Tuesday, August 4, 2009

Influenza A (H1N1)

Ok kali ni aku nak berkongsi maklumat dengan kawan-kawan semua. Rasanya semua dah maklum sekarang ni di seluruh dunia sedang dilanda dengan wabak baru iaitu Influenza A (H1N1) atau bahasa pasarnya dipanggil Selsema Babi.
Di Malaysia sekarang ni pun kadar peningkatan jangkitan dah semakin tinggi. Setakat berita pagi tadi yang aku baca di akhbar dah ada 8 kematian dengan yang terbaru seorang ibu yang baru bersalin. Apa yang ditakutkan sekarang ialah punca jangkitan di Malaysia bukan lagi datang dari luar Malaysia tapi dari dalam negara sendiri.
Sekarang ni pun aku dah ambil langkah berjaga-jaga juga. Aku sentiasa pantau kesihatan anak aku, suami aku, keluarga bahkan diri aku sendiri sebab perempuan mengandung adalah yang berisiko untuk mendapat jangkitan ni. Aduhhh cepat-cepatlah aku bersalin juga kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.
Ok apakah tanda dan gejala penyakit ini? Tanda-tandanya adalah mirip selesema seperti demam, batuk, sakit kepala, sakit badan, sakit tekak, selesema dan kadangkalan muntah-muntah atau cirit birit. Bagaimana berjangkit ye? Virus ni berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin. Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan atau tersebar ke udara. Seterusnya melalui pernafasan, sentuhan dengan tangan pesakita atau menyentuh permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit. Jadi, kalau korang berdepan dengan orang yang bersin atau batuk, cepat-cepat jauhkan diri.
Bila korang rasa ada tanda-tanda jangkitan tu cepat-cepat pergi ke hospital untuk pemeriksaan. Jangan pergi ke klinik swasta je sebab setakat cuma di hospital saja ada alat untuk mengesan jangkitan ni.
Antara cara untuk menghindari jangkitan ni ialah kerap cuci tangan dengan air dan sabun, elak sentuh muka, khususnya hidung dan mulut untuk mencegah kemungkinan jangkitan, elakkan daripada pergi ke tempat awam yang sesak, kalau boleh elakkan guna pengangkutan awam dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa.
Aku rasa inilah serba sedikit yang dapat aku kongsi dengan kawan-kawan semua. Bukan apa penyakit ni dah bawa kematian jadi aku rasa kita perlu berhati-hati memandangkan semakin hari semakin meningkat jumlah kes. Jadi, sentiasa peka dan pantau kesihatan diri dan keluarga kita. Kalau ada je tanda-tanda tu cepat-cepat pergi ke hospital. Mencegah lebih baik daripada dah terlambat kan.
Jika kawan-kawan nak maklumat lanjut lagi pasal penyakit ni boleh pergi ke laman web Kementerian Kesihatan Malaysia kat bawah ni.
Kat sini sentiasa memaparkan perkembangan terkini mengenai H1N1 ni. Jadi kawan-kawan semua sama-samalah kita saling ingat-mengingati sesama kita dan juga orang di sekeliling kita.


Lina

No comments:

Share |