Thursday, July 9, 2009

Satu-satunya Lelaki Ini

Bila resah ingat saat indah


Bila rindu kunyanyikan lagumu


Sehari ku rasa bagaikan setahun


Menunggu tibanya oh bahagia


(Bila Resah)


Inilah lagu yang paling happening yang semua penonton nyanyi sama-sama dengan Anuar Zain. Aku yang tengah sarat ni pun ikut sama menyanyi bertepuk tangan. Bukan lagu tu jer semua lagu memang aku dan penonton lain nyanyi sama-sama. What can i say, memang konsert yang best, hebat, happening. Dia seorang saja yang control the stage bersama pemuzik-pemuzik. Suara pun mantain jer sampai habis konsert selama 2 setengah jam.








Peraturan dalam dewan tak boleh ambil gambar atau merakam video dan yang sewaktu dengannya. Tapi masa dah nak habis konsert tu lip lap lip lap cahaya flash kamera. Masa bagi standing ovation tu aku pun ambil kesempatan jugalah snap yang mana sempat. Nampak macam dari tempat tinggi kan gambarnya sebab tempat duduk aku di tingkat 2.




Tak banyak gambar yang sempat diambil sebab kesuntukan masa. Ini pun ambil masa dah habis konsert kat luar dewan. Saja-saja buat kenangan.




Suasana di luar dewan selepas konsert. Orang masih ramai lagi sebab ada dijual t-shirt dan cd Anuar Zain. Lepas tu mungkin nak tunggu Anuar Zain keluar ke tempat makan agaknya. Lagipun ramai juga artis-artis lain yang menonton seperti Dato' Siti, Ning Baizura, Dynaz. Aku cuma nampak face to face dengan Dynaz je sebab tempat duduknya sama level dengan aku. Dato' Siti dan Ning kat bawah.




Inilah hadiah birthday aku yang paling best setelah 32 tahun ni. Hehe kepada orang yang cakap aku bukan mengidam tapi mengada tu baca ek entry ni, nak menunjuk sikit hahaha. Terima kasih a million kepada of course my beloved husband, Khairol kerana melayan kerenah isteri dia ni. Sanggup bawa aku dan temankan aku memang aku hargai sangat-sangat. Harap-harap lepas ni kalau berkesempatan bolehlah pergi lagi kan.


Lina

4 comments:

attyfir said...

lina peminat lelaki ini rupanya ...

Unknown said...

uikssss... konsert ni kat mana?
gerekk sehhhh.. siap leh tgk artis lg... mesti bb nnt rupa cam anuar zain ekekeke

Nurulhuda|Adlie said...

jelesnya.. mau juga!!!

eh lawa tak dynaz? suka gila tgk dia, stylo sangat...

mesti meremang ek bulu roma masa anuar nyanyi? eheh...

sape kata kak mengada tu? :)

Lina said...

atty >>> a'ah la atty mmg minat gile kat dia

ena >>> eh aku dah cite kan kat istana budaya... hahah klu rupa cam dia ok gak

huda >>> jgn jeles tau... tgk live mmg lawalar dynaz tu, putih, tinggi, mau tak meremang nak2 part dia tarik sore tinggi tuh, sbb terlampau excited akak rasa nak nangis... hahah yg kata mengada tu ala adalah saje je ngusik dia tggu jg bila dia nak komen

Share |