Thursday, July 16, 2009

Setelah 36 Minggu 1 Hari

Hari ini seperti biasa buat pemeriksaan dwimingguan di klinik. Pada hari ini juga kandunganku genap 36 minggu 1 hari. Ada banyak nak cerita pasal perkembangan kesihatan aku dan baby.
Ok aku mulakan dari hari Isnin lepas. Pada hari Isnin hari tu aku terima panggilan dari klinik mengatakan mereka baru terima result aku buat OGTT pada 6/7 yang lepas. Resultnya mengatakan kandungan gula dalam darah aku tinggi iaitu 8.7 menandakan aku ada kencing manis. Jadi diorang suruh aku datang klinik keesokannya untuk buat BSP iaitu ambil ujian darah sebanyak 4 kali sehari. Keesokannya aku pergilah.
Inilah hasil ujian darahnya. Mula-mula ambil pukul 9.00 pagi 4.6, kemudian pukul 12 tengahari 3.2, pukul 6 petang 6.5 dan akhir sekali 9.00 malam 4.4. Aku pun legalah sebab tengok resultnya ok je.
Pagi tadi bila buat pemeriksaan biasa tu nurse tu cakap memang aku kena kencing manislah tapi nak penjelasan lanjut bila jumpa doktor nanti. Lepas tu bila dia tengok result ujian darah tu dia kata yang 6.5 tu sebenarnya tinggi. La aku kata masa nurse buat ujian tu dia kata ok jangan lebih 7.8. Then dia explain yang waktu ambil ujian pukul 6 petang tu kiranya sebelum makan malam. Sepatutnya 2 jam sebelum ambil darah tu aku jangan makan apa-apa yang beratlah. Manalah aku tahu. Lepas tu nurse tu suruh jumpa doktor.
Jumpa doktor seperti biasa scan semua, baby sihat tapi dia kata air banyak sangat jadi dia suruh refer ke hospital jumpa doktor pakar pula. Sebelum tu aku kena ambil darah lagi kemudian dia buat surat untuk pergi hospital nak cek jantung baby hari ini juga. Jumpa doktor pakar tu doktor setkan pada 29/7. Kemudian kena jumpa pula pakar pemakanan, yang ini tak kisah bila tapi antara hari Selasa, Rabu dan Khamis.
Lepas ambil darah semua aku dan Khairol pun terus bergegas ke hospital pula untuk cek jantung baby. Nasib baik orang tak ramai masa aku pergi tu aku seorang je patient. Cek jantung baby tu untuk jangkamasa 20 minit. Alhamdulillah doktor kata degup jantung baby aku ok, tak ada masalah. Lepas dah satu bab, tinggal satu bab lagi pada 29/7 nanti. Minta-mintalah ok semuanya. Oh lupa nak bagitahu minggu depan aku kena buat BSP lagi. Aduh nak dekat bersalin banyak pula masalahnya. Harap-harap aku dapat bersalin dengan mudah tanpa apa-apa risiko. Risau juga aku. Sesiapa yang ada pengalaman macam ni masa mengandung boleh tak kongsi cerita dengan aku. Bukan apa nak mengurangkan rasa seriau aku ni.



Lina

12 comments:

Ayen Giggs said...

Harap2 sumenye akan ok.Saye doakan awk dapat bersalin dgn senang dan selamat,Amin...

Unknown said...

lina
aku pun doakan agar sume berjalan dengan lancar dan baik skali k..
takecare

Lina said...

ayen & ena

mekasih byk2 aku pun harap cam tu

Nurulhuda|Adlie said...

wah 8,7 gula dlm darah? akak makan ape ni sampai tinggi camtu, makan jaga la sikit.. risau plak tgk tinggi betul tu... tak lama je lagi, pas pantang sental la sume.. hehe...

baby dah tau jantina ke rahsia besar? :)

kak nak ikut g bandung? jom la, cr tiket, hehe.. nak kirim pun boleh tp lekas2 la bgtau jangan cam aritu.. nak kebaya dpt kurung..

kak long kata nak kirim beli henbeg LV.. sakannnnn!

Nurulhuda|Adlie said...

org nak ikut dia g bulan 8 ni, tapi ntah dia tu, masa book tu pun tak cakap, dia g ngan mak n akak2 opis dia, risau dia nak cr kain nikah, nak la tgk gak, hehe

org bulan 1, lambat lagi!

attyfir said...

kty doakan semuanya okeh..lina dan baby selamat..amin

Lina said...

huda >>> itulah x taular camne bole tggi cam tu mkn ikut sedap tekak nak wat camne tp skrg ni mmg tgh diet ni coz nanti nak kene cek lg ni... baby heheh surprise...

eh nanti bgtau yer pasal trip tu rasa cam nak ikut jer...

atty >>> thanks ye kty mudah2an semuanya selamat

Neeza.Areef said...

sian k.az..dah dekat2 lak ade prob kencing manis lak ek..

mintak2 semuanya bejalan lancar

sy tade pengalaman kena kencing manis time preggy..

Nurulhuda|Adlie said...

Dah book tiket, masa tu air asia buat promo, tiket pegi balik dapat rm80, skrg cuma ada tiket je, hotel tu sampai sana baru cari, sebab yg nak pegi tu dah 2x pegi so dia dah tau.. akak try cek air asia tgk ada promo tak, kalau ada book la skali, sampai sana sama2 jela... tak amik pakej pun sebab kalau pakej mahal, ni sebab amik tiket aa terus... jom la pegi, lambat lagi kan, boleh tgk air asia hari2, kalau tiket ok terus je book, pegi jumaat - ahad, kalau tiket 100+ pun ok jugak..

Nurulhuda|Adlie said...

ni pegi ala2 tak plan sgt la, mcm sampai2 sana baru cari hotel, tapi kalau nak g lagi bulan 4 5 ke tahun depan ok gak org nak g lagi kalau ok, hehe... dapat tiket rm80 tu mmg best, murah sesangat, 0 fare byr tax je, tapi nk kn cepatla book kalau ada promo

Mohdhazairi Bin Ariffin said...

banykan berdoa.. moga di permudahkan..amin

Lina said...

thanks ye hazairi

Share |