Wednesday, July 22, 2009

Perkembangan Minggu 37

Semalam aku kena buat BSP lagi, ambil darah 4 kali tu. Alhamdulillah keempat-empat kali tu kandungan gula dalam darah aku di paras normal. Memang aku lega selega-leganyalah.
Jadi hari ini aku kena jumpa doktor. Patutnya appointment mingguan aku hari esok tapi disebabkan nak jumpa doktor hari ini jadi appointment bawa sekali ke hari ini. So, esok tak payahlah pergi klinik lagi kan.
Aduh punyalah lama masa menunggu doktor adalah 1 jam lebih tapi bila jumpanya sekejap je. Doktor tu bagitau yang kandungan gula dalam darah aku ok, lepas tu dia ingatkan aku appointment dengan doktor pakar tu minggu depan dan aku kena buat BSP 2 minggu lagi. Kalau aku terbersalin awal tu tak payahlah kan. Itu je lar 5 minit je aku rasa. Menunggunya macam nak pengsan.
Keluar dari klinik terus call Khairol sebab aku dah lapar tahap gaban dah. Nak berjalan balik ke ofis pun rasa dah tak ada tenaga. Khairol datang ambil lepas tu terus bawa pergi makan. Jadi, buat masa ni segalanya ok cuma nak tunggu jumpa doktor pakar la pulak.
Lina

4 comments:

Ayen said...

Alhamdulillah...Harap2 oklaa sampai bersalin.

Ena Qaisya said...

lor ko dh 37minggu ek.. awal shari dr aku ihiks... takpe, moga anak kiter nnt sama tarikh ihiks..

Nurulhuda Abu Bakar said...

wow! 4 kali? banyak gila..

tapi baguslah sume okay =)

kedaigambarkami said...

salam..oh 37 week pregnant yer...hmm mmg kalau g klinik kerajaan, lame menunggu..sy dulu pun mcm tu..tggu sejam dua, jumpe doktor tak smpi 10 minit