANG BARU DIBUKA SECARA RASMINYA HARI INI
BLOG NI MENGENAI DUNIA PANCING
JADI KEPADA KAWAN-KAWAN 
YANG SUKA MEMANCING BOLEHLAH BERKENAL-KENALAN DENGAN
TUAN PUNYA BLOG NI
OK KALAU NAK PERGI KE BLOG NI BOLEHLAH KLIK KAT BAWAH NI YER



Lina
Share |