Tuesday, July 7, 2009

Durian Oh Durian

Lamanya rasa tak post entry kat blog aku ni. Minta maaflah kawan-kawan bukan tak ada story tapi internet kat ofis ni kadang-kadang bengong sikit. Itu yang sakit hati je nak buat entry baru. Broadband yang aku tunggu-tunggu tu pun tak dapat-dapat lagi. Agaknya sampai aku bersalin baru dapat. Oklah bacalah entry aku yang dah berkurun ni yer.
Aku ni memang hantu durian. Yang bestnya musim durian kali ni durian kat kebun mertua aku agak menjadi juga walaupun satu pokok jer. Pokok durian tu memang pokok yang dah berpuluh tahun punya, mertua aku panggil pokok saka. Jadi, disebabkan buahnya banyak mertua aku pun sibuk lar membersihkan kebunnya sebab boleh juga anak cucunya makan kan terutama menantu dia nilah. Sampai aku dah surrender dah sebab tiap kali mertua aku bawa balik mesti dia dah ketepikan untuk aku beberapa biji. Oleh kerana dah sarat ni aku pun taknak dah makan sebab rasa dah puas dah.
Gambar-gambar kat bawah ni masa satu hujung minggu tu kami ramai-ramai pergi ke kebun gotong-royong bersihkan semak samun. Aku setakat tengok je lar nak tolong tak larat sangat.

Qistina sampai-sampai jer makan nasi.

3 orang sepupu.

Inilah pokok duriannya. Batangnya je 3 pemeluk orang dewasa.


Antara buah durian yang dikumpul. Sesetengahnya dah dimakan tupai.

Pemandangan Sungai Pahang dari kebun.


Jalan masuk ke kebun.


Lina

No comments:

Share |