Thursday, July 9, 2009

Hadiah Birthday Paling Best

Pada 2 dan 3 Julai yang lepas aku ambil cuti. Ni nak ceritalah apasal aku ambil cuti 2 hari tu. Ini ada kene mengena dengan entry mengidam aku yang lepas. Ke mana ye aku pergi? Kebetulan pula 3 Julai tu birthday aku memang ngam betul dengan acara yang aku pergi ni yang memang aku idam-idamkan sekian lama. Aku pergi dengan Khairol je berdua, Qistina terpaksa ditinggalkan di Kuantan. Boleh saja nak bawa tinggalkan dengan my cousin Huda tapi malaslah. Sekali sekala berdua-duaan apa salahnya.




Inilah destinasi aku pada 2 dan 3 Julai tu. Orang KL mesti tau kan bangunan apa ni. Kami bertolak dari Kuantan dalam pukul 10.30 pagi dan sampai kat KL 1.30 petang. Ingatkan nak terus pergi Istana Budaya nak ambil tiket tapi tersesat lak padahal dah tanya Kak Long aku dah jalannya. Jadi, kami buat keputusan pergi check in hotel dulu dan pergi makan. Kami duduk kat hotel murah je kat City Park Kg. Baru. Lepas makan semua dan check in baru pergi semula ke Istana Budaya. Rupa-rupanya dari situ ke Istana Budaya punyalah dekat. Jalan kaki pun boleh tapi dengan keadaan aku ni mengah la pulak.





Inilah acara yang aku pergi tu. Tak caya ke?




Aku dah booking awal-awal dah tiket online. Jadi, pada 2 Julai tu aku pergi ambil tiket je lar. Aku nak snap tulisan yang tulis tiket sold out tapi tak nampak lar pulak.











Kalau tak percaya lagi tengok gambar-gambar ni. Ini kat dalam Istana Budaya ni lepas ambil tiket.




Ini kalau tak percaya lagi tak tau lah. Tiket untuk Konsert Lelaki Ini Anuar Zain hehe. Ok cerita masa konsert entry lepas ni yer.



Lina


2 comments:

Nurulhuda|Adlie said...

kak nape tak tinggal tina kat sini? huaaaaaaaaaaaaaaa ;( ;( bencik!

haha... hadiah terindah ni.. ngan baby lagi dlm perut, double happiness!!!

Lina said...

heheh sorilah malas nak pk byk2 time tu pk nak tgk anuar zain jer... yes very2 terindah

Share |