Monday, August 31, 2009

Hari Kebangsaan Malaysia Ke-52

Gambar bendera ini kredit kepada http://www.kumprinx.com/
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Hai semua...
Pada hari ini 31 Ogos 2009 sekali lagi kita rakyat Malaysia menyambut Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-52.  Sekejap je kan masa berlalu dah 52 tahun kita merdeka.  Pada tahun ni di Kuantan tidak diadakan perarakan kerana bimbang wabak H1N1 yang melanda sekarang.
Bagi akulah walaupun aku adalah generasi selepas merdeka tapi aku dapat merasai jerit perih nenek moyang kita dahulu nak mendapatkan kemerdekaan.  Alhamdulillah hasil jerit perih mereka kita generasi selepas merdeka ni dapat hidup dengan senang, aman dan makmur.  Oleh itu, sama-samalah kita menjaga kemerdekaan negara kita ni jangan sampai tergadai ke tangan orang yang tidak sepatutnya.
Di sini aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Yang Ke-52 kepada semua kawan-kawan blogger dan sesiapa jua yang membaca blog ini. 

Lina

2 comments:

Suzana Ikram said...

sama la gan zana selamat menyambut hari kemerdekaan yg ke 52 thn...

watie wyyn said...

da lmbt pun nak wish gak..happy merdeka day kak..hiks

Share |