Baru-baru ni kami sekeluarga pergi bercuti. Alah cuti pendek jer dan dalam Pahang juga. Ini sempena meraikan anniversary aku dan Khairol dan kebetulan pula Hari Bapa.
Dalam perjalanan tu kami singgah makan nasi dagang kat tempat favourite kami ni. Kalau hujung minggu nak makan nasi dagang mesti kami pergi ke sini. Jadi kepada kawan-kawan dan pembaca blog ni kalau datang ke Kuantan kalau nak makan nasi dagang yang sedap aku suggestkan datanglah ke sini. Memang puas hati. Kalau hujung minggu tu memang penuh, customer dari luar Pahang pun ada.
Inilah nama kedai nasi dagang tu. Kedai ni betul-betul kat tepi Jalan Kuantan - Pekan di simpang keluar dari Kampung Ubai.
Jalan kat depan tu lah dari Kampung Ubai.
Keadaan dalam kedai. Kedainya simple jer.
Qistina sampai menonggeng minum milo ais favourite dia.
Ini nasi dagang Khairol tambah telur mata kerbau.
Kekenyangan selepas makan. Belakang tu jalan raya Kuantan-Pekan. Ada sebuah lagi kedai nasi dagang kat situ jadi jangan terkeliru ye. Satu lagi kalau tak silap namanya Nasi Dagang Marina ataupun sebaliknya.
Lina
4 comments:
mcm dah beso je tina? nampak dah tinggi.. pastu rambut dah curl... :) lama gila tak tgk dia...
uishh kakkkkkkkk, saje je taw wat org terliur..!!
nak makan nasik dagang ubai jugekkkkk... dulu2 selalu pg makan sini!!
alamak nasik dagangggg
huda >>> mmg tggi melangit dah dia kaki pun pjg masaklah nak cari saiz kasut dia lps ni
yazeda >>> hehe mmg saje nak wat org terliur
neeza >>> best nasi dagangnya
Post a Comment